Written by Admin
OLEH: CHARLES P ANDIANG
KOTA KINABALU:-Sepatutnya
rakyat Sabah tidak kira apa bangsa sekalipun yang bergama Kristian tidak wajar menggunakan
Bin atau Binti pada nama mereka yang tercatat
di Surat Kelahiran hinggalah ke mykad ini perlu diselesaikan.
Adakalanya nama
seseorang suku Dusun,Kadazan dan Murut tinggal di kawasan pedalaman yang bukan
beragama Islam mereka telah menggunakan
nama Islam seperti Rosmini Binti Kassim dan Johan bin Sulaiman ini telah mengelirukan.
Selain itu dalam pemberian Kad Pengenalan kepada rakyat asing khususnya kepada bangsa Visaya Filipina
dan bangsa Tator Indonesia 80 peratus mereka yang memiliki mykad telah menggunakan nama Islam Sufiian bin Abdullah dan Salmah binti Mohd pada
hakikatnya mereka bukan Islam sebenarnya ini juga satu kesilapan besar yang perlu diperbetulkan.
Lantaran untuk memperbetulkan
keadaan agar tidak menjadi rumit dan
mengelirukan masyarakat Sebuah gereja di Sabah menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
untuk menyelesaikan masalah Orang Asal beragama Kristian yang terdapat
perkataan “bin” atau “binti” dalam nama mereka serta dimasukkan ke dalam
kategori agama yang salah oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
“Gereja membuat aduan
kepada JPN dua tahun yang lalu untuk 162 kes di Sabah, tetapi diberitahu bahawa
tidak ada tindakan selanjutnya boleh diambil kerana fail-failnya hilang,”
demikian kata Presiden Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah, Rev Jerry Dusing.
Beliau memohon agar
JPN berhenti daripada menjadi ‘pemudah’ kepada tindakan pengislaman melalui
perubahan status agama dalam MyKad penduduk-penduduk beragama Kristian di
negeri ini.
“Kami juga ingin
menyeru pihak berkuasa untuk mengekang tindakan agresif Islamisasi di Sabah
yang dilakukan dengan cara meragukan seperti ugutan, dorongan dan penipuan,”
katanya.
Dusing berkata, di
salah klasifikasikan sebagai Islam di dalam MyKad menyebabkan penduduk Kristian
terhalang daripada berkahwin secara sah, seterusnya menghalang pendaftaran
kelahiran anak-anak mereka dan juga pendaftaran anak-anak di sekolah-sekolah
serta permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan mereka sendiri.
“Mereka juga telah
diberitahu oleh JPN bahawa jabatan itu hanya akan memperbetulkan status agama
mereka jika mereka pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengisytiharan
yang mereka bukan beragama Islam.
“Paling lucu apabila
penduduk Kristian perlu tertakluk kepada telunjuk Mahkamah Syariah,” katanya.
Dusing menekankan
hak-hak rakyat Sabah dalam kebebasan beragama itu selepas Ketua Biskop Gereja
Katolik Sabah, John Wong membangkitkannya di perhimpunan ‘mamangkis’ anjuran
Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah di Papar, Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment