Monday, 13 February 2017

FST.....BASRIH HJ OSMAN TELAH DILANTIK SEMULA SEBAGAI AHLI MAJLIS DAERAH KINABATANGAN SESI 2-17-2018

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
Monday Feb.13/2017

KINABATANGAN:- Seorang Ahli Jawatankusa UMNO Bahagian Kinabatangan iaitu Basrih Hj NC Osman sekali lagi telah diberi kepercayaan penuh oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin untuk melantik semula Basrih  kekal sebagai anggota Ahli Majlis Daerah Kinabatangan untuk sesi tahun 2017/2018

Perlantik  semula Basrih sebagai mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Daerah Kinabatangan telah diambil kira dari beberapa aspek sudut  pertama rajin bekerja dalam membantu penyelesaikan permasalahan orang-orang kampung sebagai tulang belakang Ahli Parlimen Kinabatangan,

Yang kedua Basrsih memang seorang yang amat disenangi oleh masyarakat setempat termasuk ahli-ahli daripada peringkat akar  umbi cawangan  hingga ke Jawatankuasa Bahagian UMNO Kinabatangan.

Basrih berjanji akan menjalankan tugasnya sebagai Ahli Majlis Daerah Kinabatangan dengan penuh didikasi dan bertanggungjawab seperti yang telah diamanahkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan  yang merupakan agen mata telinga kerajaan


“Dengan itu  seterusnya  saya mengucapakan jutaan terima Kasih kepada YB. Dato Sri Bung Moktar Radin kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk terus kekal untuk menjadi Ahli Majlis Daerah Kinabatangan bagi sesi 2017-2018 seterusnya Jutaan Terima Kasih kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.” Kata Basrih

FST..... MP SANDAKAN UCAP SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA AHLI MAJLIS MPS ANGKAT SUMPAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI-FST
MUSTAFFAH MOHD HASSAN-FST
Monday Feb, 2017/13


SANDAKAN:- Majlis Angkat Simpah Ahli Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang berlangsung baru-baru ini  telah mendapat perhatian umum dan ia lebih bermakna dan sebagai membuka tirai atau lembaran baru untuk mengatur pelbagai strategi kepada masyarakat tempatan khususnya yang ada kaitan dengan hal ehwal MPS bukan jadi Ahli Majlis MPS kerjanya tukang tindas para penjaja dan  peniaga saja sehingga ramai para peniaga  yang sudah gulung tikar gara-gara perbuatan jahil/kejam   Ahli Majlis MPS

Dengan itu  Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong mengucapkan syabas kepada Ahli Majlis MPS baru, dan mengingatkan mereka supaya melaksanakan tugas mereka sebagai Ahli Majlis dengan teliti, dan berkhidmat kepada penduduk Sandakan dengan penuh tanggungjawab, bukan hanya bekerja kepada "pihak atasan" mereka.\

Wong berkata demikian berhubung dengan laporan berita mengenai Ahli Majlis MPS sesi baru angkat sumpah pada 8 Februari.

Kata beliau, Sandakan menghadapi pelbagai masalah kemudahan asas, sistem pembentungan, kebersihan, rokok seludup, tukang kasut haram, penjualan telur penyu dan sebagainya, MPS masih tidak dapat menambah baik, apatah lagi menyelesaikan masalah, kini masalah-masalah ini telah hilang kawalan.

Wong berkata, Ahli Majlis berperanan untuk membantu MPS berkhidmat kepada rakyat, termasuk membantu menambahbaikan masalah-masalah di atas, diharapkan Ahli Majlis baru benar-benar berkhidmat kepada rakyat, bukanlah "rubber stamp" yang hanya bermesyuarat, makan minum dan mengambil elaun.

Wong berpendapat bahawa, jika Ahli Majlis hanya berdiri di tepi, tidak berani untuk berjuang demi rakyat, tidak mampu berkhidmat kepada Sandakan, tiada maknanya dilantik sebagai Ahli Majlis.

Tambah Wong, Ahli Majlis juga harus turun padang, mendekati rakyat, jangan hanya duduk dalam pejabat hawa dingin bercakap kosong sahaja, kerana turun padang barulah dapat mendalami masalah dan harapan rakyat.

