Written by Admin
OLEH: CHARLES P ANDIANG

Ramai bekas pelanggan ASTRO
yang tidak lagi menjadi pelanggan ASTRO sejak beberapa tahun lalu tetapi Bil
bulanan ASTRO masih berjalan dan jumlah semakin
meningkat.
“Saya sudah tidak lagi
melanggan ASTRO sejak tahun 2011 lagi semasa saya jelaskan bil akhir saya telah
memberitahu supaya pihak ASTRO memotong serta merta saya tidak mahu menjadi
pelanggan ASTRO” kata seorang mangsa keadaan yang hanya dikenali Mat Saman.
Kata Mat adalah dikhuatiri
mereka yang mendakwa dirinya adalah wakil ASTRO mahu mencari kesempatan dimusim-musim
menjelangnya hari lebaran yang semakin hampir.
Gara-gara perbuatan beberapa
individu yang mendakwa kononnya wakil ASTRO untuk menuntut hutang kepada mana-mana bekas pelanggan sedikit sebanyak mencemarkan nama
ASTRO yang didakwa menipu pelanggan seluruh negara.
“Saya akan melantik peguam
saya untuk mendakwa ASTRO sekiranya masih adalah orang-orang tertentu terus
membuat ugutan yang tidak munasabah” kata Mat lagi.
No comments:
Post a Comment