Wednesday, 1 March 2017

FST....DAP TG PAPAT SUMBANG PASANG PINTU TIANG GOAL PADANG FUTSAL


OLEH: SHAIMON  S JUMADI- FST
Wednesday March 01/2017

TANJUNG PAPAT:-  Gotong Royong boleh menjalinkan hubungan mesra antara satu sama lain ini harus dikekalkan hingga ke generasi akan datang.

Walaupun Parti Tindakan Demokratik (DAP) hanya merupakan parti pembangkang namun tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyatnya tidak pernah terabai ini memang sudah menjadi dasar dan perjuangan asal DAP sentiasa membela rakyat yang memerlukannya.

DAP Tanjung Papat yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi  DAP Sandakan Frankie Poon telah mengadakan Gotong Royong bersama-sama penduduk untuk memasang pintu  tiang  Goal padang Futsal di  Taman Permainan Perumahan Sedarhana Sim-Sim kelmarin.


Menurut Poon projek pemasangan pintu tiang  Goal padang Futsal sumbangan DAP itu adalah bertujuan untuk kemudahan kepada para belia setempat untuk menjalankan kegiatan sukan setiap hari.

Kata Pon lagi para belia haruslah digalakan mengambil  pelbagai aktiviti agar mereka (belia) tidak mudah terjebak dengan kegiatan-kegiatan nagatif yang bisa memudaratkan diri mereka.



FST.....ADUN GUM-GUM BANTU DUA MANGSA KEBAKARAN KG GARINONO BATU 25 JALAN LABUK

GAMBAR MENUNJUKKAN……Zakaria kelihatan sedang menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Garinono




0LEH:  AZMIE AZMAN-SFT
Wednesday  March 01/2017


GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum Datuk Haji Zakaria Haji Mohd Edris telah menyampaikan bantuan kepada mangsa dua buah rumah yang terlibat kebakaran di Kampung Garinono, Batu 25 Jalan Labuk.

Bantuan berbentuk barangan keperluan dapur itu diberikan bagi mengurangkan beban keluarga mangsa disamping melaksanakan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.                 
Menurut Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , pelbagai bantuan lagi akan disalurkan kepada mangsa antaranya mencadangkan agar mangsa masing-masing diberikan sebuah rumah PPR di Gum Gum, Batu 16 Jalan Labuk.
          
Pihaknya juga akan menilai semula keperluan bagi membina semula rumah berkenaaan melalui Projek Bantuan Rumah (PBR).         
"Sebuah balai bomba perlu diwujudkan di kawasan berhampiran ekoran kejadian kebakaran yang sering berlaku di kawasan ini," kata beliau kepada media ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran pada petang Rabu.
          
Menurut Zakaria, beliau telah membuat permohonan kepada kerajaan bagi mempertimbangkan perkara itu memandangkan jarak Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan yang agak jauh.
          
Zakaria juga mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan rumah masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian kebakaran berulang.
          
Kejadian pada Isnin kira-kira pukul 12 tengahari itu mengakibatkan mangsa tinggal sehelai sepinggang rumah selepas rumah didiami mereka musnah sepenuhnya.

Mangsa kini tinggal sementara di balai raya kampung berkenaan.
          
Sementara itu, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Sandakan, Kasrin Atchil berkata, pihaknya juga menyalurkan pelbagai bantuan kepada mangsa antaranya bantuan makanan, barangan dapur dan peralatan gantian rumah termasuk zink dan papan lapis yang bernilai RM 2,000 untuk setiap ketua isi rumah.




FST….MP SANDAKAN BINCANG ISU BEKALAN MINYAK MASAK 1 KG PAKET DENGAN KPDNKK



SHAIMON S JUMADI-FST
Wednesday March  01/2017


SANDAKAN:- Sejak kebelakangan  ini rakyat khususnya pengguna telah dibebani oleh pembelian minyak masak yang berbotol kandungannya 2kg dengan harga RM13.00 hingga RM15.90 ikut jenama pengeluar.

Ini sebenarnya berpunca dari ketiadaan  bekalan minyak masak paket 1kg minyak subsidi yang dijual dipasaran dengan harga 1 paket hanya RM2.50 sahaja kini jenis minyak masak paket sudah tiada lagi  dijual di pasar-pasar raya ataupun kedai-kedai runcint berhampiran.

Dengan itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt mencari pendekatan dan beliau sendiri berkunjung ke pejabat Kementeri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  Cawangan Sandakan untuk berbincang lebih terperinci dengan para pegawai kementerian berkenaan  untuk  mengetahui mengenai ketandusan pembekalan minyak masak paket tersebut.

