Saturday, 31 May 2014

Dyana Sofya belum cukup mantap, kata Dr Asri

 359 0 0 374

By Admin

 | May 31, 2014
Walaupun Dyana belum lagi mencapai tahap seorang pemidato yang baik, Dr Asri berpendapat bahawa undi kaum Cina sememangnya untuk wanita berusia 27 tahun itu.
dr-maza-asri-tajdid 



  


PETALING JAYA:- Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sememangnya harus memperbaiki lagi kemahirannya dalam memberi ucapan.
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberitahu FMT bahawa Dyana belum cukup mantap di atas pentas, lebih-lebih lagi di khalayak ramai.
Asri malam tadi telah menghadiri kedua-dua ceramah DAP serta Barisan Nasional (BN) di Teluk Intan.
“Dyana memang ada pakej, ada rupa. Saya menjangkakan bahawa dia seorang pemidato yang baik, dan saya tahu dia masih baru, tetapi hakikatnya dia belum sampai tahap itu lagi.
“Cara dia mengulas sesuatu isu juga kurang menarik. Jadi dia harus menambah baik kemahiran berucapnya.”
Asri yang turut menghadiri ceramah BN terlebih dahulu malam tadi berkata bahawa ceramah BN tampak lengang.
“Anggaran saya paling ramai pun 100 orang. Untuk DAP pula, saya dapati lautan manusia, anggaran saya dalam 10,000 orang.”
Melalui pengamatannya yang melihat begitu ramai kaum Cina yang hadir di ceramah DAP, ia seperti suatu isyarat bahawa undi kaum Cina untuk Dyana.
“Kaum Cina pada kebiasaanya tidak berminat mendengar ceramah politik. Tetapi melalui kehadiran mereka malam tadi, saya menjangkakan bahawa 70% sokongan kaum Cina adalah untuk Dyana.”
Beliau turut memuji kemahiran pihak pembangkang dalam berkempen, yang menurutnya, jauh lebih elok daripada BN.
`Ceramah DAP meriah’
“Mereka menggunakan pendekatan kempen presiden seperti di Amerika Syarikat. Ceramah DAP nampak meriah, seperti sebuah konsert.
“DAP nampak lebih bersedia dengan menggunakan skrin besar dan sebagainya. Gerak tubuh (body language) calon DAP juga lebih baik,” katanya.
Beliau turut merasakan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia pemimpin DAP, terutamanya yang muda, jauh lebih baik berbanding pemimpin BN.
“Walaupun Bahasa Malaysia [pemimpin veteran DAP] Lim Kit Siang tidak begitu baik, tetapi pemimpin muda DAP rata-ratanya berbahasa Melayu dengan baik.
“Bahasa Malaysia pemimpin BN yang berucap malam tadi memang teruk, sehingga apa yang diperkatakan tidak difahami.
“Jika mahu jadi pemimpin yang benar-benar berjiwa Malaysia, seharusnya mereka fasih berbahasa Melayu,” katanya.
Tambah Asri, tidak banyak sebenarnya isu yang dibangkitkan kedua-dua pihak malam tadi, malah mereka hanya saling menuduh sesama sendiri tentang isu perkauman.
“Walaubagaiamanpun, kita harus berterima kasih kepada semua pihak, DAP serta BN, yang telah memeriahkan demokrasi,” katanya.
PRK Teluk Intan yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu di antara Dyana serta calon BN Datuk Mah Siew Keong akan tamat petang ini dengan keputusan diumumkan seawal jam 9 malam ini.

Begitu juga sama keadaan semasa pilihanraya kecil di Kajang ceramah BN  yang diadakan boleh dikira orang yang hadir tetapi makanan punya banyak.

Ceramah PR (_KPK) walaupun tidak ada makanan disediakan oleh penganjur tetapi orang yang datang boleh dikatakan lauatan manusia duduk nongkrongpun mereka tidak hreaukan.