Kata Wong, elaun Ahli Majlis harus ditambah, walaupun kini elaun setiap kali mesyuarat adalah RM100, lebih banyak berbanding dengan masa dulu RM50, tetapi masih tidak cukup, terutamanya setiap Ahli Majlis hanya menghadiri 3 hingga 4 mesyuarat setiap bulan, mendapat elaun RM300 hingga RM400 sahaja, bagaimanakah bersemangat untuk berkhidmat?

Beliau menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan untuk mengubah sistem elaun Ahli Majlis kepada sistem gaji, supaya Ahli Majlis menjadi Ahli Majlis sepenuh masa, seperti Ahli Majlis di negeri Selangor dan Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, memperoleh pendapatan melebihi RM3000, membolehkan mereka melaksanakan tugas Ahli Majlis sepenuh masa.

Wong berkata, selain itu, bidang kuasa Ahli Majlis juga harus dihormati dan dipandang berat, staf majlis perbandaran harus menurut arahan Ahli Majlis, supaya Ahli Majlis dapat berkhidmat kepada rakyat dengan efisien.


FST……HUJAH PROVOKASI ( kasus IKON WARISAN)


OLEH: ISMAILY BUNGSU-FST
Feb  Monday 2017/13

KALANGAN kita ketika mahu hadiri sesuatu majlis berhujah rasa-rasa adalah yang bukan niat mahu mendapatkan ilmu sebalik niat mahu memalukan dengan segala macam provokasi dan ini rasanya bukan untuk kebaikan sebalik mencari kelemahan.
Dalam satu-satu acara tidak semua soalan harus dijawab dan ada kalanya jawaban didiamkan sebab jawaban itu merupakan STRATEGI atau tidak perlu diwar-warkan kala tidak membawa makna dan cara terbaik biarkan saja sebab tiada kaitan.
Ada kalanya ahli penal sengaja tidak menjawab dan diserahkan kepada yang sesuai menjawab atau sang ketua sebab menghormati sang ketua dan tidak boleh melebih-lebih dan sikap ini makna hormat atasan dan inilah yang selalu diajarkan kepada ahli-ahli warisan jangan melampau dan mengada-ngada harusnya selalu bersikap merendah diri.
Kasus yang terkait IKON WARISAN yang saya anggap anak muda yang punya potensi kebetulan ibunya saya kenal dan ibunya minta saya nasihati dan mendidik, maka saya lihat ia punya potensi yang cukup baik dan tingkahnya cukup sopan dan hormat orang dan olah sikap demikian cukup saya hormat bukan kerana dia puteri teman saya tetapi sikapnya itu saya sanjung dan puji berani berhadapan dengan khalayak dan ia harus jadi model/ikon dan sesuailah ia dikatakan IKON WARISAN.
Saya memerhatikan mereka yang berkenaan menyoal isu sebenarnya bersikap provokasi atau jelas tidak ikhlas atau memang tidak tahu sistem peraturan kabinet dan kerana itu dia bertanya dan pertanyaan kenapa DS Shafie tidak perjuangkan apa mahunya Sabahan kala duduki kerusi menteri kabinet, maka itu yang berkenaan kena faham peraturan-peraturan kabinet tidak boleh menentang dasar kerajaan dan tidak boleh bercakap di luar kabinet dan jika bercakap di luar kabinet maka jawabnya PECAT dan itu yang terjadi terkait kes 1MDB DS Shafie dipecat. Harap ini dimengerti.
Saya tidak berada di lokasi dan tidak tahu cerita selanjutnya tetapi apa yang diperkatakan oleh IKON WARISAN kepada saya jelas dia cukup menghormati dan soalan-soalan  yang mengaitkan DS Shafie itu layak dijawab oleh ketua WIRA sendiri yang ada bersama ketika itu dan itu tanda hormatnya anak muda kepada yang lebih matang dan dewasa dan ini merupakan sikap anak-anak WARISAN tanda hormat bukan melebih-lebih atau menunjuk lagak.
DS Shafie Apdal dalam ucapan-ucapan dan yang selalu ia pesankan kepada saya secara direct agar menasihat ahli-ahli WARISAN selalu berlagak seperti pohon beringin melindungi dan terus merendah diri dan elak sombong, ambung, takbur dan sikap-sikap semacam ini harus diamalkan jika mahu menjadi pemimpin yang baik.
Demikian adanya dan sila diperhatikan kekadang yang ada dalam acara berhujah tidak semua ikhlas mahu bertanya tetapi lebih kepada PROVOKASI mahu memalukan dan ini kena faham dan sebaiknya tidak perlu diambil peduli dan ahli-ahli WARISAN harus terus bergerak ke depan tanpa peduli segala cabaran dan kritikan atau olah memalukan kala mereka sebenarnya tertekan kesan sambutan rakyat terhadap WARISAN diluar jangka.


