Written by Admin
OLEH: KAMARUAL ZAMAN
KUALA LUMPUR:-  Mungkin disebabkan
sudah termakan budi  dengan pihak PERKASA
semasa Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin @
Kiki    didenda Mahkamah
sebanyak RM5,000.00 atas kesalahan mengherdik warga emas bangsa cina  dan pihak PERKASA telah berusaha
bertungkuslumus  membantu mengadakan
kupitan derma  untuk membayar denda
tersebut. 
Sebagai membalas budi PERKASA lantaran Kiki telah menyertai  NGO itu sebagai ahli dan kemasukannya
telah  sahkan  sendiri oleh  Yang DiPertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor  Abu Bakar Yahya.
Menurutnya, Kiki telah mengisi borang dan mendaftar serta turut membeli
baju Perkasa.
“Semalam, beliau hadir di ibu pejabat Perkasa Selangor, untuk mengambil
sijil dan juga kad keahlian Perkasa,” katanya ketika dihubungi oleh FST malam
tadi.
Jelas Abu Bakar lagi, sesiapa sahaja layak untuk menyertai Perkasa.
“Asalkan mereka Pribumi, kita akan terima. Bahkan, saya turut terkejut
kerana mendapati Kiki telah menghantar borang keahlian Perkasa,” katanya.
Selain, itu, Abu Bakar turut menjelaskan mengenai tabung derma yang
diwujudkan bagi membantu Kiki.
“Tabung itu, kita akan serahkan kepada Kiki pada masa dan waktu yang
sesuai,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain Abu Bakar juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja
Malaysia (PDRM) yang telah menyelesaikan kes seorang tukang batu nisan yang
menandatangani buku saman trafik dengan perkataan lucah dua bulan lepas.
Tukang batu nisan itu dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda
RM5,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis selepas
mengaku bersalah.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika
sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, anggota polis trafik itu menahan Lim di hadapan kafe
berkenaan kerana melanggar isyarat lampu merah. Polis trafik itu kemudiannya
mengeluarkan saman kepada Lim dan menyerahkan buku saman untuk Lim
menandatanganinya, dan mendapati ruang tandatangan itu diitulis dengan
perkataan lucah.

No comments:
Post a Comment