Written
by Admin
Sunday
11  May 2014
OLEH: SAIMON  S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Empat buah cawangan DAP yang
melibatkan  Cawangan  Singapore Street, Cawangan  Kim Fung  Cawangan Indah Jaya dan Cawangan Karamunting telah
mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan bagi tahun 2014 yang diadakan
serentak  di pejabat DAP Bandar Litat
dekat sini pagi tadi.
Terdahulu Wong mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua ahli-ahli dan para penyokong DAP kawasan Sandakan kerana
telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi terhadapan kepimpinannya  menerajui DAP Sandakan.
“Kerjasama yang intim daripada semua
ahli-ahli diperingkat akar umbi, cawangan dan Ahli Jawatankuasa bahagian ini
amat penting kerana  boleh mewujudkan  jalinan hubungan baik antara satu sama  lain bagi meningkatkan perjuangan parti DAP
yang lebih kuat dan mantap.” tegasnya.
Katanya lagi ahli-ahli DAP harus bekerja kuat
bagi menjamin keutuhan perjuangan DAP untuk menghadapi PRU 14 yang akan datang
nanti.
“Pada PRU 13 lalu DAP hanya berjaya merampas
kerusi Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan telah tewas pula ditiga
kawasan DUN antaranya Elopura, Tanjung Papat dan Karamunting  itupun hampir menang,  namun begitu kita yakin PRU 14 nanti bukan saja kerusi
Parlimen Sandakan kekal milik DAP tetapi tiga DUN kawasan yang disebutkan itu
pastinya jatuh ketangan DAP sebab rakyat  sudah hilang kepercayaan
terhadap kerajaan BN” ujarnya.
Wong juga yang selaku Ahli Parlimen Sandakan
yang dipilih oleh rakyat semasa PRU    13
lalu akan berkhidmat kepada masyarakat khusus untuk  membantu rakyat tidak kira siapa mereka kerana
ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah rakyat harus dilaksanakan dan
dipikul walau seberat manapun.
Wong menambah memandangkan  parti DAP adalah parti untuk berbilang kaum
(Multiracial) kini DAP   semakin diterima oleh masyarakat Bumiputera dan
buat masa  ini DAP telah mempunyai tiga buah cawangan iaitu Cawangan Kg Berhala
Darat, Kampung Sim-Sim dan Kg Melayu Bumiputera Sim-Sim 
Turut hadir sama ialah mantan calon DUN Tg
Papat iaitu Frankie Poon, Pengerusi DAP Cawangan Kg Sim-Sim Dayang Zubaidah
Datu Tahil dan Pengerusi DAP Cawangan Kg Berhala Darat Basith NC Hj Osman.
No comments:
Post a Comment