OLEH:
SORAYA EGG
Khamis
Oktober 06/2016
1.TERLALU banyak parti politik di Sabah, walaupun ini dibenarkan
dalam demokrasi jangan sampai menjejas objektif pembangkang menghalang
kekalahan BN.
Perlu
diingat pilihanraya adalah menentukan senang atau susahnya kehidupan rakyat,
jika tersalah pilih pemimpin dan kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
2.Sabah
dibanjiri oleh parti politik yang layak bertanding dalam pilihanraya depan,
namunpun kapastinya berlainan mungkin ada yang bertaraf kacau daun
dan tidak kurang menjadi kuda tunggangan sebagai pemecah undi.
3.Sebaiknya rakyat
wajib berhati hati jangan terpancing oleh parti parti yang berstatus tidak
jelas halatuju dan tiada kemampuan untuk bersaing dengan barisan nasional dari
segi jentera dan logistik parti.
4.Pengumuman
United Sabah Alliance(USA) sedia bekerjasama dengan parti tempatan yang lain
satu lagi kejayaan positif ke arah penyatuan parti tempatan dan semua pihak
berharap kerjasama menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.
5.Konsep
pembangkang Sabah perlu berdasarkan kerjasama bertimbang rasa bukan menekan
mana mana parti tempatan yang lemah terutama parti yang konsistan dalam politik
terkecuali parti musiman hanya buka kedai semasa pilihanraya.
Parti parti senior ini mungkin boleh diberi
tawaran hanya bertanding sedikit kawasan atau dihadiahkan kursi Dun lantikan
selaras peraturan yang sedia ada, seterusnya tawaran jawatan penting jika
berjaya bentuk kerajaan.
6.Di
antara pemimpin perlu memupuk saling mempercayai di antara mereka berganding
bahu untuk melaksanakan aspirasi rakyat dan rakyat pastikan sokongan mereka
kepada parti dan pemimpin yang benar benar komited.
7.Satu
ketika dulu undang undang lompat dikuatkuasakan di Sabah akhirnya dibatalkan
kerana bertentangan semangat berpersatuan sehingga lah UMNO berjaya menubuhkan
kerajaan di Sabah hasil lompatan dua orang wakil rakyat dari PBS sehinggalah
sekarang ini.
8.Walaupun
amalan ini dibenarkan oleh demokrasi tetapi etika tidak mengizinkan, dalam
konteks politik Sabah situasi ini seolah olah diterima pakai umpamanya DSP
Lajim Hj Ukin masih relevan dalam politik
negeri yang digelar oleh penyokong UMNO "katak" adakah mereka sanggup
jika mereka juga dikatakan mewarisi kerajaan KATAK?
9.Itulah
asam garam politik bak kata pepatah "hanya jauhari yang mengenal
manikam".
No comments:
Post a Comment