Friday, 30 May 2014

PENAMPILAN STACY BERSELUAR PENDEK DI MAJLIS PESTA KEAMATAN RAMAI MATA LELAKI JADI JULING



Written by Admin
Friday May 30. 2014

OLEH: WAN SALMAN WAN DZULKIFLIE


KUALA LUMPUR:- Tindakan seorang artis dari Sabah yang cukup popular bukan saja di negerinya bahkan di diseluruh ceruk pelusuk tanah di negara ini yang berpakaian menjulok mata di akhalayak ramai terutama  sekali kepada pembesar-pembesar  negeri khususnya dimata pemimpin nombor satu di Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah telah mendapat cercaan dan proptes bukan saja daripada pihak penganjur bahkan juga para tetamu itu sendiri.


SEKSI MENAIKAN HAWA NAFSU LELAKI....inilah penampilan  Stacy dimajlis rasmi  Pesta Kaamatan di Tenom ramai yang berliur bila melihat pehanya yang gempal

LEBIH BERSOPAN.....Kalau Stacy berpakaian sebegini rupa


Perayaan sambutan Pesta Kaamatan bagi peringkat daerah Tenom baru-baru ini  mendapat sambutan yang cukup meriah apa lagi tetamu kehormat ialah Datuk Seri Musa Hj Aman dan dif-dif kehormat lainnya menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan Sabah yang merupakan symbol keagungan budaya bangsa  Sabah khususnya nasyarakat Kadazan dan Dusun.


Sebagai penghomatan kepada penyanyi paling sensasi dan popula yang  diminat ramai tidak kira  siapa mereka pihak penganjur telah menjemputnya untuk memeriahkan lagi suasana program sambutan perayaan tersebut.

Paling memaranjatkan   apabila pengacara (MC) menjemput dan menyebut nama Stacy sorakan dan tepukan tangan begitu gemuruh, sekali Stacy menampilkan dirinya diatas pentas di hadapan ribuan tetamu yang berpakaian seluar pendek ketat berbaju tidak berlengan  orang ramai teutama sekali bagi kaum lelaki bila melihat Stacy dalam keadaan terlalu seksi sehingga menaikan hawa nafsu lelaki kerana pehanya yang gempal bukan sekadar mata lelaki juling melihat body dan pehanya yang gempal malahan ada yang menelan air liur kerana geram.
  
Pegawai daerah Tenom Mudiyem Layappan  yang juga selaku pengerusi penganjur majlis tersebut terasa malu bila melihat seorang penyanyi paling popular dan nerupakan edola dan public figure sepatutnya lebih bersopan apa salahnya berpakian kostium suku kadazan yang bersesuaian dengan sambutan Pesta Kaamatan ini betul-betul memalukan.

Walaupun agama mereka dan budaya mereka tidak melarang berpakaian sedemikian rupa tetapi ini majlis rasmi kerajaan ditambah pula tetamunya kebanyakkan para pemimpin Islam lagipun  ini di Malaysia bukan negara barat nak telanjang bulat mereka tak kisah kita orang Malaysia orang Sabah masih kental denga adat  resam budaya timur.

Sekarang namanya sudah tercemar sedikit sebanyak sudah menjejaskan  krediblelitinya sebagai seorang artis  yang cukup dihormati oleh para penimatnya.



WANITA UMNO SANDAKAN ANJUR PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI 7 JUN INI.....NORAINI SULONG



Friday 30 May 2014
  
OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Sandakan dengan kerjasama Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan akan mengadakan majlis Berkhatan berama-ramai  pada 7hb Jun ini bertempat di Masjid Janatun Naim Sri Taman dekat sini.
  
Program yang bermula dari jam 7.00 pagi akan disempurnakan oleh Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Puyon.


Menurut Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong tujuan kerkhatan beramai-ramai ini adalah untuk meringankan beban kepada Ibubapa mereka yang kurang berkemampuan dan ini juga merupakan sebahagian aktiviti kemasyarakatan Wanita UMNO untuk membantu rakyat.

GAMBAR HIASAN......Noraini kelihatan sedang menyiram bagi menyempurnakan majlis Berkhatan beramai-ramai anjuran KAFA tahun lalu

Seramai 30 kanak-kanak di bawah umur 9 hingga 12 tahun keatas sudahpun didaftarkan nama mereka sebagai peserta  berkhatan ini.

Penduduk-penduduk kawasan Elopura khususnya yang berhampiran sekiranya ibubapa mereka  berminat untuk menghantar anak-anak mereka  bagi menyertai program ini dipersilakan  datang sebelum jam 7.00 pagi di masjid berkenaan untuk mendaftar diri.

