Thursday, 6 October 2016

SOAL PERUNTUKAN KENAPA SHAFIE HARUS DIPERSALAHKAN


( jawaban bila Shafie  disalahkan)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktiber 06/2016

MEMANG kekadang terlalu penat menjawab soalan-soalan  yang terus menyalahkan Datuk Sri  Shafie Apdal dan soalan biasa/selalu ditanyakan apa saja DS Shafie Apdal lakukan semasa duduki kerusi menteri di persekutuan.

Membina sebuah negara ke arah yang lebih baik bukan macam membina sebuah rumah yang bisa berdiri dalam masa seminggu dua dan Sabah ini memang luas dan banyak sangat yang harus diusahakan dan setahun dua dengan peruntukan yang amat terhad adalah sesuatu yang mustahil.

Tetapi perlu dijelaskan keluasan Sabah/Sarawak hampir sama dengan seluruh Semananjung Malaysia sedang peruntukan yang dikhaskan terlalu terhad dan kesan peruntukan yang terhad itu bagaimana mahu membangun dengan sekelip mata?

Perlu saya jelaskan di sini dan kita semuanya harus tahu sistem tadbir di Malaysia ini bahawa Malaysia ini ada dua kerajaan, satu kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang Perdana Menteri dan satu pula kerajaan negeri diketuai oleh Ketua Menteri atau menteri besar.

Baik kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, masing-masing mempunyai kabinet atau kementerian yang bertanggungjawab seperti kementerian kewangan misalnya antara fungsinya mengagih-agihkan peruntukan ke kementerian di persekutuan dan negeri masing-masing.

Peruntukan yang kerajaan persekutuan hantar ke negeri itu dikuasai oleh kerajaan Negeri sendiri dan Sabah sebagai contoh dikuasai oleh Kementerian kewangan Negeri Sabah dan menterinya ialah Musa 
Aman sendiri.

Semua peruntukan di Sabah itu Ketua Menteri yang meluluskan sendiri dan misalnya satu-satu projek jalan raya di Membakut yang berhak kasih anugerah/secara award ialah Setiausaha Kementerian Kewangan sendiri dan mesti ada kelulusan Ketua menteri dengan cara rekomendasi MP di kawasan projek berkenaan bakal dilaksanakan.

Itu kalau projek yang dikasih secara award dan kalau projek itu dilaksanakan secara tender TERTUTUP, TERHAD atau TERBUKA maka itu diatur oleh Kementerian kewangan atau yang berkenaan diamanahkan.

Itulah sistem kewangan yang disebut TRESURY INSTRUCTIONS atau TI. Lalu bagaimana kalau peruntukan itu disalurkan oleh DS Shafie Apdal melalui kementerian yang ia kuasai dulu? nah, caranya juga sama.
DS Shafi


No comments:

Post a Comment