Monday, 7 July 2014

DUA MILITAN DARI SABAH DIBURU POLIS BUKAN PENUDUDK TAWAU

Written by Admin
 OLEH: FARIDAH AHMAD

TAWAU: Penduduk Kampung Titingan, atau Kampung Ice Box, dekat Tawau di pantai timur Sabah mendakwa bahawa mereka tidak tahu dan tidak pernah mendengar nama Mohd Amin Baco, 31, salah satu daripada lima orang yang diburu oleh pihak polis kerana didakwa terbabit dengan aktiviti militan.
Ketua kampung Kg. Titingan, Ismail Amoo, 65, berkata beliau tidak pernah mendengar nama Mohd Amin dan tidak tahu jika suspek pernah tinggal di kampung itu.
Beliau juga tidak pasti jika suspek ada menggunakan nama yang berbeza kerana kebanyakan orang di sini menggunakan nama samaran, katanya.
Kebanyakan penduduk di Kampung Titingan adalah dari Filipina Selatan dan Indonesia. Kampung ini juga disenaraikan sebagai salah satu ‘kawasan hitam’ kerana kes-kes jenayah yang tinggi dan kegiatan samseng dan merupakan salah satu penempatan haram yang paling terkenal di Tawau.
Lima individu dicari oleh pihak polis bagi membantu siasatan aktiviti militan
Usaha-usaha untuk mengesan ahli keluarga suspek lain yang dikenali sebagai Jeknal Adil, 30 juga gagal kerana alamat terakhir suspek di Kg. Kurnia Jaya Batu Empat Jalan Apas, Tawau, adalah kosong kerana kampung itu tidak berpenghuni lagi. Kebanyakan penduduk telah berpindah ke tempat-tempat lain selepas kebakaran memusnahkan lebih 80 buah rumah setinggan di kampung itu pada 17 Disember tahun lepas.
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mengeluarkan satu senarai nama lima individu yang dicari oleh pihak polis bagi membantu siasatan aktiviti militan di negara ini.
Mereka adalah Mahmud atau Abu Hanzalah, Muhammad Joraimee atau Abu Nur; pemilik kedai fotostat dan kedai alat tulis Mohd Najib Husen atau Ibrahim, 36, yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara; Mohd Amin dan seorang buruh, Jeknal Adil atau Jek.
Di bawah the Security Offences (Special Measures) 2012 atau SOSMA, yang menggantikan ISA, individu hanya boleh ditahan selama 28 hari dan perlu didakwa di mahkamah selepas tempoh ini tamat.



No comments:

Post a Comment