SUBRAMANIAM ADA SHARE DENGAN CADBURY SPRM TANGKAP MENTERI ITU KERANA COBA MELINDUNGI SYARIKAT TERSEBUT



By Admin
Saturday May 31.2014 

OLEH: RICHARD K T TEO









RAMAI DAKWA....Subramaniam mempunyai kepentingan dengan Syarikat Cadbury kerana coba mempertahankan SPRM tangkap menteri ini jalankan siasatan terperinci

SELANGOR:- Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berasa amat hairan mengapakah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengeluarkan kenyataan semalam mengatakan bahawa JMM boleh menyaman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan di dalam isu kandungan porcine (babi) di dalam coklat Cadbury, Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Menurut Presidennya, Azwanddin Hamzah, mengapakah Subramaniam tidak menyuruh JMM menyaman Syarikat Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) selaku kilang yang mengeluarkan coklat tersebut.
“Bukanlah Jakim atau Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam pengeluaran coklat Cadbury ini, dan bukanlah juga Jakim dan Kementerian Kesihatan yang membuat keuntungan dari penjualan coklat ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menyoal bagaimanakah Subramaniam boleh tampil ke hadapan untuk mempertahankan syarikat Cadbury ini dan bukannya Kementerian Kesihatan.
“Perkara ini amat ganjil apabila seorang menteri boleh menjemput orang ramai untuk menyaman Kementerian Kesihatan iaitu kementerian beliau sendiri, sedangkan kesalahan dilakukan oleh Syarikat Cadbury,” katanya.
Katanya lagi, Subramaniam perlu memperjelaskan di mana kepentingan sebenar beliau dalam isu ini.
“Sedangkan beliau yang sepatutnya melihat kepada kepentingan rakyat dan bukannya kepada Syarikat Cadbury,” dakwanya lagi.
Beliau menyentuh dalam masa yang sama Subramaniam berkata, kemungkinan berlakunya pencemaran.
“Jika pencemaran boleh berlaku bermakna juga  coklat Cadbury ini adalah amat berbahaya kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku dan mungkin juga mengandungi racun,” katanya lagi.
Dakwanya lagi, sebarang kemungkinan yang tidak diingini akan juga boleh berlaku.
“Jika pencemaran ini boleh dijadikan alasan, bagaimanakah ia boleh mendapat status Halal?” soalnya.
Katanya, JMM melihat kemungkinan Subramaniam juga tidak memahami asas pemakanan Halal.
“JMM juga menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuat pemantauan tentang proses siasatan ini dan mengumpulkan maklumat dari orang Islam,” katanya.
Azwanddin menambah bagi pihak JMM, kami akan terus menyaman Syarikat Cadbury dan akan mengumpulkan masyarakat Islam yang telah ditipu oleh Syarikat Cadbury.

 
 
Sepatutnya kerajaan khususnya Kementerian  Kesihatan Malaysia yang menyaman syarikat Cadbuary ini adalah wajar  mungkin juga menteri itu ada kepentingan dengan Cadbury kalau dilihat dari beberapa sudut amat ketara sekali bahawa menteri kesihatan itu  memang mempunyai  kepentingan sebab kenapa mahu mempertahanankan atau coba melindungi Syarikat Cadbury SPRM harus menyiasat bukan jadi buta tuli saya, jika ada asas tahan dulu Menteri Kesihatan itu seminggu hingga dua minggu.

Soal halal dan haram ini bukan perkara kecil atau mempersenda-sendakan ini perkara serius umat islam di Malaysia boleh memberontak kemumngkinan timbul huru hara, nyata kalau di Indonesia sudah pastinya kilang Cadbury dibakar tanpa rasa belas kesihahan sekaligus dengan tetetuannya (pemiliknya rentung)



MENANG TAK JADI MENTERI TAK KISAH YANG PENTING JADI MP BOLEH BERSUARA UNTUK RAKYAT.....DYANA

 53 5 0 58

By Admin

 | May 31, 2014
Calon BN Datuk Mah Siew Keong yang dijanjikan jawatan menteri oleh perdana menteri dapat beri sumbangan lebih berkesan Kalahpun tetap jadi menteri itu janji Najib jadi tak kisah memang atau kalah sama saja dapat tawaran jadi menteri
Dyana Sofya 






TAK KISAH....Saya menang tak jadi menteri tak kisah yang penting jadi MP dapat bersuara untuk kepentingan rakyat jelata 

