Written by Admin
OLEH: RAMASAMY KARUNAKARAN
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOJ8Rq0dB0_y0qmUPHv2xhdv4nGne7iYi-NWv9i8A7zaSWzurU4QO4YzezBPEp_mKrxcA3-Y2LdozZ53x_iqcZ7L3IGWSmEISz__XLBjx1zDzRONdhLj-A3vKOPYgkbpqDWPd0xMrEJEs/s1600/lim-lip-eng.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpi2ejPNR2S_f6TLiZaRMdGyp5fE1gC2HwkdAQuBYfQbqoNznFBo3nu6RHUFvN_o7Lkax-fZcSNy-gaNv7PdqFuwO_tzcllCffpyMiCKgc2Xje-BabQbqNnRfqm3_tXrlmi7ER66ve-ak/s1600/PMDanGelandangan1.jpg)
Dalam pada itu Ahli Parlimen
Segambut, Lim Lip Eng berkata kehadiran Perdana Menteri melawat gelandangan
Kuala Lumpur tidak membawa faedah kepada gelandangan, malah membuktikan bahawa
Perdana Menteri langsung tidak tahu apa yang patut dilakukan.
“Pertamanya saya ucap tahniah kepada Dato’ Sri Najib Razak yang telah
menunjukkan keprihatinan beliau dengan melawat para gelandangan Kuala Lumpur
malam semalam,” katanya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRLhr-Y-X2wlI3xZ8xcZlD5dhCBEYkDsh-GXMppyGqUuwvSl2WZVmG1kGjuPAzwuMVPxHot9TpM2v7kxe7Nr4GYhsf5li7HQBvagCrzHelyIpcM2jM1y6aIHn01_8I4GZ2JOPq6PK6rns/s1600/PMDanGelandangan.jpg)
“Lima tahun lalu, saya dan beberapa orang rakan telah mengedarkan
sejumlah makanan kering kepada warga miskin kota dan gelandangan Kuala Lumpur
bagi menyangkal dakwaan Najib bahawa kononnya ibu kota sudah tidak punya warga
miskin tegar.
“Sejak dari itu pun Perdana Menteri dan Barisan Nasional tidak banyak
membantu untuk meringankan beban yang ditanggung mereka yang tidak bernasib
baik, selain membuat pengumuman dan berjanji itu dan ini,” tambahnya.
Soal beliau, adakah selepas lawatan ini Najib Razak akan merangka suatu
penyelesaian yang baik bagi menangani masalah gelandangan dan warga miskin
kota.
“Adakah cadangan ‘mengangkut’ para peminta sedekah serta mengenakan
saman terhadap mereka yang memberi sedekah adalah rancangan terbaik yang mampu
beliau fikirkan?.
“Saya hairan apabila melihat Perdana Menteri sekadar datang melawat para
gelandangan di kaki lima dan kemudian membiarkan sahaja mereka di situ tanpa
membuat apa-apa.
“Ternyata nasib warga miskin kota tidak pun berubah walaupun beliau
sendiri melawat mereka. Bagaimana mungkin warga miskin boleh terus dibiar tidur
di kaki lima selepas lawatan itu?,” soal beliau lagi.
Menurut Lim, ia jelas menunjukkan bahawa Najib Razak tidak pernah
berbuat apa-apa sejak lima tahun lalu, dan beliau sendiri tidak tahu apa yang
patut beliau lakukan sekarang.
“Lawatan Perdana Menteri semalam tidak memberi sebarang faedah selain
satu usaha publisiti bagi menyelamatkan imej parti (BN) yang dirosakkan para
menterinya. Lawatan tersebut sama tarafnya dengan gol tunggal Brazil setelah
dimalukan dengan tujuh gol dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang
Jerman,” akhiri beliau.
Miskippun Perdana Menteri sendiri turun padang melawat gelandangan da
golongan miskin tegar di ibu kota, adakah ini merupakan jalan penyelesaian bagi
mengatasi masalah mereka hanya masih samar-samar
No comments:
Post a Comment