OLEH: SHAIMON S JUMADI
ALBUM KENANGAN....Ketua Wanita UMNO Negeri Armani bergambar bersama-sama anak-anak yatim
KOTA KINABALU:-Ketua Pergerakan Wanita Sabah Sabah yang
diketuai oleh Datuk Hajah Armani Datuk Hj Mahiruddin selaku Ketua Wanita UMNO Negeri telah menghulurkan sumbangan wang raya seramai 30
orang terdiri daripada golongan anak-anak yatim untuk keperluan menyambut hari
lebaran yang semakin hampir.
HULUR SUMBANGAN PERIBADI....Terima kasih Datuk seorang anak yatim menerima ang paw raya daripada Samsudin
HULUR SUMBANGAN PERIBADI....Terima kasih Datuk seorang anak yatim menerima ang paw raya daripada Samsudin
“Inilah satu salah tanggungjawab kita sebagai
orang Islam selain kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini
akan tetapi kita jangan lupa dimusim-musim bulan yang penuh keberkatan ini harus banyak bersedekah kepada golongan
yang memerlukan terutama sekali
anak-anak yatim dan juga warga emas ini juga satu ibadah yang dituntut Islam.”
Kata Armani.
Tidak juga ketinggalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk
Hj Samsudin Yahya turut menyumbangkan pribadi kepada anak-anak yatim itu.
Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Arsah yang turut menyaksikan upacara penyerahan bantuan tersebut menyifatkan tindakan Ketua
Wanita UMNO Negeri Datuk Armani dan ADUN Sekong Datuk Samsudin salah merupakan
pemimpin yang berjiwa rakyat sentiasa mengambil berat terhadap golongan
anak-anak yatim dan juga kebajikan orang-orang tua.
Rahimah berkata semoga dengan adanya bantuan demikian akan dapat
menggembirakan anak-anak yatin di suasana
menyambut hari raya ini.
“Kepada dua orang pemimpin iaitu Armani dan
Samsudin memberikan sedekah kepada 30 orang anak-anak yatim semoga Allah SAW
memberikan keberkatan kepada mereka
berdua mendapat pahala yang berlipat ganda dan dimurahkan rezeki Ujarnya…Amin.
No comments:
Post a Comment