Thursday, 5 March 2015

ADUN GUM-GUM LAWAT PEJABAT PERTANIAN SANDAKAN


CENDERAHATI.....Keliahatan Jumaat menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Zakaria (6 dari kiri) sambil diperhatikan oleh rombongan dari BPE Bahagian Libaran dan UPPM Gum Gum


OLEH: LEE THIEN CHOI


SANDAKAN: Biro Pembangunan Ekonomi (BPE) Bahagian Libaran yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Pertanian Sandakan, Batu 7 Jalan Airport kelmarin.

Menurut Zakaria , tujuan lawatan kerja rombongan dari BPE Bahagian Libaran dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum mengenalpasti kemudahan serta peluang yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat.

“Kita tahu Kerajaan menyediakan banyak kemudahan membantu rakyat dan lawatan rombongan ke Pejabat Pertanian Sandakan adalah untuk mengenalpasti peluang-peluang yang ditawarkan oleh Jabatan Pertanian Sabah,” kata Zakaria.

Beliau juga meminta pihak Pertanian supaya menganjurkan lebih banyak kursus serta program untuk petani-petani termasuklah belia dan beliawanis di bahagian Libaran.

“Jikalau ada program pertanian untuk kawasan Sandakan , kita minta Pejabat Pertanian Sandakan untuk melibatkan juga BPE Bahagian Libaran dalam pembincangan bersama dalam penganjuran program tersebut,” tambah Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Negeri dan Perumahan.

Sementara itu, rombongan dari BPE Bahagian Libaran dan UPPM Gum Gum telah diberi taklimat ringkas oleh Pegawai Pertanian Kanan Pejabat Pertanian Sandakan Jumaat Ibrahim berhubung perkembangan pertanian , pelan pembangunan serta perancangan masa depan Jabatan Pertanian Sabah untuk seluruh kawasan Sandakan khususnya Gum Gum.

Antaranya projek yang telah dicadangkan iaitu pembinaan Kompleks Latihan Petani Pantai Timur Sabah di tapak seluas lebih kurang 59 ekar di Gum Gum yang dijangka akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke 11.

Kompleks ini akan menawarkan kursus-kursus untuk belia dan beliawanis serta petani-petani di Pantai Timur Sabah, Projek Pertanian dan Latihan Dalam Perkhidmatan dimana kursus atau seminar dapat dianjurkan  untuk memberi peluang kepada kakitangan Pertanian di Pantai Timur menghadiri program-program berkenaan.




Sunday, 1 March 2015

RAMAI IBUBAPA SUKA MENINGGALKAN ANAK-ANAK SEORANG DIRI DALAM KERETA

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:-  Kejadian kelmarin sepasang suami isteri meninggalkan anaknya sendirian di dalam sebuah kereta du Bandar Labuk betul-betul menghayat hati.

Ibu bapa mereka dikatakan semasa meninggalkan anaknya didalam kereta berwarna putih  mereka makan minum atau berseronok-ronok dikedai mamak.

Tergamak betul sebagai seorang tua meninggalkan anaknya didalam kereta yang bertutup cermin yang tidak masuki udara, mujurlah ada beberapa orang mendengar jeritan dan tangisan anak kecil itu kemudian memcecahkan tingkap cermin kereta itu untuk menyalamatkan nyawa budak itu.

“Saya fikir kalau sejam saja lamanya budak itu diberada dalam kereta tersebut kemungkinan meninggal dunia akibat lemas kerana tiada udara” jurucakap.


CAPLOK BUAYA....Ibubapa yang suka meninggalkan anak-anaknya dalam kereta sendirian bagus dihantar di Taman Buaya biar dicaplok (Baham) buaya gedih (besar)

Kejadian seperti begini ibu-ibu  suka meninggalkan anak-anaknya didalam kereta memang tidak dinafikan  sering berlaku pada tahun 2013-hingga 2014  kejadian sebegini rupa di Sandakan sudah 10 kali berlaku  sekali ibunya pergi kekereta melihatnya  anak-anak tadi yang tinggalkan telah menghilang diri  sama adea dicolek atau sebaliknya.


Sudahlah begitu ramai bapa dan ibu tidak pandai serik  (jerak/kapok) macam suka anak-anaknya mati dalam keadaan mengerikan, kalau tak suka membela anak-anak hantar saja kerumah anak-anak yatim daripada mereka terseksa ibubapa yang berperangai sedemikian rupa bagus ikat tangannya hantar ke Taman Buaya di Batu 7 Jalan Labuk biar dicaplok buaya gedih...Amin.

AWANG MASRAN JUARA BINTANG RADIO SDKFM 2014 HARUMKAN NAMA BAND MELODY GROUP

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Penyanyi utama sensasi  Band Melody Group Awang Marsan yang mendendangkan  dua buah lagu berjudul Ghazal Asmara dan Aku Penghibur telah  membawa tuah kepadanya (Awang)  kerana   telah dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFB 2014 setelah menewaskan lima peserta lainnya dalam pertandingan nyanyian Bintang Radio Sdkfm anjuran RTM.