FST……..UMNO KEHILANGAN SEPANGGAR? ( Juga Petagas Pada PRU14)


OLEH NURLIYANA ABDULLAH-FST
Feb, 2017/13 Monday

MASALAH tanah untuk 3 kampung yang dijanjikan dan kemudian tanah diperkatakan diserahkan kepada sebuah syarikat kendalian DBKK kononnya tidak menjadi dan itu menyebabkan penduduk NUMBAK marah dan UMNO akan menerima padah di PRU-14 nanti.

Kebetulan YB Jainab bukan asal sana sebalik Tawau dan itu menjadikan pengundi kalangan suluk/bajau marah, ditambah lagi selama ini Jainab menjadi wakil rakyat kehidupan pengundi di sana semakin susah, dipinggir dan menderita.

Karambunai telah terbagi dua dan satu kawasan kekal Karambunai dan sementara satu lagi dinamakan DARAU dan kedua lokasi ini terutama di Darau pengundinya sekitar 4-5000 orang telah menyertai WARISAN dan borang penyertaan telah diserahkan kepada Darell Leiking.

Baik kawasan Inanam akan kekal di bawah kuasa PKR dan dua DUN Karambunai dan Darau kelihatannya UMNO akan berputih mata sebab rata-rata mereka di sana akan mengajar YB Jainab/keadaan ini menjadikan Jainab tidur tak tenang dan makannya tak kenyang.

Sementara Yahya Husin di Petagas apa khabar?
Yahya yang sudah masuk penggal ke7 jadi wakil rakyat di sana mencecah sekitar 35 tahun dan sudah tua sebaiknya undur saja dan di sana sudah terbagi dua DUN iaitu DUN Petagas dan Dun Dumpil.

Jika dinilai PRU lalu dan ditolak undi tentera 3,500 orang, maka jelas Yahya hanya majoriti 120 lebih dan sekarang undi tentera kekal di kawasan baru namanya DUMPIL.

Ada kabar kemungkinan Yahya tidak akan diturunkan menjadi calon sebab orang di kawasan berkenaan sudah muak disamping faktor usia kesan yang di sana mahukan anak-anak muda.

Tetapi sumber yang boleh dipercaya kononnya Yahya akan pindah ke Dumpil untuk selamatkan diri kesan di sana ada 3,500 undi tentera tetapi tentera sekarang tidak boleh lagi diperlakukan semacam dulu dan di sana masih majoriti bukan tentera, jelas kelihatannya 50-50.

Ada orang UMNO mengatakan kawasan Petagas bukan lagi kawasan selamat sebab baru-baru ini ramai ketua2 cawangan dan orang kuat UMNO di Petagas meninggalkan UMNO dan lagi orang nombor dua Yahya dan yang ketiga semuanya sudah lanjut usia alias tua tak akan mendatangkan apa-apa jika diletakkan mewakili UMNO kecuali HILMI dan Jefry yang mungkin diturunkan tetapi Hilmi sendiri tidak mesra dengan penduduk di sana kesan rumahnya di Likas dan jefri pula asal Maruntum pasti tidak mungkin di Petagas/Jefri sendiri ada masalah.

Jelas kedua kawasan itu memang tidak selamat dan kelihatannya PETAGAS akan mudah jatuh ke tangan WARISAN dan demikian juga Tg Aru pengundinya di Sembulan dan Pulau Gaya. Cuma barangkali UMNO seolah merasakan selamat di Dumpil. Ini kali UMNO bakal dikubur di 6 kawasan kesan kehadiran atau kesan DS Shafie meninggalkan UMNO yang langsung tidak mereka sangka sebelum ini.

