Tuesday, 22 July 2014

BERSEDEKAH -BERZAKAT DAN FITRA DIBULAN RAMADAN MEMANG DITUNTUT OLEH ISLAM......SAMSUDIN

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SEKONG:- Golongan warga tua dan golongan kurang berada mereka tidak pernah dipinggirkan untuk mendapatkan pelbagai jenis bantuan terutama sekali dibulan Ramadan dan bakal menyambut hari lebaran.

Ini sememangnya sudah menjadi tanggungjawab dan peranan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat khususnya  di kawasan yang diwakilinya jadi kita tidak boleh lupa untuk memberikan apa saja bantuan yang diperlukan bukan saja tertumpu kepada anak-anak yatim ibu tunggal dan warga emas  bahkan yang lainnya juga.

Tujuan kita memberikan sedikit bantuan ini untuk meringankan beban kepada yang kurang berada supaya mereka dapat bersama-sama menyambut hari lebaran dengan insan-insan yang lain dengan hati penuh kegembiraan.

Dimusim bulan Ramadan Almubaraq ini umat Islam bukan sekadar diperintahkan berpuasa sebulan untuk menahan segala kelaparan dan kehausan  dan menjauhi segala perbuatan songsang yang boleh membatalkan puasa bahkan bersedakah  dan berzakat  ia merupakan satu ibadah dan amal jariah ini memang dituntut oleh Islam, jadi banyakkanlah beribadah dibulan yang mulia ini kerana bulan  Ramadan Almubaraq merupakan bulan keampunan  banyak pahala dan ganjaran darpada Allah kita dapat


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Saamsudin Yahya berkata demikian kepada media sejurus selepas beliau menghulur sumbangan bantuan  bulan Ramadan kepada warga tua dan ibu-ibu tunggal di Kampung Sundang Darat pagi tadi.

atanya sumbangan sebegini memang dilaksanakan saban bulan Ramadan setiap tahun   untuk keperluan pada penduduk di kawasdan DUN Sekong..

“Memandangkan harga barangan keperluan hari raya agak mahal  saya ingin menasihatkan kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk menyambut hari raya ini bila berbelanja secara berhemahlah beli barang-barang yang perlu sahaja.” Ujarnya.




WARGA PAKISTAN JUAL BAJU T TULISAN KALIMAH ALLAH APA TINDAKAN JAIS DAN JAKIM SELANJUTNYA

Written by Admin

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

KUALA LUMPUR  Belum pun reda kes wanita warganegara Korea memakai baju tertera ayat suci al-Quran yang telah menimbulkan kontraversi di kalangan masyarakat Islam diseluruh negara ini pelbagai persepsi diutarakan dilaman-laman sosial FB.











SIAPA YANG HARUS   DIPERSALAHKAN.....Pembeli atau sipenjual

Kini timbul pula kes baru  di mana  di sebuah pasar raya di Ampang baru-baru ini, sebuah gerai di pasar raya di Semenyih pula dikesan menjual baju T tertera kalimah Allah.

Baju yang mempunyai corak dengan tulisan jawi bertulis kalimah Allah di tengah-tengahnya, dijual dengan harga RM10 sehelai pakaian tersebut dijual dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, merah dan biru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, pemilik gerai tersebut yang merupakan warga Pakistan dikatakan telah menjual pakaian terbabit sejak awal Ramadan lalu.

"Peniaga itu mendakwa dia tidak mengetahui perkara tersebut sebagai kesalahan atau dianggap tidak menghormati Islam.

"Jadi kami terpaksa membeli kira-kira 20 pasang baju itu sebagai bahan bukti kepada pihak berkuasa kerana tiada kuasa untuk merampasnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Johan yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, ekoran itu, pihaknya turut membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka terlibat.

"Kami berharap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandang serius perkara ini serta mengambil tindakan," ujarnya.

Wartawan Portal Online Free Sandakan Today.Net (KL) telah menemui  beberapa orang pelanggan  di sekitar Lemba Kelang dan Jalan Gombak sebagai orang Islam mereka seharusnya faham tulisan Kalimah  Allah tidak seharusnya di cetak di baju atau di mana sahaja tempat yang tidak  bersesuaian dan juga sipeniaga tadi harus tahu hukum hakam Islam kenapa mahu beli barang tersebut dari agen kemudian dijual kepada umum.

"Bagi yang bukan Islam bila mereka melihat warna dan corak tulisan jawi itu berunsur Kalimah Allah  di baju mungkin menarik lantas  mereka berminat terhadap corak tersebut  kemudian membelinya  ini siapa yang harus dipersalahkan kalau bagi orang Islam yang memakainya  mereka boleh diambil tindakan kalau bukan beragama  Islam apa yang kita harus buat hannya sekadar mampu  menegur secara diplomasi.