Thursday, 29 May 2014

NAJIB LAWAT KE NEGARA CHINA SEMULA

By Admin

May 29, 2014
Untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Najib razak 







KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, yang mangkat semalam.
Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Beliau diiringi Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda.
Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari.
Ini diiikuti Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan dari 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.
Jenazah baginda kini disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.
Baginda memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984.
– BERNAMA

Dyana sifatkan Sultan Perak lambang perpaduan

By ADMIN

 | May 29, 2014
Beliau diiringi Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
dyana sofya 




DYANA PASTINYA BAKAL MP TELUK INTAN.....Calun muda berwawasan
KUALA KANGSAR:-  Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pagi ini turut berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.
Beliau diiringi pimpinan Pakatan Rakyat diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Terdahulu, Dyana dalam satu kenyataan menzahirkan merafak sembah takziah atas kemangkatan baginda.
Beliau menyifatkan Almarhum Tuanku adalah lambang perpaduan dan persaudaraan bagi rakyat Perak.
“Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Tuanku
“Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan bertakwa,” katanya.
Semalam juga Pakatan Rakyat turut mengumumkan pembatalan segala aktiviti kempen PRK tersebut sehingga selesai majlis pemakaman Almarhum  Sultan selesai.

BN RAMPAS MSJLIS PEWARIS KATA MOHD YUSOFF ABDUL

By Admin

 | May 29, 2014
Tiada seorang pun wakil DAP menyertai BN
DAP PC 





TELUK INTAN: Sebuah badan bukan kerajaan  (NGO) hari ini mendakwa Barisan Nasional  (BN) telah ‘merampas’ majlis amal mereka malam kelmarin dengan mendakwa membawa seramai 150 ahli DAP untuk menjadi ahli BN.
Badan NGO tersebut, Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Perwaris) berkata bahawa BN telah menggunakan kesempatan tersebut untuk kepentingan sendiri.
Wakil Perwaris tersebut Mohd Yusuf Abdul Manaf yang hadir di sidang akhbar parti DAP tengahari tadi berkata tujuan sebenar mereka mengadakan majlis tersebut adalah untuk menjemput wakil dari Gerakan, Datuk  Mah Siew Keong untuk bersama sama Perwaris dalam mendengar luahan hati pemandu teksi di Teluk Intan.
“Pada asalnya kami mahu Mah untuk hadir tetapi beliau tidak hadir. Kami kecewa,”
“Kami mahu beliau mendengar luahan kami tetapi sebaliknya majlis tersebut menjadi majlis BN untuk mengumumkan ‘kemasukan’ ahli DAP kedalam parti tersebut,” kata Yusuf yang juga timbalan pengurusi persatuan teksi Teluk Intan.
Dalam sidang akhbar yang sama, bekas ahli parlimen Teluk Intan selama dua penggal M.Manogaran memberitahu pemberita bahawa tiada seorang pun wakil parti DAP yang keluar parti pada malam tersebut.
Turut hadir adalah S.Santhi wanita yang dikatakan dipaksa untuk memakai baju BN sewaktu majlis tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk  Ahmad Maslan.
“Tiada seorang daripada DAP keluar parti malam tersebut. Mereka telah ditipu oleh BN bahawa mereka akan menerima hamper jika menghadiri majlis tersebut,”
“Sebaliknya mereka dipaksa memakai dan memegang bendera BN,” kata Manogaran.
Santhi pula mendakwa bahawa beliau khuatir akan keselamatan diri beliau kerana dikelilingi oleh ramai wakil parti BN dan oleh itu beliau terpaksa menuruti perintah daripada penganjur.
“Saya takut akan di apa apakan oleh itu saya ikut sahaja apa yang disuruh,” kata Santhi yang merupakan ahli parti DAP dan sekarang pemandu teksi.
Pada malam 27 Mei, BN mendakwa seramai 150 wakil parti DAP akan menyertai BN kerana kecewa dengan parti politik tersebut.
Akan tetapi hanya tiga orang yang mendakwa diri mereka wakil DAP hadir di majlis tersebut termasuk Santhi.
Sejurus selepas majlis tamat, Santhi mendakwa telah ditipu oelh penganjur ketika ditemu bual pemberita. fmt

KENAPA RAMAI MASYARAKAT DI NEGARA INI BENCIKAN PERKASA (IBRAHIM ALI)?





Written by Admin
Thursday 29 MAY 2014


SOROTAN SEPINTAS LALU UNTUK PERKASA

SAIMON S JUMADI



SEJAK akhir-akhir ini ramai masyarakat sama ada mereka terdiri daripada kaum Cina, India, Bumiputera (Kadazan-Dusun dan Murut kalau di Sabah) Iban,Bidayu Melanau, Dayak dan sebagainya (kalau di Sarawak) dan termasuk juga 60 peratus masyarakat Melayu  ternyata  menolak PERKASA yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali sebagai orang nombor satu (Presiden) dalam NGO itu.



