Written By Admin
OLEH:  MOHD SUFFIAN AHMAD
Barisan Ahli
Jawatankuasa  sama ada di peringkat
Bahagian, Cawangan dan akar umbi harus seiring bagi mempertabatkan  nilai-nilai murni dalam memperjuangkan UMNO
selari Wanita sebagai tulang belakang.
“Kita sebagai wanita di
negara ini adalah penyumbang  besar
kemenangan  dalam setiap pilihanraya  umum dijalankan  selain itu juga wanita adalah pengundi
terbesar  dan wanita juga sama-sama
memainkan penting membentuk  strateji
bagi mendekati para pengundi” kata Noraini.
Tambah Noraini sebagai
Wanita UMNO  mestilah mempunyai daya
ketahanan  diri serta disiplin  yang tinggi 
agar dapat dikecapi dengan mengamalkan “Berat sama dipikul Ringan sama
dijinjing” 
Dalam Pergerakan Wanita UMNO  terang Noraini ia sangat jelas yang mana ia
melibatkan  soal nilai dan kita kena
komited serta bersungguh-sungguh  juga
telus dan ikhlas  serta berani  merangharungi ranjau-ranjau  onak  dan duri dalam menempuhi pelbagai rintangan
dan cabaran yang  datang.
“Insya Allah dalam tempoh
penggal ini saya akan menjalankan tugas dengan penuh didikasi dengan penuh
amanah dan bekerjasama  di kalangan ahli
jawatankuasa Bahagian Wanita dan cawangan-cawangan Pergerakan Wanita UMNO
Sandakan dengan jalinan mesra  antara
satu sama lain ia menjurus  menguatkan
lagi jentera basiran khasnya UMNO Bahagian Sandakan” kata Noraini.
“Dalam kesempatan ini saya
tidak berkecil hati walaupun ada di kalangan ketua-ketua Wanita cawangan yang
tidak menyokong kepimpinan saya, namun sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian
Sandakan  yang telah diberi mandat saya
akan menjalankan tugas dengan adil dan seksama  dalam memberi apa saja bantuan kepada
ahli-ahli Wanita UMNO demi kesejahteraan” jelas Noraini.
Mengenai bantuan kepada
ahli-ahli wanita khususnya para ibu tunggal dan keluarga yang kurang berada  yang belum dapat  semasa bulan Ramadan lalu jangan risau jangan
rasa kecewa bantuan-bantuan tersebut masih  lagi diterusan pada bila-bila masa sahaja.
Katanya lagi  para ibu-ibu tunggal yang ingin mendapat
bantuan mereka boleh menghantar nama-nama mereka ke Jawatankuasa Ibu Tunggal P186
Sandakan (JUWITA)  yang diterajui  oleh 
Hajah Dayang Siti Pulau sebagai pengerusi  insya Allahn kita akan berikan bantuan
sewajarnya.
“Terus terang saya katakan
dari hati yang ikhlas dalam pemberian bantuan kepada  ahli-ahli wanita UMNO yang berstatus ibu
tunggal  dan keluarga miskin tegar saya
akan berlaku adil  ini janji saya tiada
timbul birokrasi  sama ada mereka menyokong
saya atau sebaliknya asalkan mereka adalah ahli wanita UMNO Sandakan kita
berikan keutamaan”  tegasnya.
Seramai 259 perwakilan yang
melibatkan 43 cawangan telah menghadiri Mesyuarat tersebut  yang dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap
Persidangan Junaidah Abdul Rahman berjalan dengan lancar tanpa sebarang
gangguan.
Mesyuarat tersebut disempornakan
oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj KK Puyon.
No comments:
Post a Comment