Yang menangung dosa besar dan menanggung akibatnya ialah dipembuat baju dan juga si penjual kepada orang ramai sipenjual tidak boleh melarang   orang ramai membeli baju bertulisan jawi dan Kalimah Allah itu hak mereka? kata Omar Salim.



MP SANDAKAN WONG DAN NAIB PENGERUSI DAP FRANKIE POON HADIR DIMAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK

Written by Admin 

OLEH: SAIMON S JUMADI


TANJUNG PAPAT:- Bulan Ramadan Al-Mubaraq bukan saja disebut sebagai bulan keampunan atau bulan menahan kelaparan, kehausan dan bulan beramal dan  bulan Ramadan juga merupakan bulan perpaduan.

Disepanjang bulan yang mulia ini bukan saja badan-badan NGO badan-badan amal kebajikan  mahupun pertubuhan politik mengadakan majlis berbuka puasa bahkan orang perseoranganpun  yang mempunyai sedikit kemampuan mereka turut mengadakan majlis yang sama.

Kenapa ia disebut sebagai  bulan perpaduan antara sebabnya tetamu yang dijemputan datang untuk sama-sama berbuka puasa bukan  sahaja rakan dan sahabat andai yang beragama Islam bahkan kawan-kawan  yang berlainan keturunan dan agama turut meraikan majlis tersebut ia merupakan sebagai anjakan suntikan semangat siratulrahim antara satu sama yang lain.

Petang kelmarin seorag hamba Allah Osman @Tawil  salah seorang penduduk diperkampungan setinngan Bukit Sim-Sim Tanjung Papat  telah mengadakan majlis berbuka puasa secara sedarhana bersama-sama  dengan penduduk masyarakat serempat

Sambutan amat menggalakan lebih 60 orang penduduk kampung yang berhampiran telah menghadiri majlis tersebut dengan suasana penuh kegembiraan

Dan yang menjadi kebanggaan kepada penduduk setempat bilamana kehadiran rombongan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Sandakan (DAP) YB Stephen Wong Tien Fatt dan Naib Pengerusi DAP Sandakan yang juga mantan calon DUN Tg Papat Frankie Poon mereka bersama-sama berbuka puasa.

“Saya dan keluarga saya sudah tinggal diperkampungan ini hampir 30 tahun belum pernah mana-mana pemimpin politik sama ada Wakil Rakyatnya mahupun pemimpin-pemimpin lainnya  apa  lagi menjengok walaupun  dijemput pada hari raya mereka langsung tidak datang. inilah kali pertama seorang pemimpin daripada pembangkang khususnya DAP sudi datang kerumah saya yang serba serbi kekurangan ini jelas bahawa ahli Parlimen Sandakan dan Naib Pngerusi DAP benar-benar berjiwa rakyat.

“Pemimpin sebegini yang kita mahu sokong walaupun masih lama lagi pilihanraya namun mereka sanggup menemui pengundinya saya bagi pihak semua penduduk di perkampungan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Wong dan rombongan kerana sudi datang kepondok saya yang agak  usang ini terutama sekali dimusim bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini”.
  
“Kami berjanji pada PRU 14 nanti kami akan memberi undi sepenuhnya sama ada kepada calon MP DAP dan DUN DAP Tanjung Papat kami sedar bahawa DAP bukanlah parti untuk satu kaum saja tetapi untuk semua kaum yang ada dimuka bumi Malaysia ini.” Ujar Osman dengan panjang lebar.

Selanjutnya Wong dalam ucapan ringkasnya mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemputnya bersama rombongannya kemajlis berbuka puasa ini.

“Saya ingin menasihatkan kepada penduduk-penduduk kampung ini memandangkan harga barang-barang keperluan dimusim-musim perayaan ini melambung tinggi (mahal)  saudara-saudara yang bakal menyambut hari raya ini yang hanya tinggal beberapa hari sahaja berbelanjalah  dengan jimat cermat  dan  beli barang-barang yang perlu sahaja”

“Kitapun nampak sendiri hari raya pada tahun ini macam tidak begitu meriah  berbanding pada tahun-tahun lalu sentiasa kelihatan sibuk mungkin disebabkan ekonomi negara tidak berapa baik tambahan lagi harga barangan keperluan agak mahal jadi mereka menyambut  hari lebaran seadanya sahaja atau ala kadar mengikut kemampuan masing-masing” kata Wong

.