Sebelum ini Awang  berapa kali telah  muncul sebagai  juara menerusi pertandingan pertandingan nyanyian karaokey dan sebagainya.

Menurut Band Leader The Melody Group Shaimon S Jumadi (gambar)  awal-awal lagi telah menjangkakan Awang Masran mesti muncul sebagai juara Bintang Radio SDKFM  kerana gaya persembahan serta kelincahannya semasa beraksi dipentas .

“Saya selaku Band Leader Band Of The Melody Group mengucapkan tahniah dan syabas kepada Awang ia bukan sekadar mengharumkan nama peribadinya sebagai seorang penyanyi bahkan juga turut mengharumkan nama Band Melody Group dipersada muzik tanah air” jelasnya.



Dalam pada itu Awang mengucapkan terima kasih kepada teman-teman dan serta anggota keluarga  kerana memberikan sokongan dan semengat sehingga beliau dinobatkan sebagai Juara Bintang Radio SDKFM 2014





Wednesday, 25 February 2015

AKIBAT GUNA GULA PUTIH 2.6 JUTA ORANG PENDUDUK MALAYSIA KENA DIABETES...GANTI GULASIHAT (STEVIA)

SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI






PENGAMBILAN gula
pasir yang berlebihan ia  boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia ia boleh mendatang penyakit kencing manis /diabetes  yang boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang.


Menurut  Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap diabetes pada tahun ini.
Lapor Bernama, kata Dr Hilmi masyarakat negara ini perlu memandang serius masalah ini supaya dapat mencegahnya lebih awal kerana kos untuk merawat penyakit tersebut amatlah tinggi.
Menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.
Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti.

Katanya tabiat orang ramai suka mengambil gula pasir berlebihan  biasnya kalau membuat kopi  semestinya membubuh gula tiga sudu atau empat sudu baru rtasa manis.

Tapi apa akibatnya ramai yang mengidap penyakit kencing manis sehingga kaki jadi kudung selepas itu tiga sampai tiga bulan setelah kaki dipotong orang itu akan meninggal dunia.


Ini sebenarnya boleh dielakan jangan lagi mengambil guna pasir  untuk minuman anda, anda boleh mengubahnya sendiri kalau ada mahu sihat tidak  mahu mendapat penyakit kencing manis.

Dalam kontek ini saya ingin memperkenalkan satu produk yang dikenali Stavia (Gula Sihat) keluaran  syarikat RCC (M)) Sdn Bhd produk ini boleh menggantikan gula pasir untuk digunakan bahan pemanisan dalam bentuk minuman dan lain-lain lagi keperluan.

Stevia kini telah diakui seluruh dunia oleh pakar doctor tentang  kemujarapannya tidak membahayakan kesihatan sebanyak mana digunakan untuk bahan pemanisan didalam minuman tidak membawa kesan negative.

Jadi dengan menggantikan gula pasir sebagai bahan pemanisan  yang boleh membawa padah kepada manusia lebih baik anda menggantikan atau m,enukarkan penggunaan stevia sebagai bahan pemanisan.

Selain anda menggunakan stevia sebagai kegunaan sendiri anda boleh menjadi wakil pengedar atau stockist untuk menjual produk ini kepada orang ramai.

Menurut seorang pengedar dan stockist Stevia iaitu saudara Jumadil Andi Sekandar (Gambar) anda yang berminat untuk sebagai seorang pengedar produk tersebut boleh menjadi hali terlebih dahulu  untuk boleh mendaftar sebagai ahli RCC (M) Sdn Bhd dengan bayaran yuran kemasukan sebanyak RM125.00 disamping itu anda mendapat percuma Stevia 3 botol.

Setelah anda menjadi wakil pengedar Stevia untuk membeli pusingan kedua anda cuma membayar kos RM55.00 untuk 2 botol  sedangkan harga sebotol jika dibeli hareganya RM50,00 ini bermanaknya untung RM50.00


Ramai orang yang menjadi agen jualan produk ini menjadi juwatan segera seperti Jumadil Andi Sekandar dari Sandakan jualan produk telah laris menembusi pasaran untuk kasar sebulan RM50,000.00 .

Sambil anda menggunakan produk gula sihat ini sambil anda mandapat keuntungan yang lumayan hasil daripada jualan produk ini, anda yang ingin mendapatkan produk atau  menjadi ahli boleh berhubung terus menerusi H.P 017-8135010





MPS ENGGAN MEMBAIKI KEBOCORAN PAIP DI BLOK 39 TAMAN MESRA HAMPIR SETAHUN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SANDAKAN:-  Memang jelas sekali pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sengaja tidak mahu mendengar  sebarang aduan yang disampaikan oleh penduduk berkenaan jika mereka menghadapi sesuatu masalah  yang boleh membahayakan manusia.

Contoh paling dekat dimana Penghuni Blok 39 PPR Taman Mesra telah membuat aduan beberapa kali dengan pihak MPS mengenai kerosakan (kebocoran) Main Pipe di blok berkenaan  hampir  setahun namun  tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak MPS untuk diperbaiki.

