By admin
OLEH: SAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Seorang ibu
tunggal yang dikenali macik Rahimah tinggal di Kampung Gas yang mempunyai anak
lima orang yang masih   kecil  lagi seorang perempuan dan  empat 
lelaki  hidup dalam kemiskinan  bah
kata orang kais pagi untuk pagi kais petang untuk makan petang.
Mereka berenam tinggal di
sebuah rumah mungkin lebih  elok lagi
kandang kambing jika dibandingkan dengan rumah yng didudduki macik Rahimah yang hanya  memperoleh pendapatan sebulan sebanyak
RM300.00  saja.
Rakyat  Sabah  dalam meraihkan kemerdekaan 51 tahun namun masih ada
juga rakyat yang terus terpinggir dalam menikmati bantuan-bantuan daripada
kerajaan yang ada sekarang.
Adakah perkara ini telah
disedari oleh Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK Kampung Gas mengenai
penderitaan  yang ditanggung makcik Rahimah, sepatutnya sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK
kampung tersebut  yang dilantik oleh Wakil Rakyat kawasan Sekong  merupakan mata dan telinga  kerajaan harus menyedari apa yang berlaku di
kawasannya kampungnya.
Yang Dipertua PAS Haji
Hamzah Hj Abdullah yang sempat menemui keluarga Rahimah  sewaktu lawatannya kekampung berkenaan
kelmarin bila melihatan keadaan macik Rahimah dan lima orang anak-anaknya yang
masih kecil betul-betul dalam keadaan kedaifan mungkin lebih baik kehidupan
anak-anak Pentandang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tinggal di negeri ini yang
sebahaginnya telah diberikan kemudahan  kepada anak-anak  mereka ada yang pergi bersekolah berbanding
anak-anak Rahimah yang merupakan anak-anak tempatan.
“Adakah keadaan lima orang
anak  dibawah jagaan Rahimah terus
mengharungi kehidupan dalam penderitaan  kadang-kadang makan kadang-kadang tidak makan
hanya mengharapkan  belas ehsan daripada
jiran-jiran sebelah rumah” ujar Hj Hamzah
Kata Hj Hamzah adakah ini lojik   apa yang
diperkatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid
Omar dalam satu kenyataan akhbarnya di Kosmo bertarikh 8 September 2014
bertajuk:  Taraf Hidup Rakyat Kini
Meningkat melepasi pendapatan  isi rumah RM5,900.00”
CAKAP TAK SERUPA BIKIN......Betul kah kehidupan  rakyat di negara ini meningkat
“ Ahli Parlimen Batu Sapi dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong disaran  agar mencari jalan alternatif  untuk membantu  kelima-lima anak Rahimah agar mereka dapat
menempuhi kehidupan yang baik  seperti insan-insan
yang lainnya” Kata Hj Hamzah.  



No comments:
Post a Comment