Monday, 21 July 2014

HARGA RUMAH DI MALAYSIA TERLALU MAHAL DILUAR KEMAMPUAN PEMBELI

By Admin


CORETAN DARI MEJA
 COLONEL  SAIFUL ANWAR MD ALI
PENSYARAH KANAN UiTM SARAWAK



KOS perumahan di Malaysia seolah-olah terlalu mahal.Data menunjukkan bahawa, lebih daripada 6 juta rakyat Malaysia berhutang RM 6.53 bilionuntuk memiliki rumah sendiri.Purata telah menunjukkan bahawa setiap rakyat Malaysia berhutang sebanyak RM208 juta tidak kira pangkat, status dan umur. Bagaimana cara anda untuk menyelesaikan masalah ini?
PENGENALAN
Rumah merupakan salah satu keperluan yang paling penting dalam kehidupan manusia sejagat.Iaadalah tempat berteduh sama ada dari elemensemula jadi seperti hujan, panas terik, dan juga dari bahaya yang dilakukan oleh haiwan atau perbuatan jahat manusia itu sendiri. Rumah juga adalah tempatuntuk kita merehatkan fikiran dan meluangkan masa dengan keluarga selepas seharian bekerja.

Di Malaysia, kita dapat melihat terdapat pelbagai jenis rumah samaada tradisional ataupun jenis rumah moden. Dalam kategori jenis rumah moden, Malaysia menawarkan pelbagai jenis rumah seperti pangsapuri hingga ke kondominium,resort, rumah teres,rumah banglo, yang terletak di pusat bandar bandar, dekat dengan pantai, berhampiran hutan,tempat rekreasi, dan lain-lain.
Setiap jenis rumah-rumah ini mempunyai kadar harga yang berbeza bergantung kepada harga pasaran dan lokasi. Sehingga kini, harga perumahan masih lagi meningkat ke tahap yang menarik perhatian semua pihak.REAL Estate dan Persatuan Pemaju Perumahan (Rehda)  Bendahari negara Datuk NK Tong baru-baru ini berkata bahawa kenaikan harga hartanah , adalah disebabkan oleh bekalan dan faktor permintaan yang tinggi.
Menurut beliau “Apabila harga tanah terus meningkat, terdapat juga isu tidak dapat menghasilkan rumah dengan cepat untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Pada tahun 2012, Dato'Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan peruntukan bajet bagi pembangunan perumahan untuk tahun 2013.
Sebanyak RM1.9 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk membina 123,000 unit rumah mampu milik di beberapa lokasi utama. Di bawah Dana Mudahcara Perumahan yang berjumlah RM500 juta peruntukan melalui PR1MA akan digunakan untuk membina rumah dengan harga jualan di antara RM 100,000 dan RM 400,000.

Kadar harga yang ditawarkan di bawah program ini adalah 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran yang terdahulu. Di samping itu, had pendapatan bagi pinjaman individu di bawah Skim Rumah Pertamaku akan meningkat daripada RM 3,000 kepada RM 5,000. Untuk pinjaman bersama pasangan suami isteripula , had pendapatan adalah sehingga RM 10,000 setiap bulan.

Walaupun program itu telah dilaksanakan, masih terdapat masyarakat yang tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah dan sesetengahnya berusaha keras untuk membayar pinjaman rumah  yangbersifat dinamik.

Mereka perlu mempertimbangkan harga kosperumahan dan juga cara untuk membayar pinjaman sementaraterpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang kian meningkat dengan pendapatan yang mereka dapat selama ini tetap sama dan tidak meningkat.

FAKTOR PENINGKATAN HARGA PERUMAHAN:
Kebelakangan ini, pembangunan ekonomi yang pesat telah menyebabkan peningkatan permintaan untuk perumahan kediaman antara kawasan bandar di Malaysia

Apabila dilihat semula harga perumahan di Malaysia, harga perumahan telah meningkat  secara mendadak sama ada di bandar-bandar besar atau bandar-bandar kecil dan bergantung kepada lokasi tertentu. Lebih dari sepuluh tahun yang lalu, pasaran hartanah di Malaysia telah mengalami perkembangan harga yang ketara di seluruh Malaysia

Walaupun faktor sebenar di sebalik kenaikan yang tidak logik tersebut masih menjadi persoalan, terdapat beberapa sebab yang dapat dikenal pasti mengapa kenaikan harga perumahan tersebut berlaku.
i. Pertumbuhan bilangan penduduk
Faktor pertama yang dapat dilihat adalah pertumbuhan penduduk. Dewasa ini, penduduk di Malaysia terus meningkat dan memerlukan lebih banyak rumah untuk didiami tetapi pengeluaran perumahan agak perlahan kerana terdapat banyak undang-undang, peraturan dan prosedur yang ketat berkaitan dengan pembinaan. Dalam kajian oleh Tze San Ong (2013) , beliau mendapati Vermeulen dan Van Ommeran (2006 ) menyatakan bahawa " orang akan berpindah ke kawasan di mana rumah-rumah yang dibina, tetapi rumah-rumah yang tidak semestinya dibina di kawasan di mana orang mahu menetap " .
Hal ini mungkin kerana pemindahantempat kerja.Biasanya , orang akan membeli sebuah rumah di kawasan tertentu kerana mereka bekerja di kawasan berdekatan ataupun yuran sewa adalah sama dengan kos bayaran perumahan mereka setiap bulan.
 Mengetahui hal tersebut, pemaju akan mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga perumahan kerana terdapat permintaan. Masyarakat pasti akan membeli rumah tersebut kerana ia adalah satu keperluan untuk kerjaya mereka.
Di Malaysia, kekurangan pilihan harga yang berpatutan untuk memiliki memaksa ramai rakyat Malaysia masuk ke dalam pasaran sewa dan penempatan tidak formal, yang secara drastik meningkat disebabkan oleh pertumbuhan penduduk dan pembandaran
Dalam ekonomi sebenar, mungkin ada lebih banyak faktor yang mempengaruhi harga perumahan.Namun kita tidak boleh menafikan fakta bahawa salah satu faktor penting adalah penduduk yang semakin meningkat.
ii. Kadar faedah
Selain daripada itu, faktor kedua yang memberi kesan kepada kenaikan harga perumahan adalah kadarfaedah yang tinggi. Pinjaman Bank boleh memberi kesan kepada harga perumahan melalui pelbagai cara.