PUTRAJAYA: Pengundi Teluk Intan diingatkan supaya tidak menolak tuah dan memilih calon Barisan Nasional (BN) untuk pembangunan kawasan tersebut.
Menurut Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan jawatan menteri kepada calon BN Datuk Mah Siew Keong sekiranya beliau menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan esok.
“Saya harap rakyat dan pengundi Teluk Intan tak menolak tuah bahawa jika Mah menang akan jadi menteri kabinet.
“Perkara itu bukan berlaku semudah itu. Untuk jadi presiden parti dan mewakili sesuatu kawasan. Kebetulan beliau berasal dari Teluk Intan dan kebetulan ada kematian
“Presiden parti dalam negara tak banyak. BN ada 13 parti dan pembangkang ada tiga. Baru 16 sahaja dari 222 kerusi parlimen,” kata Ahmad dalam satu sidang media di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Tambah Ahmad, Dyana mungkin tidak dapat memberi sumbangan yang berkesan seperti apa yang Mah sumbangkan.
“Dyana Sofya kalau menang pasti tak jadi menteri,” katanya.
Sementara itu, Ahmad berkata BN telah mengenal pasti 9,210 ahli parti komponen BN yang tidak keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
“Harapan kita mereka ini keluar awal untuk mengundi,” katanya sambil menambah BN boleh menang sekiranya berjaya meraih 3,600 undi dari golongan ini.
PRK Parlimen Teluk Intan yang bakal berlangsung esok menyaksikan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud bakal menentang calon BN iaitu Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan dan anak jati Teluk Intan.

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya menang, Mah tetap jadi mente

 669 9 0 696

By Admin

 | May 31, 2014
Mah tetap jadi menteri sebab beliau presiden parti komponen BN.
Steven Sim 




 PETALING JAYA: Para pengundi PRK Teluk Intan jangan terpengaruh dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai jawatan kabinet kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong jika beliau menang esok.
Menurut ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim (gambar) ini adalah taktik pilihanraya BN.
“Menang kalah, Mah tetap jadi menteri sebab beliau presiden parti komponen BN. Bekas Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pun sama, kalah teruk tapi masih dilantik jadi Senator dan kemudian jadi menteri,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas komitmen Najib yang mengatakan jika Mah memenangi PRKT eluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet.
Perdana Menteri membuat komitmen itu kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China semalam.
Steven Sim bertanya apa guna Mah jadi menteri, jika beliau tak berani bersuara untuk rakyat?
“Lihat Koh Tsu Koon, tidak mampu bersuara tentang kesusahan kehidupan rakyat walaupun dilantik jadi menteri jaga prestasi (KPI) kerajaan,” katanya.
Tambahnya lagi, kemudian seorang lagi, Waytha Moorty meletak jawatan sebagai timbalan menteri kerana mendakwa kerajaan Umno-BN tak menepati janji  untuk jaga rakyat.
“Jadi Menteri dan Timbalan Menteri pun tak guna sebab Umno masih berkuasa,” dakwanya.
Katanya, kalau masuk pilihanraya demi kekayaan dan jawatan menteri maka rakyat wajib tolak.
“Saya berharap pengundi Teluk Intan menilai dengan bijak. Undi Dyana, kita dapat ahli parlimen muda, bijak dan paling penting yang berani bersuara demi rakyat. Dan bonusnya dapat menteri “free” sebab macam manapun Mah tetap akan jadi menteri,” katanya lagi.

Bahasa Banjar dan Jawa digunakan berkempen di Teluk Intan

 493 2 1 498

By Admin

 | May 31, 2014
Ahmad Maslan dan Husni berkempen dalam bahasa Banjar manakala Ahmad Zahid Hamidi berkempen dalam bahasa Jawa
zahid hamidi 




 BAHASA JAWA.......Zahid.....Wong  Jowo di Teluk Intan enggak usah lali undi karuh BN aku ngerti wong Jowo karuh wong banjar neng Teluk Intan pasti neh undi karuh BN ayuh bareng-bareng tangi

