Written
by Admin
Tuesday
May 13.2014
OLEH: SAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
 Untuk menjadi insan yang mulia, yang
sanggup memikul tanggunjawab untuk melaksanakan satu-satu tugas yang
diamanahkan adalah  lahirnya dari seseorang yang mempunyai  sifat-sifat jati diri yang jitu.
Seseorang
yang mempunyai pendidikan akademik dan agama yang semporna melalui kaedah ini
barulah kita dapat melahirkan insan-insan  yang berbudi  bahasa budi pekerti bersopan santun  lantaran itu  barulah kita  boleh
membina insan yang sejati insan yang berwawasan.

Ketua
Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata demikian ketika berucap
merasmikan Program Bina Insan anjuran KEMAS Sandkan yang diadakan di
perkarangan Masjid Sri Taman dekat sini pagi tadi.
“Sebagai
seorang  wanita yang bergelar ibu
tanggungjawab kita bukan setakat membela anak-anak menjaga makan pakai
suami  atau memasak saja di dapur tetapi
peranan kaum wanita pada era zaman IT ini selari dengan peranan kaum lelaki
boleh dikatakan hampir  sama apa kata orang
duduk sama rendah berdiri sama tinggi”.ujarnya
Bersempena sambutan Hari Ibu Sedunia 2014 Noraini menasihatkan  mereka yang masih mempunyai ibu jagalah dengan
sebaik-baiknya kerana kalau bukan ibu yang mengandungkan kita sehingga lahir ke
dunia sudah tentu kita tidak berada di majlis ini, kerana ibulah kita menjadi
insan yang semporna serba serbi mengecapi kesenangan  hidup di dunia yang penuh dengan pancarobah
ini.
Sambil
itu Noraini juga memuji usaha murni pihak KEMAS Sandakan kerana berjaya menganjur
program yang dinamakan Bina Insan 2014
 walaupun sedarhana tetapi cukup bermakna
yang telah dimenfaatkan oleh mereka yang turut serta.
No comments:
Post a Comment