Harga perumahan adalah sama seperti harga mana-mana aset. Kadar faedah tersebut boleh ditentukan dengan aliran jangka masa hadapan bagi aliran tunai yang telah didiskaun. Jika bank-bank kewangan meningkatkan ketersediaan kredit, ia bermakna bahawa bank itu akan menyediakan kadar pinjaman yang lebih rendah dan menggalakkan aktiviti ekonomi semasa dan akan datang.
Pada asasnya, ketersediaan yang lebih baik daripada kredit akan menyebabkan permintaan untuk perumahan meningkat apabila isi rumah meminjam dikekang (Barakova, 2003). Pertumbuhan dalam permintaan akanmenjadikan harga perumahan yang lebih tinggi.
Hubungan antara harga perumahan dan pinjaman isi rumah adalah dua arah, iaitu harga perumahan ketara boleh mempengaruhi pinjaman isi rumah melalui pelbagai kesan kekayaan.

 Apabila kadar faedah pembiayaan perumahan adalah rendah, rakyat akan dapat untuk membuat beberapa pelaburan, seperti membeli lebih banyak rumah. Nilai modal bank juga akan memberi kesan kepada pergerakan harga perumahan pada bekalan kredit. Iaitu, anggaran perumahan meningkatkan nilai tempat-tempat kediaman yang dimiliki oleh bank.
Di samping itu , nilai pinjaman dijamin oleh pinjaman perumahan. Oleh itu, turun naik dalam harga perumahan akan menjejaskan keupayaan bank-bank untuk mengambil risiko dalam pelaburan .
Jadi, bank-bank sanggup untuk memberi pinjaman lebih kepada orang ramai. Kesimpulannya, bagi pemilik rumah, mereka memberi tumpuan kepada perubahan kadar faedah kerana mereka mempunyai pengaruh langsung terhadap harga hartanah. Walau bagaimanapun,kadar faedah juga memberi kesan kepada ketersediaan modal dan permintaan untuk pelaburan.
Aliran modal mempengaruhi penawaran dan permintaan untuk hartanah dan, hasilnya, mereka mempengaruhi harga hartanah dan perumahan.

iii. Peningkatan Kos bahan mentah
Faktor ketiga adalah kenaikan kos bahan mentah. Ia merupakan salah satu sebab yang terkenal yang sering digunakan oleh pemaju perumahan.
Pada masa kini, semua harga barangan semakin tinggi kerana salah satu faktor yang menyebabkannya adalah kenaikan harga petrol.Hal ini kerana kebanyakan aktiviti harian kita adalah berkaitan dengan penggunaan petrol. Berkaitan dengan pembinaan, pengeluaran bahan-bahan yang digunakan , pembungkusan, dan penghantaran, semuanyamelibatkan penggunakan petrol.

