By Admin
OLEH: SAIMON S JUMADI
LAHAD DATU:-  Ekoran tindakan ESSCOM mengadakan Perintah
Berkurung dari perairan Kudat hingga ke perairan  Tawau  beberapa
penjual ikan di pasar-pasar umum telah mengambil kesempatan bagi menaikan
harga ikan yang melambung tinggi sehingga diluar kemampuan pelanggan untuk
membelikan ikan.
Dalam tinjauan  wartawan FST News di pasar umum bandar Lahad
Datu kelmarin ramai pelanggan rasa tidak puas hati dengan kelakuan peniaga ikan
di pasar berkenaan kerana telah menaikan harga ikan tiga  kali ganda 
dengan alasan  sukar untuk turun kelaut untuk menangkap ikan kerana
Perintah Berkurung jadi hasil tangkapan agar berkurangan.
Sebenrnya  alasan seribu alasan  yang diberikan oleh beberapa penjual ikan
tersebut tidak munasabah walaupun ESSCOM telah mengenakan perintah berkurung
hanya  bermula dari jam 6.00 petang
hingga ke jam 6.00 pagi para nelayan tidak dilarang untuk  menangkap ikan di perairan jarak dari
darat hingga ke dasar permukahaan laut  sejauh 50 batu nautika jika nelayan hendak
melepasi jarak tersebut mereka harus memohon permit dan diajukan di mana-mana
balai polis  berhampiran  atau berjumpa sendiri mana-mana Ketua
Polis  Daerah di tempat masing-masing
dengan syarat membawa dokumen diri dan dokumen yang berkaitan yang asal untuk
mempermudahkan pihak polis memproses permohonan permit itu.
Beberapa nelayan tempatan
yang sempat menemui wartawan  FST News
mereka menjelaskan contoh terdekat ikan tenggiri  harganya dijual kepada penjual ikan pertama
harga 1kg ialah RM5.00 sahaja  sebagai harga
borong   tetapi apabila mereka menjual kepada pembeli
harga  melonjak sehingga RM16.00 1kg.
“Walaupun masa perintah
berkurung untuk mencari ikan di laut tiada masalah sebab kita masih ada ruang
seluas 50 batu nautika jarak yang diberikan dan  kelonggaran kepada nelayan oleh pihak kerajaan
bukan kecil kawasan” kata seorang nelayan yang tidak mahu disebut namanya.
Perintah berkurung
bukan dijadikan  satu alasan untuk menaikan
harga ikan dengan sesuka hati tanpa memikirkan risikonya kalaupun mahu mencari
keuntungan bukanlah sehingga keparas 80 peratus hingga menyusahkan pelanggan
untuk makan ikan yang digemarinya.
No comments:
Post a Comment