Thursday, 2 July 2015

DESMOND YONGKOR HINA ISLAM KELAB NGO TAWAU BUAT LAPORAN POLIS......JEFFRY ROSMAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TAWAU;- Tindakan menghina Jujungan Besar Nabi Muhamed SAW  oleh seorang yang dikenali  Desmond  Yongkor (gambar) bagi kali kedua dia menghina agama Islam kali ini tiada  maaf baginya dan laporan polis telahpun dibuat.

Presden Kelab Penyokong Kerajaan BN Sabah Bahagian Tawau iaitu Datuk Mohd Jeffry Rosman bersama-sama ahlinya telah membuat laporan polis di Balai Polis Tawau kelmarin mengenai isu penghinaan itu.

‘Saya sebagai orang Islam yang mewakili penduduk daerah Tawau amat kecewa dan terguris atas perbuatan Desmond Yongkor yang terlalu merendah-rendah dan mencaci serta menghina agama  Islam.
 
Perbuatan Desmond itu benar-benar menyinggunng dan  mengguris hati kepada umat Islam di Sabah dan keseluruhannya” kata Jeffry.



POLIS REPOT aduan mengenai Desmond hina Islam

“Dia tidak terfikirkah kaum Dusun, Kadazan dan Murud di Sabah ini khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Keningau, Tambunan, Tamparuli, Kundasang, Ranau, Beluran, Telupid, Nabawan dan tempat-tempat lain yang saya tidak sempat sebutkan itu mereka ramai telah memeluk agama Islam bertahun-tahun lamnya” Jelas Jeffry kepada media ketika diminta mengulas berhubung dengan tindakan Desmond itu.
 


Kita hairan tambah Jeffry kenapa Desmond sebagai anak  watan tulen Sabah yang bekerja di Terminal Oil dan Gas Kimanis atau sebagai Engineer di Kimanis Power Plant merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dalam pembelajaran akademik tapi tiada fikiran yang waras apa tujuannya  dia menghina agama Islam.

“Mungkin Desmond sengaja cari pasal untuk menimbulkan huru hara di dalam Sabah ekoran tindakannya yang menghina agama Islam.

Saya merayu kepada pihak polis khususnya  Cawangan Khas (Special Branch) serta Jabatan-Jabatan agama Islam di negeri ini khususnya JAKIM dan JHEAINS tidak berdiam diri lantas mengambil tindakan biadap Desmond Yongkor ke pihak pengandilan.



Pihak Polis tidak boleh membiarkan perkara penghinaan agama Islam berterus-terusan perlu diambil tindakan segera kepada Yongkor.” Jelas Jeffry lagi.

No comments:

Post a Comment