Disebabkan itulah harga barangan berbeza bergantung kepada kenaikan harga petrol. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk semasa inflasi, kebanyakan masyarakat yang bergiat dalam ekonomi akan meningkatkan harga mereka.
Jadi, untuk mengurangkan beban kosini, pemaju mengambil kira untuk menaikkan harga perumahan yang mana beban akan diserahkan kepada pembeli. Untuk rakyat berpendapatan tinggi ianya tidak menjadi satu masalah besar, tetapi untuk rakyat berpendapatan sederhana dan rendah kenaikan tersebut pasti akan mengurangkan kuasa beli mereka dan juga menyebabkan mereka mengalami kemiskinan.
iv .Tenaga Kerja
Faktor-faktor lain yang mempengaruhi kenaikan harga perumahan adalah tenaga kerja.
Dalam kajian penyelidikan oleh Tze San Ong (2013), jika sejumlah besar tenaga kerja terlibat dalam pembinaan, kos perumahan akan meningkat.
Selain itu, pembinaan melibatkan banyak pekerja profesional dengan tahap yang tinggi pendidikan, seperti jurutera dan arkitekselain daripada pekerja yang kurang berpendidikan. Hal ini akan menyebabkan harga perumahan meningkat disebabkan kos untuk membina satu unit rumah akan meningkat. Pemaju tanpa ragu-ragu , akan mengenakan kos tinggi kepada pembeli.
 Oleh itu , pembeli terpaksa membeli pada harga yang lebih tinggi. Selain itu, dasar buruh Malaysia yang baru mengenai pengambilan pekerja asing telah berubah yang menyatakan bahawa gaji bagi pengambilan pekerja asing untuk kerja-kerja pembinaan adalah minima sebanyak RM900.Sebagai contoh, buruh dari Indonesia.Seperti yang dapat kita lihat, pemaju pasti mengambil pekerja asing berbanding tempatan kerana mereka lebih pakar dan lebih baik dalam menjalankan tugas mereka berbanding dengan pekerja tempatan.
MASALAH KENAIKAN HARGA PERUMAHAN:
i. kemampuan
Masalah kenaikan harga perumahan akan menjadi satu masalah kepada masyarakat untuk miliki rumah terutamanya golonganyang berpendapatan sederhana.
Masyarakatakan datang perlu menerima nilai kurang kuasa membeli dalam perumahan. Alternatifnya lain adalah untuk berbelanja kurang pada barangan lain, kerana peningkatan yang besar dalam kosperumaha
Sebelum ini masyarakat yang mampu untukmembeli rumah berkemungkinan tidak akan mampu lagi pada masa akan datang. Salah satu kemungkinan lain adalah boleh menyebabkan kualiti hidup semakin merosot.

Kurangnya kemampuan  dalam pemilikan rumah dan kualiti hidup yang rendah akanmenjadikan jurang pendapatan lebih luas antara isi rumah yang berpendapatan lebih tinggi dan lebih rendah.
Jika kemampuan membeli perumahan hilang, kerugian dalam ekonomi akanlebih dirasai oleh etnik minoriti kerana pendapatan mereka lebih rendah.
 Disebabkan itulah, dalam situasi kini kita masih boleh melihat orang-orang yang hidup di bawah jambatan kerana ketiadaan tempat tinggal. Bahkan, terdapat yang tinggal di rumah kecil yang sama dengan ibu bapa sehingga lanjut usia.
ii. Rasuah
Peningkatan harga yang berterusan dalam perumahan akan menarik perhatian pemaju untuk bersaing mendapatkan kontrak kerajaan kerana pemaju yang dapat kontrak tersebut akan mendapat keuntungan yang banyak hasil daripada pembangunan kawasan perumahan

Kontrak pembangunan perumahan adalah sukar untuk diperoleh di sebabkan karenah birokrasi

Jadi, keinginan untuk mendapatkan kontrak tersebut menyebabkan terdapat sesetengah pemaju yang sanggup melakukan rasuah dan membayar pihak berkuasa yang bertanggungjawab dengan jumlah yang lumayan.

Sesetengah pemaju pula berani melakukan rasuah untuk mempercepatkan permohonan kelulusan projek perumahan mereka berbanding yang lain. Faktor ini juga berkaitan dengan kemampuan masyarakat untuk memiliki rumah.

Oleh kerana tidak mampu memiliki harga rumah yang semakin tinggi dengan  keadaan hidup yang miskin, masyarakat cenderung untuk dipengaruhi untuk melakukan rasuah untuk memenuhi kepentingan mereka.
iii. Rumah Terbengkalai
Kenaikan harga rumah boleh memberi kesan buruk kepada ekonomi kerajaan kerana kadar yang tinggi tidak akan dapat menarik minat pembeli untuk memiliki rumah yang telah dibangunkan. Oleh sebab itu, dalam jangka masa yang ia akan menjadi pasaran yang gagal “market failure” kerana tidak mendapat sambutan orang awam.

 Oleh kerana tidak ada pembeli, maka kerajaan tidak boleh menjana pendapatan pendapatan mereka dari projek pembangunan perumahan yangmemberi kesan kepada aliran duit yang kerajaanbelanjakan untuk membina kawasan perumahan yang lain.

 Selain daripada itu, terdapat juga kes pemaju yang memberhentikan kerja-kerja pembangunan kerana tidak mampu untuk meneruskan projek disebabkan kekurangan dana di samping kenaikan harga barang.
STRATEGI KERAJAAN MENYELESAIKAN UNTUK MASALAH :
i. PR1MA
PR1MA bermaksud Perumahan Rakyat 1Malaysia atau dalam baha inggeris ianya dikenali sebagai (1Malaysia People’s Housing Programme).Objektif PR1MA adalah untuk membangunkan perumahan yang mampu dimiliki bagi isi rumah berpendapatan sederhana di pusat-pusat bandar utama Malaysia.

