Written by Admin
 OLEH: AZMI AZMAN
“Ini amat penting kerana
perpaduan yang intim  di peringkat akar
umbi ia merupakan tunjang  utama  dan nadi 
kekuatan bagi UMNO untuk menghadapi 
apa juga cabaran dalam merealisasikan 
misi perjuangan kita” kataya.
Ampong berkata demikian ketika
berucap di majlis perasmian  Mesyuarat
Perwakilan 2014 Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang diadakan di
Ballroom Sabah Hotel dekat sini pagi tadi.
Justeru itu, saya berharap
agar urusan perjalanan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Sandakan
dapat mengikut landasan peraturan dan perlembagaan yang ditetapkan  dalam parti penuh ketertipan  dan etika yang bersesuaian  dengan budaya 
bangsa kita  seperti mana juga
yang diharapkan oleh pucuk kepimpinan UMNO Pusat” tegasnya.
Sambil itu Ampong berpuas
hati dengan kepimpinan Wanita UMNO yang diterajui oleh Noraini Sulong sebagai
Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan telah membawa banyak perubahan besar  dalam  arus permaufakatan dan perpaduan kelompok
wanita sama ada diperingkat Bahagian, Cawangan dan akar umbi.
“Saya merayu semua wanita
UMNO bahagian Sandakan agar dapat bekerjasama sepenuhnya  dengan Ketua Wanita UMNO  agar segala program dan aktiviti-aktiviti
yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar” ujarnya.
No comments:
Post a Comment