Soal MP Tanjung Aru juga bermasalah buat BN kerana wakilnya bukan UMNO dan sedang kawasan itu lebih kurang 80% Melayu dan islam agama, lalu kenapa pula orang lain jadi calon? apakah tidak ada bangsa Melayu asal lokasi berkenaan? Ini bakal menjadi telingkah dan jika gagal diselesaikan maka itu menyebabkan pengundi-pengundi kawasan berkenaan akan mengundi calon WARISAN di PRU akan datang.

UMNO sekarang ini memang dalam keadaan kacau dan berdasarkan apa yang saya amati PRU14 merupakan PRU akhir BN berkuasa dan siap bakal ditalkinkan.

Siap sedialah rakyat Sabah dan jangan lagi undi BN bersama kita kuburkan.


KETUA PENERANGAN WIRA WARISAN SABAH, MERANGKAP, KETUA WIRA WARISAN KOTA MARUDU....FST.

TEKS PENUH KENYATAAN AKHBAR
12 FEBRUARI 2017 FRANCIS AU

BY ADMIN FST
Monday Feb 13/2017
WIRA Warisan tertanya-tanya mengapa agaknya Jimmy Wong, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu bersikap serta berkelakuan seakan-akan seperti UMNO dan Barisan Nasional?
Sejak kebelakangan ini juga, Warisan juga agak skeptikal dengan tindak-tanduk beberapa parti pembangkang yg tidak putus-putus 'menyerang' Warisan, seolah-olah mereka lupa siapakah musuh sebenar mereka dalam politik.
Ianya bukan mengenai soal 'kira ayam' sebaliknya Wira Warisan realistik serta berkeyakinan bahawa pucuk pimpinan parti khususnya DS Shafie  tidak memberi harapan palsu kepada penyokong dan juga rakyat Sabah yg inginkan perubahan.
Sejak ditubuhkan pada bulan Oktober tahun lalu, Warisan telah bertungkus lumus, bekerja keras turun padang sehingga ke akar umbi untuk berjumpa dengan rakyat, untuk bertanya dengan rakyat, apakah yang rakyat mahu?
Di pihak Warisan di dalam mana-mana sesi ceramah mahupun forum tidak pernah mana-mana pemimpin Warisan berkempen dengan mengambil pendekatan untuk menperjelas mengenai apakah isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963.
Sebaliknya, DS Shafie  dan pucuk pimpinan Warisan berkali-kali meyakinkan penyokong dan rakyat Sabah bahawa Warisan punya cara untuk menuntut autonomi Sabah, selain melaksanakan 'Kad Sabah' untuk menjaga hak dan kepentingan orang Sabah.
Pendirian Warisan mengenai MA63 adalah kukuh dan jelas bahawa MA63 bukanlah perkara yg boleh dibawa berunding sama ada untuk dilaksana separuh-separuh atau sebahagian daripadanya sahaja seperti yang dicadang oleh Kerajaan Najib, mahupun Kerajaan Musa.
Tetapi MA63 haruslah dihormati dan dilaksanakan kerana ianya adalah warisan daripada pemimpin terdahulu yang mana telah dipersetujui oleh semua pihak semasa pembentukan Malaysia.
Bila mana Warisan diberi mandat menerajui Kerajaan Sabah di masa akan datang Warisan akan melaksanakan MA63 tanpa kompromi.
DSSA dan pucuk pimpinan Warisan tidak memberikan harapan palsu mengenai hal ini kerana Warisan mempunyai cara yg signifikan, cara yg logik dan munasabah serta realistik untuk melaksanakan perkara ini.
Atas sebab itu, Warisan tidak terburu-buru untuk bergabung dengan mana-mana parti pembangkang di Sabah. Kerana pada akhirnya rakyat yg akan menentukan kemahuan mereka? Kerana pada akhirnya juga, pada rakyat sebagai pengundi juga akan menentukan parti mana yg mereka mahukan, dan parti mana yg rakyat yakini boleh menumbang rejim UMNO dan Barisan Nasional khususnya pada PRU14 ini.
Selama ini kita sudah melihat beberapa parti pembangkang di Sabah sama ada parti nasional atau tempatan sehingga kini telah kecundang dalam pilihanraya tetapi masih bercita-cita besar meskipun secara prestasinya mereka sebenarnya telah ditolak oleh rakyat.
Atas sebab itulah juga, DS Shafie dan pucuk pimpinan Warisan berkali-kali dalam ucapan menjelas bahawa soal gabungan atau kerjasama ini tidak perlu diputuskan secara terburu-buru.
Sebaliknya perlu diteliti dengan jelas dan mengambil pendekatan berhati-hati, walaupun pada zahir ianya nampak baik tetapi, dikhuatiri akan 'memakan diri' jika kita terlalu ghairah dan lupa sejarah.
Tamat.