Untuk tujuan PR1MA, golongan berpendapatan sederhana ditakrifkan sebagai masyarakat yang mempunyai pendapatan bulanan bersama (yang melibatkan kedua-dua suami dan pendapatan isteri ) sebanyak RM2 , 500 hingga RM7, 500. Ia telah ditubuhkan oleh Kerajaan sebagai satu cara untuk membantu golongan tertentu untuk menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar , khususnya, dalam meningkatkan peluang mereka memiliki rumah diwaktu kenaikan harga hartanah di Malaysia.

PR1MA adalah salah satu daripada banyak usaha-usaha baik yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu orang ramai menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi peneraju yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah antara RM100, 000 hingga RM400, 000 yang telah dibangunkan dalam pembangunan masyarakat yang mapan.
ii. Skim Rumah Pertamaku
Skim ini adalah salah satu daripada langkah-langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 bertujuan membantu golongan muda untuk memiliki rumah .

Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan 100 % daripada institusi kewangan, skim ini juga membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10 %. Cagamas SRP Berhad akan menjamin bank ke atas pembiayaan, iaitu pada tahap 90 % jika peminjam mendapat pembiayaan penuh, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10 % (daripada 90% kepada 100%) daripada pembiayaan

 Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah ( umur pada hari lahir seterusnya adalah 36 tahun atau kurang) dengan pendapatan kasar yang tidak melebihi RM5, 000 sebulan bagi peminjam tunggal dan pendapatan kasar yang tidak melebihi RM10, 000 sebulan bagi peminjam bersama ( berdasarkan pendapatan kasar maksimum RM5, 000 sebulan bagi setiap peminjam).

iii. PPA1M
PPA1M adalah Program Perumahan Kakitangan Awam 1Malaysia yang membolehkan penjawat awam dengan pendapatan isi rumahRM8000 dan ke bawah boleh untuk membeli rumah mampu milik yang berkualiti di Putrajaya yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 18 April 2013.Sebanyak 10,336 unit pangsapuri akan dibina di atas tanah kerajaan, yang berharga 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada kadar pasaran di bawah program PPA1M itu. Inisiatif pelancaran PPA1M adalah bertujuan membantu mengatasi beban penjawat awam untuk membeli rumah di bandar-bandar utama.Harga rumah-rumah murah yang ditawarkan akan berada dalam lingkungan RM150, 000 kepada RM300 , 000, dengan kawasan binaan antara 1,000 dan 1,500 kaki persegi, dan juga kemudahan asas yang lain termasuk surau dan dewan serbaguna .

CADANGAN KEPADA KERAJAAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
Untuk mengatasi masalah ini dengan berkesan, kerajaan harus tegas dalam menguatkuasakan dasar atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan pembangunan perumaha

Sebagai contoh , perlu ada pemantauan yang betul untuk harga rumah. Kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri jarang memantau harga rumah ,hal inilah yang membolehkan pemaju untuk menetapkan harga yang terlalu tinggi .

 Walaupun harga rumah ditetapkan mengikut nilai hartanah, alam sekitar dan kemudahan yang disediakan, pemaju masih mengenakan harga yang tinggi , dengan mengatakan bahawa terdapat peningkatan dalam kos bahan mentah, tetapi kenaikan harga bahan-bahan ini tidak senada dengan harga rumah yang tinggi.

 Kontraktor sewenang-wenangnya  boleh melaraskan harga kos pembinaan walaupun bahan yang digunakan tidak selaras dengan kualiti yang ditetapkan dalam kontrak kerana tidak ada sistem pemantauan yang berkesan.
Selain itu , untuk menyelesaikan masalah perumahan mampu milik ini bukanlah sesuatuperkara yang mudah tetapi gabungan beberapa langkah-langkah yang melibatkan semua pihak yang berkaitan dapat menjadikan ia perkara yang tidak mustahil untuk dilakukan.

Kita memerlukan politik yang kukuh untuk melaksanakan langkah-langkah seperti caj pembangunan yang lebih rendah , kelulusan 'fast track projek perumahan yang mampu dimiliki dan undang-undang terhadap penjualan hartanah.

Di pihak pemaju, kita memerlukan mereka untuk melakukan perkara yang betul dalam melaksanakan sistem jualan mereka dengancara yang telus dan adil juga memberikeutamaan kepada pembeli rumah tulen, bukan kepada pelabur atau spekulator.
Dipihak pengurusan kewangan,bank-bank dan institusi kewangan boleh menyumbang dengan memperkenalkan pakej pinjaman bagi pembeli rumah kali pertama dan juga untuk mengutamakan permohonan untuk pembeli rumah kali pertama.Bank Negara juga perlu merujuk kepada garis panduan yang diperkenalkan yang mengutamakan pembeli rumah kali pertama.
Akhir sekali, untuk pelabur dan spekulator , sudah tiba masa untuk kumpulan ini dikenakan cukai yang tinggi di bawah CKHT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) untuk menghalang mereka daripada terus membeli hartanah secara pukal dan membuatkan harga semakin meningkat melalui tuntutan palsu yang mereka buat.