TELUK INTAN: PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini agak menarik kerana DAP meletakkan calon Melayu manakala BN meletakkan calon Cina.
DAP mempertaruhkan Dyana Sofya untuk mendapatkan undi di kawasan Cina manakala BN yang meletakkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong mencari undi di kawasan Melayu kerana majoriti Melayu yang menyokong Umno akan mengundi calon BN walaupun calon itu adalah orang Cina.
BN tidak nampak ada harapan untuk mendapatkan undi orang Cina sebab itu jentera BN menumpukan kempen mereka di kawasan Melayu.
Majoriti pengundi Melayu adalah orang Banjar dan Jawa maka dailek Banjar dan Jawa digunakan sepanjang kempen.
Di kalangan pengundi Melayu dari suku Banjar misalnya, BN telah menggunakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai darah Banjar untuk berkempen dan bertemu dengan komuniti itu.
Ahmad Husni yang dikatakan mempunyai darah Banjar dari sebelah neneknya yang berasal daripada Bagan Serai, Perak memang didapati boleh berkomunikasi dalam bahasa itu, begitu juga dengan Ahmad Maslan daripada Benut, Johor yang kedua-dua ibu dan bapanya daripada suku Banjar.
Pengundi-pengundi di Kampung Banjar dan Sungai Tungku misalnya telah didatangi oleh kedua-dua pemimpin tersebut yang bercakap dalam bahasa Banjar.
Di kalangan suku Jawa pula, peranan yang sama dimainkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memang diketahui berketurunan Jawa daripada Bagan Datoh, Perak.
Beberapa kelompok komuniti Jawa di sekitar Batak Rabit telah pun menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri itu di mana beliau bercakap dan berkempen dengan mereka menggunakan bahasa Jawa bagi menunjukkan keakrabannya.

IBRAHIM ALI ,MAKI HAMUN MALAYSIA KINI SEBAGAI WEBSITE SUNDAL

 365 11 0 377

By Admin

 | May 31. 2014
Mana Perkasa terima taxpayer funding? Tajuk amat jahat untuk buat pembaca marah
Ibrahim Ali Perkasa 







MAKI HAMUN......Ibrahim Ali memaki hamun Malaysiakini
PETALING JAYA: Nampaknya perkataan “celaka” yang disebut oleh ADUN Delima, S. Rayer di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini, kini menjadi sebutan popular.
Dalam kejadian terbaru, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah berkata, “Celaka punya tajuk. Malaysiakini ini betul-betul pembawa fitnah dan dajjal”.
Beliau marah kepada tajuk berita yang tersiar dalam portal itu, “Are taxpayers funding Perkasa’s European foray?”
Katanya, Malaysiakini buat tajuk macam ini dan buka kepada pembaca untuk komen.
“Ada yang cadang supaya dimaklumkan kedatangan Perkasa ke United Kingdom kepada High Embassy Britain di Kuala Lumpur agar kerajaan Britain tidak benarkan pertubuhan ekstrimis seperti Perkasa beroperasi di sana. Memang bastard Malaysiakini,” katanya kepada FMT.
Beliau menyifatkan tajuk berita itu sebagai kurang ajar .
“Mana Perkasa terima taxpayer funding? Tajuk amat jahat untuk buat pembaca marah,” tegasnya.
Katanya, memang Malaysiakini ini anjing atau babi.
“Cara tajuk dan berita ditulis berniat jahat terhadap Perkasa. Satu sen Perkasa tak terima dana kerajaan untuk pelancaran dan penubuhan Perkasa United Kingdom dan Eropah,” katanya sambil menyifatkan Malaysiakini adalah website pelacur yang tak ada harga diri.
Menurut Silva Singh tiada pembaca yang marah bila mana PERKASA dibantai malahan sorang suka kalau PERKASA termasuk presiden hari-hari dimaki hamun.
"Dia (Ibrahim Ali) sendiri biadap dan kurang ajar kenapa mengeluarkan perkataan anjing dan pelacur kepada portal Malaysiakini ini juga satu perbuatan Ibrahim Ali tidak bertemadun" jelasnya
Katanya lagi siapa yang mahu sokong PERKASA satu NGO condong kepada keganasan racist orang-orang Melayu sendiripun 80 peratus di negara ini menolak kepimpinan  PERKASA barang kali kalau Ibrahim Ali mampus dan ada pengganti baru yang bersikap sedarhana disukai ramai orang barulah rakyat khususnya orabng Melayu mahu sokong NGO ini.