By Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI
LAHAD
DATU:- Kunjungan kehormat Ahli Parlimen Sandakan Stephen
Wong  Tian Fatt dan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan Sri Tanjung Chan Foong Hen ke Ibu Pejabat ESSCOM dekat
sini kelmarin walaupun disambut secara sedarhana tetapi penuh bermakna dalam
suasana jalinan keharmonian.
Kita tidak tahu sama ada
mereka kawan atau musuh semasa anggota-anggota kita mengadakan operasi di
lauatan bila tersermpak dengan orang-orang yang agak mencurigakan sama ada
mereka nelayan tempatan atau sebaliknya kalau kita beri isyarat mereka
melarikan diri dengan pantas  macam pelesit ini jelas mereka adalah musuh berbanding dengan
bot-bot lain jika mereka diberi amaran atau isyarat tidak berganjak sehingga
kita berjaya menghampiri mereka untuk mengenal pasti diri masing-masing
terutama sekali apabila  kita meminta
mereka mengeluarkan  dokumen tiada
halangan ini menunjukkan mereka adalah rakyat negara ini.
Dalam soalan Ahli Parlimen
Sandakan mengenai dakwaan orang ramai mengenai tindakan kerajaan akan
merobohkan rumah-rumah diatas air khususnya di kawasan perkampungan setinggan
yang mejoritinya adalah Pendatang Azin Tanpa Izin (PATI) kononnya pihak
ESSCOMlah yang bertanggungjawab akan merobohkan rumah-rumah tersebut.
Daatuk Rashid menjawab
soalan MP Sandakan, sebenarnya pihak ESSCOM 
tiada kuasa untuk merobohkan mana-mana rumah haram sama ada di darat
atau diatas air yang diduduki oleh PATI tugas merobohkan rumah-rumah setinggan
bukan dibidang kuasa ESSCOM.
Kuasa ESSCOM hanya bertindak
melakukan operasi besar-besaran kekawasan perkampungan setingan untuk memeriksa
PATI yang tinggal  dikawasan berkenaan
mempunyai dokumen atau sebaliknya jika mereka tidak mempunyai sebarang dokumen
mereka akan ditahan.
Jadi Soal kuasa roboh
meroboh rumah di kawasan yang disebutkan itu sebenarnya adalah di bawah kuasa
majlis daerah, Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran dan bukan kuasa ESSCOM
rakyat harus faham dan hal ini  tidak dicampuri oleh mana-mana kuasa politik.
Soalan kedua MP Sandakan
berhubung dengan dakwaan oleh beberapa majikan yang rasa tidak puas hati
sehingga ahli parlimen Sandakan banyak menerima aduan mengenai tindakan pihak
penguatkuasa yang membabitkan PDRM Jabatan Imigeresen dan termasuk juga ESSCOM
menjadi sasaran.
Laporan  MP Sandakan yang diajukan dalam  sesi perbincangan itu,  Wong memberi tahu  di mana beberapa majikan mendakwa sekiranya  operasi diadakan walaupun para pekerja mereka
mempunyai dokumen yang sah namun pihak polis dan jabatan-jabatan berkaitan
masih menahan  mereka.
Rashid menjawab dengan
terperinci, kenapa para pekerja yang mempunyai dokumen yang sah masih ditahan
dan mengambil dokumen-dokumen mereka kerana sebahagian pekerja membawa pas-pas
kerja seperti IMM13 atau passport kebanyakannya fotostat bukan yang asli.
Jadi untuk mengenali pasti
dan kesahihannya sama ada dokumen-dokumen tersebut asli atau sebaliknya terpaksa
dibawa  oleh jabatan-jabatan berkaitan
untuk membuat pemeriksaan terhadap dokumen-dokumen berkenaan sekiranya tidak
mempunyai masalah maka dokumen-dokumen mereka dipulangkan semula  kepada mereka dan tiada sebarang penahan
dilakukan terhadap  para pekerja
terbabit.
Datuk Rashid juga
menjelaskan sementara Perintah Berkurung ini para nelayan memang dibolehkan
menangkap ikan jarak dari darat sehingga ke permukaan dasar laut sejauh 50 batu
nautika  dan sekiranya nelayan  mahu 
melepasi batasan tersebut mereka boleh berjumpa dengan mana-,mana  Ketua-Ketua Polis Daerah ditempat
masing-masing untuk memohon permit  dengan membawa dokumen yang sah untuk
mempermudahkan pihak polis memproses semua permohonan permit tersebut.
Selanjutnya Wong berkata
kerjasama  yang diberikan oleh pihak
ESSCOM  dalam menerangkan peranan dan
tanggungjawab sebenar ESCCOM sebagai agensi pengkuatkuasaan bagi menjaga diperairan
cukup berat.
Saya amat berpusa  hati dengan pihak ESSCOM setelah saya
diberikan taklimat  dengan terperinci  oleh pihak ESSCOM mengenai beberapa perkara  penting dan saya mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Rashid dan para pegawai
kanannya kerana memberikan kerjasama sama sepenuhnya dann layanan yang cukp
baik.
“Saya harap kerjasama
seumpama akan berterusan dan pihak kami sebagai Ahli Parlimen dan ADUN
daripada pihak pembangkang akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya  dan membantu kepada  pihak ESSCOM untuk menjelaskan kepada rakyat
jelata mengenai fungsi-fungsi dan peranaan ESSCOM yang sebenarnya agar  tidak menjadi bahan spekulasi dan disalah anggap
kepada masyarakat sekeliling.
Turut hadir sama  pada majlis pertemuan itu antaranya wartawan
Kanan  FST News (SSJ)   Borneo Post, Utusan Borneo  dan See Hua Daily News. Dan tidak ketinggalan
Pegawai Khas Parlimen Sandakan Amsi Liew.
No comments:
Post a Comment