Kesimpulan
Kesimpulannya, harga perumahan sekarang adalah terlalu tinggi terutama bagi golongan berpendapatan rendah.Ia menjadi beban yang berat untuk mereka dari segi kewangan.


Oleh itu, dalam usaha menangani masalah ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri , pemaju, Bank Negara dan semua masyarakat perlu berganding bahu untuk melaksanakan langkah penambahbaikan  kerana terdapat banyak cara untuk mengurangkan harga perumahan yang tinggi untuk membantu rakyat kemampuan untuk membeli rumah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.

SATU KESALAHAN MENYEBARKAN KHABAR-KHABAR ANGIN KEPADA ORANG RAMAI.......KATA AU

Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah  menasihatkan orang ramai supaya jangan gusar, rasa takut dan bimbang mengenai situasi di negeri ini  khususnya di daerah Sandakan oleh khabar-khabar angin yang tidak sahih yang dilemparkan  oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab itu.

Kata Au adalah menjadi satu kesalahan bila mana orang yang suka menyebarkan khabar-khabar angin yang sengaja menakut-nakutkan orang ramai ini boleh menjejaskan mata pencarian seharian.

“Kita yakin pasukan keselamatan seperti Tentera dan Polis mereka yang membuat  kawalan  rapi dipersisiran pantai cukup tangkas jadi  rakyat tak perlu bimbang kerana  pihak kerajaan kini telah menempatkan bala tentera dan polis beratus-ratus orang” katanya.

Datuk Au Kam Wah berkata demikian  dalam ucapannya dimajlis perjumpaan dengan ahli-ahli Cawangan Parti Gerakan petang tadi di pejabatnya.
  
Au berkata mengenai perintah berkurung yang telah diiyistiharkan oleh kerajaan khususnya polis negeri  ini memang benar tetepi hanya dikawasan persisiran pantai  sahaja dari Sandakan hingga ke jeti Tawau.

Bercakap mengenai rumah  PPR Taman Mesra yang bakal dijual beli kepada penduduk pihak kerajaan sedang mengkaji sedalam-dalamnya dan mempastikan bahawa penduduk-peduduk yang telah mendiami rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra benar-benar orang tempatan.

Katanya lagi menurut laporan bahawa  ramai  orang luar telah menyewa di PPR Taman Mesra inilah masalahnya untuk membantutkan usaha dan urusan  pihak kerajaan  untuk  membawa perkara ini ketengah.

“Perlu juga saya jelaskan mengenai kedudukan projek perumahan di Kampung Cahaya Baru yang kini sedang dalam pembinaan yang mempunyai 1000 unit bukanlah rumah PPR seperti Taman Mesra. 

Projek  perumahan tersebut dibangunkan  adalah usaha sama antara pihak pemaju dengan pihak Majlis Perbandaran  Sandakan (MPS) ia akan dijual  sewa beli (hire purchase) kepada orang ramai bila mana kedua-dua pihak telah menandatangi  MOU mengenai kedudukan rumah tersebut.


Selanjutnya bagi parti GERAKAN mengucapkan selamat berbuasa dan selamat menyambut Hara Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin




TAMBI JIEE BERSAMA ISTERI DAN EMPAT ANAKNYA TERKORBAN MH17 ADALAH BERASAL DARI KUCHING SARAWAK

Written  by Admin
OLEH: SAMSUL  ABDULLAH

KUCHING:- Ajal mau, jodoh pertemuan  ini semuanya telah ditentukan Allah yang maha esa sesiapa sahaja tidak dapat menolaknya kalau sudah ditadirkan begitu.
Beginilah  nasib yang telah menimpa seorang  pekerja Shell yang berasal dari Kuching, Sarawak, Tambi Jiee, 49, yang terkorban bersama isteri dan empat anaknya merupakan individu contoh bagi penduduk Kampung Goebilt kerana sifat pemurah lagi bijak semasa hayatnya.