Dalam sehari air yang keluar daripada kebocoran paip itu telah dianggarkan mahu juga 3,000 hingga 5,000 galen  bukan kah ini satu pembarisan namanya.

Yang amat membimbangkan kepada para penghuni blok tersebut percikan air paip itu sangat kuat seandainya percik air itu tadi terkena semua  meter elektrik sudah pastinya berlakunya kebakaran besar yang boleh mengorbankan nyawa seluruh penduduk blok 39 itu hagus/renting.

Wartawan  Free Sandakan Today.Net   sempat merakamkan gambar mengenai kebocoran paip sebaik saja menerima panggilan dari beberapa orang penduduk blok tersebut.

Menurut seorang penduduk Puan Sopiah (Gambar) menunjukkan kearah paip bocor itu antara lain menjelaskan kebocoran itu memang sudah lama tetapi tiada tindakan langsung diambil oleh pihak MPS walaupun kerosakan/kebocoran paip itu telah dilaporkan namun sehingga kehari tiada apa-apa tindakan dibuat untuk membaik pulih kerosakan yang dimaksudkan.


“Saya selaku mewakili penduduk Blok 39 Taman Mesra memohon dan merayu jasa baik pihak MPS agar dapatlah memperbaiki kebocoran paip itu demi mengelakan sesuatu perkara buruk yang tidak diingini berlaku menimpa penduduk ini” katanya.

Friday, 20 February 2015

DIANCAM BUNUH SHAIMON OLEH PEMILIK HP NO 01116006768

OLEH: AZMI AZMAN



PEMILIK HP NO 01116006768 AKAN BUNUH SAIMON DAN KELURAGANYA DALAM TEMPOH 3 HARI LAGI





SANDAKAN:- Pengarang Kanan Portal Online Sabah Insider.Net  Shaimon S Jumadi (gambar) malam tadi telah menerima mesej dan panggilan handphone dari seseorang yang tidak dikenali dengan menggunakan nombor  01116006768.

Mesej yang dikirim berbentuk ugutan bunuh ancam bunuh dan cacian dan melalui  panggilan pula orang yang  akan metelak bom ikan dirumah Taman Mesra Blok 17.

Shaimon yang  ditemui dikediamannya menunjukkan mesej yang diterima daripada pengirim memang sah beliau akan dibunuh termasuk seluruh anggota keluarga satupun tiada tinggal.

Namun keluarga sebelah Saimon dan sebelah isterinya kini sedang bersiap sedia  berdepan dengan orang yang mengacam mungkin akan  berlakunya perkara buruk yang menimpa orang yang membuat ancaman itu.

Nombor handhone 01116006768 sudahpun dihantar kepihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)  untuk mendapat pengesahn siapa pemiliknya untuk memudah pihak polis menjejaki orang yang menggunakan nombor itu.

“Orang yang mengancam saya menggunakan hensed  memang  bodoh sebab boleh  ia dapat dikesan oleh pihak SKMM dan polis pada masa terdekat ini” katanya.



Wednesday, 18 February 2015

HJ HAMZAH PAS DAN WONG DAP UCAP KONG HEE FATT CHOI KEPADA PENGUNDI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sebagai menghargai  dan tidak melupai jasa-jasa  kepada  pengundi kaum Tiong Hwa (Cina) kawasan Batu Sapi  Pesuruhjaya PAS Batu Sapi Haji Hamzah Hj Abdullah  sempena menyambut Tahun Baru Cina beliau bagi pihak PAS telah mengagih-agihkan Ang Pou  dan buah Limau Manderin kepada penduduk Taman Sibuga, Tanah Merah  Dan Taman Mawar pagi tadi.
 
Setibahnya beliau dan rombongan ke pasar Taman Sibuga, Pasar Tanah Merah dan Pasar Taman Merah mereka telah disambut mesra oleh kaum masyarakat Cina di ketiga-tiga tempat itu.

Walaupun PAS merupakan  parti Islam tetapi semasa pilihanraya umum PRU 13 lalu Hj Hamzah memperolih  9,500 undi dan  70 peratus undi datangnya daripada masyarakat Cina di kawasan Batu Sapi.

Dengan itu sempena Tahun Baru Cina Beliau dan Ahli Jawatankuasa PAS Batu Sapi ingin mengucapkan Kong Hee Fatt Choi (Gong Xi Fa Cai) kepada sahabat  handai terutama sekali kaum cina yang bakal menyambut tahu baru pada esok.


Sementara DAP Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong dan rombongan telah mengagih-agihkan kad ucapan dan kad  jemputan rumah terbuka Kong Hee Fatt Choi DAP pada 28hb Februari ini di Kenalanmu Restoran bermula pada jam 10.00 pagi hingga tengahari.
 
Wong sebagai Ahli Parlimen Sandakan tidak lupa mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada para pengundi kawasan Sandakan dan menjemput seluruh rakyat jelata tanpa mengira idologi fahaman politik yang berbeza adalah dijemput hadir ke majlis rumah terbuka itu nanti.