Sunday, 12 February 2017

FST......PAKATAN HARAPAN BINCANG PEMBAHAGIAN KERUSI PRU14 ...KATA WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI_FST
Sunday February 2017/12

 
SANDAKAN:- Pilihanraya Umum Negeri (PRU14)  semakin hampir di  ambang  pintu dan mungkin akan diadakan lebih awal.

Dengan itu Parti Tindakan Demokratik (DAP) telah menyediakan draf untuk mengadakan perbincangan  mengenqai pembahagian kerusi  parti komponen Pakatan Harapan antaranya DAP-PKR- AMANAH dalam tempoh 2 minggu atau 3 minggu  dari sekarang dan di jangka dalam perbincangan tersebut akan mencapai  fahaman yang jitu

Wong berkata, tidak kira pilihan raya umum atau pilihan raya negeri diadakan serentak atau tidak, DAP telah bersedia untuk menghadapinya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sandakan berkata sedemikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat DAP Sabah, bersama dengan pemimpin DAP Sabah yang lain.
Wong berkata, DAP akan mengadakan bengkel-bengkel kerja pilihan raya, dan menjemput pemimpin pusat untuk membantu.

Manakala ADUN Sri Tanjong Chan Foong Hin mencabar Ketua Menteri Datuk Musa Aman membubarkan Dewan Undangan Negeri secepat mungkin.

"Kami telah membuat penyediaan sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin akan diadakan berasingan."

Di samping itu, YB Stephen Wong mengumumkan bahawa bekas Ketua Bersih Sabah Jennie Lasimbang yang menyertai DAP baru-baru ini, telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa DAP Sabah dan Ketua Wanita DAP Sabah.
Majlis Pelantikan Jawatankuasa Wanita DAP sesi baru akan diadakan pada 18 Mac.

Kata beliau, aktiviti Wanita telah dihentikan selepas bekas Ketua Wanita DAP Sabah Candy Wong letak jawatan, kini Jennie akan menghidupkan tugas-tugas Wanita.

Kata Wong, DAP Sabah telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini, selain sebulat suara meluluskan pelantikan Jennie sebagai Ketua Wanita DAP Sabah, DAP Sabah juga menubuhkan Jabatan Tanah Adat Orang Asli, diketuai oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah Adrian Lasimbang, untuk membantu orang asli mengatasi masalah rampasan tanah.


Wong menjelaskan mengenai kerjasama  dengan parti-parti tempatan seperti Star-SAPP dan WARISAN  Pakatan Harapan belum memikirkan soal kerjasama dengan parti-parti tersebut pada PRU14 nanti ini bergantung kepada persetujuan semua ahli Pakatan Harapan untuk memutuskan sama ada mereka mahu kerjasama atau sebaliknya,

FST NAMANYA POLiTiK BANYAK KARENAH


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH-FST
Sunday February 2017/12

POLITIK itu tidak sama seperti sistem tadbir pejabat yang harusnya ikut peraturan dan undang-undang yang dicipta.

Politik kata orang selalu dijanjikan sebuah jambatan meski di lokasi tidak ada sungai dan itu sebab politik itu ikut kamus indon dikatakan muslihat.

Siapa atau parti mana yang bijak bermuslihat biasanya akan selalu menang kesan rakyat lebih suka melihat yang nampak dan apa yang dirasa tetapi kabur melihat apa yang bakal terjadi di depan dan kesannya hidup rakyat menderita sedang pemimpin begitu rakus dan tega menipu, berbohong dan melaknati amanah yang rakyat beri.

