KEADAAN sekarang di Malaysia ini memang rata2 hidup tertekan.Pemberhentian pekerja MAS sekitar 12,000 orang cukup menyusahkan dan kesan salah tadbir rakyat jadi mangsanya sedang pemimpin kaya macam tauke judi.
Banyak
syarikat di Malaysia tutup dan yang baru mahu datang ke Malaysia berfikir ribu
kali untuk melabur di Malaysia dan kesannya luang kerja susah dan rakyat siap
terus ditekan dan tertekan jadinya.
Kesan
harga getah menjunam dan harga sawit jatuh, itu jelas menyusahkan pekebun2
kecil di sabah dan ini berpunca bila cina tidak lagi melihat Malaysia dan
mereka berpindah ke negara jiran sejak peristiwa MH370.
Kasus
minyak dunia turun dan ringgit menjunam jatuh ke gaung, itu satu petaka buat
Malaysia yang tidak pernah terfikirkan sebelum ini dan hal2 ini cukup memberi
kesan yang mendalam terhadap ekonomi di Malaysia.
Sesudah
masalah demi masalah terjadi di bumi Malaysia, lagi ditambah dengan RM42 bilion
di 1MDB entah ke mana dan itu tak selesai ditambah lagi dengan kes RM2.6 bilion
masuk pula ke akaun PM Najib dan kesannya menambah buruk ekonomi Malaysia kesan
kasus kepercayaan.
Untuk
selamatkan keadaan maka PM najib terpaksa mencari jalan lain dan jalan itu
dengan cara ambil dana dari poket rakyat sendiri atas nama cukai kepala
berganda iaitu GST dan dikatakan tahun 2016 kerajaan akan dapat kutip dari
poket rakyat sebanyak RM39 bilion.
RM39
bilion? jelas semacam tidak lojik kecuali rakyat Malaysia setiap orang
menyumbang RM1,300.
Nah,
berdasarkan sekarang ini segala macam harga barangan naik begitu ketara dan
sama sekali tidak sesuai dengan kos hidup yang menekan rakyat maka jelas rakyat
kian tertekan dan stress tak hairan kalau rakyat Malaysia paling banyak
mengalami sakit mental.
Bajet
yang dibentangkan oleh Najib hanyalah semacam pujukan untuk rakyat melupakan
pelbagai skandal yang Najib lakukan sendiri tetapi kesannya perbelanjaan negara
akan lebih terus defisitnya di musim2 mendatang dan usaha tiadakan belanjawaan
defisit tahun 2020 itu hanya anganan semata.
Rakyat
akan berambah susah kesan BN ajar rakyat seolah mengamal korupsi dan korupsi
itu sukar dibendung sebab ianya bermula dari kepimpinan atasan UMNO sendiri.
Malaysia
hanya akan berubah jika BN tersungkur sebab itu saja caranya menghapus budaya
KORUP yang berakar umbi sejak dulu yang kesannya bukan membaik tetapi memburuk.
ISMAILY
BUNGSU
sabah
24/10/2015
sabah
24/10/2015
No comments:
Post a Comment