Wong berkata kita perlu tahu sedikit sebanyak mengenai ketandusan bekalan minyak tersebut dan Wong minta pihak kementerian berkenaan memberi tahu rakyat  apa sebenatnya sudah berlaku supaya rakyat tahu tidak tertanya-tanya kenapa sekarang sukar membeli minyak masak guna paket 1kg itu.

Rakyat yang berpendapatan rendah kata Wong lagi kini dibebani oleh harga minyak masak kenara harga sebotol 2kg harganya memcecah RM12.90  kalau mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu memang mereka tidak dapat membeli minyak masak tersebut.


Tuesday, 28 February 2017

FST.....AKRAPI RAKYAT TARIK RAMAI KEAHLIAN WARISAN


OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Tuesday Feb 28/2017


KEKADANG selalu saya perhatikan di grup-grup WHATSAPP atau Facebook selalu dibincangkan hal calon, siapa layak siapa tidak dan mahu orang lokal. Ini jelas mencipta jurang pemisah sesama kita dan tidak baik diamalkan.
Harusnya VISI kita ialah menangkan WARISAN dan fokas gerakan akrapi dekati rakyat masuki kubu BN dan pujuk mereka sertai ahli WARISAN.
Caranya adakan acara kelompok atau ceramah rumah ke rumah dan pujuk ahli-ahli BN atau yang atas pagar dan jelaskan visi WARISAN sambil menjelaskan segala fitnah dan tuduhan terhadap DS Shafie Shafie Apdal dan Warisan.
Ada yang bercita-cita mahu jadi calon melakukan hal seperti yang saya katakan? ada pelobi-pelobi melakukan perkara sama dan apa saja tindakan mereka selama ini? selain hanya kata " sokong Warisan" berulang kali di grup-grup whatsapp yang ahli hanya sekitar 60 orang semacam syok sendiri pula nampaknya.
WARISAN mulanya ditubuhkan, adakah mereka bergerak dan di mana mereka itu dan bila WARISAN mendapat perhatian dan mendapat sokongan kesan usaha yang terdahulu dan mereka yakin sangat WARISAN mendapat tempat di hati rakyat mulalah mereka memperlihatkan wajah. Itu tidak salah tetapi jangan melebih-lebih seperti virus pula jadinya.
Kalau menyokong dipersilakan tetapi janganlah adu domba atau laga-lagakan dan terus asyik memperkatakan soal calon, si anu tak layak dan yang layak si anu bin sianu dan ini tidak baik buat sebuah parti yang visinya mahu memerintah selamatkan rakyat.
Bagi saya tak perlu bincang soal CALON dan jangan sekali mengatakan soal kelayakan seseorang itu, tetapi lebih utama semua serentak BERKERJA keras dan kerjasama mengangkat parti WARISAN dan ajak keluarga kawan-kawan terdekat sertai warisan sama berjuang. Kalau memang jawatan banyak dan kalah gigit jari.
Soal calon, rakyat akan tahu dan laporan akan disampaikan oleh rakyat kepada pemimpin dan yang di sekitar juga akan menyampaikan kepada pemimpin terutama ke pengetahuan DS Shafie Apdal, YB Darell, YB Junz, YB Terrence, YB Jaujan dan banyak lagi dan memang mereka yang memutuskan nanti dan itu hak kepimpinan.
Bila kita bercakap dan bincang soal calon di akar umbi maka itu akan terjadi kelopokan dan berpuak-puak dan memang tidak baik dan kesannya akan ada kata jika kuda tidak terpilih mereka akan keluar meninggalkan parti dan jelas sesudah jadi YB yang berkenaan akan melompat meninggalkan parti WARISAN dan yang demikian baiklah menjadi calon bebas saja selayaknya.
Sekadar bahan untuk kongsi sama dibincang agar tidak menjadi duri dalam daging yang melahirkan kanser berbahaya dan kita kena tegas elak sia-sia dan penat yang dilalui sejak bertahun-tahun  jadi lokasi pembangkang/pejuang.


FST.... GURU WAJIB HADIR KAH (MESTI BAWA 30 ORANG TIAP SEKOLAH)



OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Tuesday Feb 28/2017

PADA tanggal 28hb Februari jam 10:00 (hari ini) merupakan hari sekolah dan bukan musim cuti.

Sekolah dimestikan menghantar 30 orang guru2 ke acara itu.

Apa ini? bagaimana anak-anak sekolah kita?
Kenapa guru dilibatkan hadir dan dipaksa hadir dan jika tak hadir diminta menulis surat tunjuk sebab.