Cuba kita perhatikan apa jadi 1MDB kendalian Arul, apa jadi FELDA dikepalai oleh Isa, mana sudah si Rezza, Pak Arab dan Jow Low dan apa jadi Apandi habis semua kes 1MDB ia tutup sementara si Jamal setiap hari jadi orang gila meroyan dan racau memanjang zaman.

Ini semuanya permainan dan muslihat di depan mata dan apakah rakyat main tutup mata membisu seribu bahasa dan di PRU terus beri undinya kepada BN? Baculkah kita ini termasuk diri saya sendiri, kerabat serta suku sakat yang kesani harga getah, sawit murah dan hidup kian sesak dan menyesakkan?

Rakyat kena fikir dan kena jelaskan sejelas-jelasnya meski kutukan hinaan saling datang bertandang ke halaman rumah kita untuk menjelaskan hakikat sebenarnya.

Politik itu bukan mainan sebaliknya satu bisnes dan kerana itu di akhir ini macam-macam yang aneh berlaku dan rakyat hadapi dengan putih mata yang kekadang cukup memalukan segalanya.

Sabah ini memang punya ladang sawit terbesar, tetapi tidak mampu hasilkan sabun, minyak segala minyak dan itu sebab minyak masak susah didapatkan tetapi minyak masak kita banyak sangat dihantar ke negara China dan keperluan di dalam negeri disekat dan tiba-tiba muncul satu perniagaan baru kalangan orang politik sendiri dan bukankah itu niaga namanya?

Buka mata, bukan telinga dan buka mata hati lihatlah di sekitar, sesunggunya politik itu sama di mana-mana dan bukan BN namanya kalau tidak menipu dan memperbodohkan rakyat di sekitar.

Memang Sabahan terutamanya dikasih bodoh dan pemimpin Sabah sendiri rata2 terus menunduk ketika berhadapan dengan Najib dan takut sangat menanduk sebab keduanya ada tong tahi yang boleh meletup bila-bila saja seperti bom jangka dan akhirnya mereka jadi badut, buta matanya dan buta hatinya segala itu menjadikan rakyat menderita dan terus diam bisu seperti ada saja kematian dan mereka berkabung kematian suara kepala otak jadi beku bisu tidak ada lagi bahasa mahu dilagukan macam termakan nasi kangkang.

Begitulah hakikat yang dihadapi oleh rakyat Sabah bukan saja bisu buta mata malah sudah lama tersihir kesan tangki biru dan Br1M yang seolah menjadi raja penyebab lupa diri dan lupa negara bangsa di depan yang samar dan gelap.

Politik itu strategi dan politik itu tipu daya dan politik itu muslihat dan kita terperangkap di dalamnya dan kita dibaculkan dan kita jadi hamba abadi yang menyebabkan otak tidak boleh lagi memikir dan berfikir.

Para professor, dekan, naib cancelor semuanya dikangkungkan dan ada yang bijak dipecat singkir sama seperti Hang Nadim Singapura dilanggar todak yang bijak dibuang dan itu sebab dalam UMNO yang bijak lari berada di pembangkang dan yang dungu jadi lembu diam di Kondo pastinya Sharizat tahu sangat hal ini.

Jamal Jamban terus meroyan, Ijat ketawa di kondo bersama lembu-lembunya, sementara si Nazri selesai pelancongan tutup diNGAP macam bujang senang dan kak Semah terus dengan cincinnya yang berkilauan, Azeez selesai Tabung Haji sedang si Jamil kerjakan duit zakat, PROTON pula dijual jadi mangsa.

Adohai, Sabahan terpingga-pingga macam orang sasau dan bila ada kapal WARISAN mulalah mereka terjaga sedikit/sedikit saja tetapi ada pula ajen BN bersuara keras untuk isi kantung sendiri sambil melaungkan kerjasama dengan tujuan raih kesan warisan jelajah berkerja keras.

Hati-hati kamu duhai Sabahan dan jangan sekali terpengaruh dan jangan leka selamatkan diri naiklah segera ke kapal namanya WARISAN dan tentu ingat kapalnya nabi NUH yang selamatkan umat manusia dan binatang-binatang dibawa bersama secara berpasang-pasangan

Ingat itu kita kena ubah segalanya. Kita mesti berubah. Tiada cara lain. Tak perlu toleh kanan kiri terus ke depan bersama WARISAN negara bangsa kita.