OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktober 06/2016
PERUNTUKAN yang dihantar ke Sabah dari kementerian manapun di pusat
mestilah disalur ke kerajaan Sabah dan jika diaward mestilah kelulusan
Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah.
Jabatan
Air bawah Kementerian Kerja Raya dan setiap projek yang diberikan secara award
mesti mendapat kelulusan dari yang bertanggungjawab di Sabah sendiri.
Jadi, apa yang
berlaku dan yang mengejutkan kita di Sabah sudah tahu bagaimana sistem dana itu
dikendalikan dan tidak hairan kaki tangan yang yang diamanahkan ramai yang
rumah mereka seperti istana, berlagak sebagai jutawaan dan beli belah di luar
negeri seperti taukeh judi.
Lalu
bagaimana pula kayanya seorang menteri atau yang lebih berkuasa kendali projek
bilion?
Nah, itu
sebab selalu saya katakan TRILION dihantar ke Sabah tidak akan cukup kalau
kasus RASUAH itu terus menjadi budaya kepimpinan negara dan negeri.
Yang di
atas lagi rasuah, maka yang di bawah tentu akan melakukan perkara yang sama dan
biasanya mereka berkata " Menteri kaya raya, tak kan kita tak boleh makan
sama?" begitulah yang terjadi di sekitar kita ini.
Memang
rasuah itu tidak akan ada kesudahannya atau mustahil dihapuskan tetapi boleh
saja dikurangkan dan alangkah baiknya kalau rasuah itu diHUKUM TEMBAK macam di
negara China dan ini rasanya lebih baik sebab rasuah itu menyusahkan semua
rakyat dan rakyat yang dahagakan kebaikan/kemakmuran dibunuh oleh oleh para
koruptor itu sendiri.
No comments:
Post a Comment