Jelas kerajaan Najib dan di Sabah pimpinan MUSA sengaja mengganggu tugas2 di sekolah.

" Tidak hairanlah pendidikan di Sabah pernah menerima anugerah pendidikan asas paling tersorot dan sk Mantanani tak seorang lulus exam sekolah asas " kata ketua Wira Warisan Sabah/Datuk Aziz ketika kami bercakap sebentar tadi.

Perbuatan kerajaan BN ini jelas merosakkan pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah dan kelihatannya inilah sebab-sebabnya pendidikan anak-anak bangsa kita di Sabah jauh tertinggal kesan dipaksa berpolitik sungsang.

Keadaan ini berlaku tidak boleh disalahkan pihak sekolah dan guru2 sebab mereka dikerah paksa dan jika gagal biasa diambil tindakan seolah menentang kesan dituduh tidak memberikan kerjasama.

Hal-hal seperti ini cukup tidak menyenangkan dan kerana itu ramai pengetua dan guru2 hidup tertekan kesan tekanan dan ugutan jika tidak akur perintah pegawai pendidikan daerah.

" Perbuatan seperti ini harus diperhentikan dan biarlah guru menumpukan perhatian di sekolah kecuali masa-masa cuti dan itupun tidaklah boleh pegawai pendidikan daerah diarah memaksa yang berkenaan hadir " Kata Datuk Azis lagi.


FST….THE SANDAKAN DISTRICT TENNIS ASSOCIATION (SDTA) WILL BE AGM ON THIS SUTURDAY


BY: SHAIMON S JUMADI-FST
Tuesday Feb 28/2017

SANDAKAN:   The Sandakan District Tennis Association (SDTA) will hold its annual general meeting this Saturday.

SDTA president Fernando D. Rulloda said the AGM will be held at the SDTA club house off Mile 2 ½ Jalan Utara on Feb 25 at 2pm.

He reminded SDTA members to be at the club house before 2pm to register for the meeting.
 Fernando said he would present his report on SDTA activities and financial account during the AGM.

Notice of the AGM was placed on the notice board at the club house in January while a second notification was put up also on the SDTA notice board earlier this month. 

SDTA members were also notified of the AGM through the SDTA members WhatsApp Group.

This is the first AGM Fernando will be chairing after taking over the helm of SDTA last year. SDTA has more than 40 members.




FST.....WONG MP SANDAKAN LAWAT DUA PESAKIT DI HOSPITAL DUCHESS OF KENT SANDAKAN


OLEH: AZMIE AZMAN -FST
Tuesday Feb. 28/2017

SANDAKAN:- Sebagai Ahli Parlimen walaupun dipihak parti pembangkang  namun tugas dan tanggungjawabnya serupa juga dengan wakil-wakil rakyat dipihak kerajaan tidak jauh bezanya  untuk menjaga kebajikan rakyatnya.

Stephen Wong Tien Fatt Ahli Parlimen Sandakan sempat berkunjung ke wad Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk menziaraihi dua orang pesakit yang sedang terlantar di wad berkenan  ia itu  Max Million Lee dan seorang lagi Setiausaha Akhbar  kepada Ahli Prlimen Sandakan yang juga sebagai Pengarang Kanan Media Portal Free Sandakan Today Online iaitu  Shaimon S Jumadi di dimasukan ke Unit ICU kerana  kena serangan jantung dan sesak nafas.


Kini  Shaimon sudah  beransur pulih selama 10 hari dia menjalani rawatan di wad hospital dan kini dia sudah pun keluar wad dan sudah mula menjalankan tugas-tugas rasminya.


Dalam pada itu Shaimon bagi pihak se;luruh anggota keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Wong sejak Shaimon di masukan ke wad hospital sejak  01 Feb hingga 26-Feb 2017 keluar masuk wad Wong tidak putus-putus menziarahi Shaimon  semasa berada di wad  berkenaan

Dengan ini saya Shaimon  juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua doctor- Staff Nurse dan Jururawat kerana memberi layanan baik semasa   saya berada di wad hospital selama 10 hari dan dua hari saya berada di Unit ICU tidak sedarkan diri.


“Terima kasih juga saya ucapkan atas lawatan ke Unit ICU Datuk Yusri Asgali keluarga-keluarga serta rakan-rakan yang tidak putus-putus melawat saya semasa  saya terlantar di atas katil wad berkenaan semoga Allah saja yang membalaskan segala kebaikan mereka,,,Amin: Jelas Shaimon