TERKORBAN....Tambi...Isteri dan 4 orang anaknya turut terkorban dalam nahas MH17
Mangsa sekeluarga merupakan antara 298 orang termasuk 154 warganegara Belanda, yang berada di dalam pesawat Malaysia Airlines yang terhempas di kawasan yang sedang di landa pergolakan di timur Ukraine.
Tambi dan keluarga dalam perjalanan pulang bercuti untuk menyambut Aidilfitri bersama adik­ beradik dan saudara­ mara di kampung halamannya seperti tahun ­tahun sebelumnya.
Kakaknya, Maziah Jiee, 56, berkata, mereka sekeluarga tidak menyangka hasrat allahyarham yang bekerja dengan syarikat milik Shell di Kazakhstan untuk menziarahi adik ­beradik pada Hari Raya Aidilfitri ini, tidak kesampaian. 
“Adik (Tambi) terkenal dengan sikap pemurah dan suka bergurau senda sesama adik-beradik serta anak-­anak saudaranya. Setiap kali menjelang Syawal duit raya bukan hanya disedekahkan kepada adik ­beradik tetapi juga kepada warga emas, ibu tunggal dan anak-­anak yatim di Kampung Goebilt.
Kali terakhir beliau berkesempatan bertemu dengan adiknya itu ialah pada Adilfitri tahun lalu, namun mereka kerap berhubung melalui telefon dan laman sosial.
“Hubungan kami sekeluarga tetap erat walaupun jarang berjumpa kerana anak-­anak gemar berhubung melalui facebook,” katanya yang mengesat air mata kesedihan sambil ditenangkan oleh anaknya, Suryawati Ahmad, 34.
Abangnya, Adnan Jiee, 61, mulanya kelihatan tenang ketika ditemui, namun kemudian gagal membendung perasaan sedihnya apabila jemaah masjid beramai ­ramai memeluknya sebagai tanda simpati sebaik berakhir sembayang Jumaat.
Adnan berkata, Tambi merupakan anak ke­lima daripada enam beradik.
“Ramai generasi muda kampung ini tidak mengenali Tambi kerana semasa dia masih hidup, kerana selepas melanjutkan pelajaran ke luar negara dia kemudiannya bekerja dengan Shell,” katanya. 
“Saya berserah kepada Allah ini semuanya telah ditakdirkan  marilah kita sama-sama menbaca Al Fatihah semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan orang-orang yang soleh dan soleha Amin” Kata abangnya.


TURUT TERKORBAN DALAM NAHAS MH17 SEORANG AHLI GERAKAN .......DAKWA MAH

Written by Admin

 
OLEH: TOMMY  S.W KONG

KUALA LUMPUR:- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Dr. Mah Siew Keong membidas kenyataan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaaiat berhubung kenyataan beliau yang menyalahkan MAS atas insiden MH17.
“Saya harap individu berkenaan tidak menuding jari pada mana-mana pihak pada masa sekarang. Jangan politikkan isu sebegini, ini bukan masanya untuk mencari kesalahan orang lain. Jaga hati keluarga dan rakan kepada penumpang-penumpang MH17.
“Ini juga ditujukan kepada semua pengguna laman sosial di luar sana, bayangkan jika keluarga atau rakan anda di dalam pesawat terbabit, cuba letakkan diri anda di dalam situasi tersebut seketika,” katanya yang ditemui di pejabat Parti Gerakan semalam.
Menurut Mah, salah seorang penumpang yang berada di dalam pesawat MH17 merupakan Delegasi Pemuda Kebangsaan Parti Gerakan cabang Kota Damansara iaitu Liew Yau Chee.
“Saya mewakili parti Gerakan amat berdukacita atas insiden MH17 kerana salah seorang penumpang merupakan ahli parti Gerakan. Beliau menyertai parti pada 30 November 2004. Setiausaha Agung parti Gerakan akan melawat keluarga beliau bagi memberi kata-kata semangat hari ini juga.

“Seperti apa yang Perdana Menteri katakan, saya harap, pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini dibawa ke muka pengadilan. Insiden tragis ini meragut 298 nyawa yang tidak bersalah.
“Saya cadangkan agar kotak hitam pesawat MH17 dibawa pulang ke Malaysia agar siasatan yang lebih telus dapat dilakukan oleh pakar. Kotak hitam itu merupakan kepunyaan kapal terbang penerbangan Malaysia, ada baiknya jika siasatan dilakukan di sini,” katanya.
Berhubung dengan khabar angin yang mengatakan Menteri Besar Selangor bakal meletakkan jawatan selepas hari raya Aidilfitri, Mah turut memberi kenyataan.
“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai Menteri Besar sehingga PRU-14. Saya tiada masalah untuk memilih beliau sebagai MB Selangor memandangkan pentadbiran di bawah pimpinan beliau agak ‘boleh tahan’ berbanding pemimpin tertinggi lain di dalam PKR,” ujarnya ringkas.

http://ads.freemalaysiatoday.com/www/delivery/lg.php?bannerid=50&campaignid=42&zoneid=21&loc=1&referer=http%3A%2F%2Fwww.freemalaysiatoday.com%2Fcategory%2Fnation%2F2014%2F07%2F20%2Fahli-parti-gerakan-salah-seorang-penumpang-mh17%2F&cb=a63140f2d4Kata Mah lagi  rakyat Selangor sama ada penyokong UMNO/BN dan juga Pakatan Rakyat masih memerlukan kepimpinan Khalid kerana dia sebagai Menteri Besar Selangor yang dinamik.