Saya sempat bertanya beberapa orang  sama ada dari kaum Cina, India dan bumiputera Islam dan bukan Islam  banyak-banyak badan NGO di negara ini termasuk di Sabah hanya satu saja badan NGO iaitu PERKASA kamu tolak apa alasan dan apa sebabnya yang menjadikan kamu terlalu benci dengan PERKASA termasuk sekali Presidennya.





Apa jawab mereka PERKASA 20 tahun yang dulu tidak sama PERKASA pada hari ini PERKASA dulu bukan juga terlalu baik ataupun digelar jahil tetap mempunyai  kesedarhanaan dalam perjuangan dan mempunyai landas-landasan tertentu tidak keterlaluan  atau yang disebut racist.



Timbulnya sikap jahil Ibrahim Ali sebagai Presiden PERKASA bilamana beliau (Ibrahim Ali) tewas pada pilihanraya umum ke 13 lalu (PRU-13) di parlimen Pasir Mas Kelantan.

NIAT JAHAT....PERKASA gagal mahu membakar gereja



           TAPI berjaya membakar bible dan patung paderi


Ekoran daripada kekalahannya sikap Ibrahim Ali jadi ganas, mulutnya jadi bacul (ngomong sembarang)  daya pemikirannya jadi sempit sesempit Liang Lahat (Lubang Kubur)  suka mengeluarkan kenyataan atau sentiment yang berbaur hasutan menyinggung perasaan orang lain suka menyentuh bangsa dan agama orang lain.



Apabila Ibrahim Ali membuat satu-satu perkara yang boleh mencetuskan huru hara dan boleh menimbulkan satu pergaduhan besar antara antara kaum A kaum B danb kaum C dan tiada sesiapa yang mahu membuat teguran terhadap kelakuan yang mereka hanggap biadap atau kurang ajar tambahan pula pihak kerajaan khususnya pihak polis enggan mengambil sebarang tindakan walaupun perbuatan Ibrahim Ali  boleh mengancam keselamatan negara disinilah mulanya masyarakat terus menganggap bahawa perbuatan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali telah didalangi oleh orang-orang tertentu atau badan-badan politik tersebut.



Pelbagai pesipsi atau tanggapan  negative  main diminda masyarakat  ekoran daripada sikap Ibrahim Ali jadi angkuh, sombong, temberang,ego dan naik tocang sebab apa yang dilakukannya tiada sesiapa dalam negara ini berani menegur erti kata lain Ibrahim Ali kebal dengan undang-undang.



Contohnya bilamana Ibrahim Ali guna nama PERKASA menyuruh kepada para pengikutnya atau kuncu-kuncunya membakar gereja  gara-gara marah dimana Kristian mengunakan Kalimah Allah mujurlah juga ahli-ahlinya itu masih berfikiran waras  dan tidak jadi membakar gereja sendainya ini terjadi bukan menimbulkan kekacauan dan rusuhan kaum di negara sendiri.



Niat Ibrahim Ali dan PERKASA tidak kesampaian untuk membakar gereja  tetapi pula berjaya membakar patung paderi dan bible inipun main biar saja tiada tindakan diambil.



Rentetan daripada perbuatan jahil ala setan ini Ibrahim Ali dan PERKASA terus mendapat kutukan bertubi-tubi daripada pelbagai masyarakat kerana perbuatannya benar-benar menjadi kemarahan masyarakat majmuk di negara ini yang cintakan kedamaian dan kemakmuran.



Antaranya suka memaki hamun bangsa Cina dan India dan anti pula kepada para penganut Kristian inilah agenda sebenar PERKASA dan Ibrahim Ali, kita tidak nampak apa impak dalam perjuangan PERKASA konon mahu membantu orang-orang  Melayu dalam pelbagai sudut  aspek apa kekuatan PERKASA adakah PERKASA  kental  dan mempunyai sumber kewangan  (dana) yang kukuh



Kalau sekadar terpekik terlolong melalak macam anjing menyalak (menggonggong) bukit ini adalah peranan utama PERKASA.



Bila dilihat dari kacamata ajaib orang-orang yang menjadi ahli atau pemimpin sama ada diperingkat parlimen ini sebenarnya kebanyakan orang-orang yang telah  kecewa dalam arena politik sama ada mereka disingkir daripada UMNO, PAS dan PKR jadi PERKASA adalah tempat sandaran untuk menumpang memperpolaritikan  diri masing-masing dimata awam.



Dicadangkan para pemimpin politik di negara ini tidak kira daripada kerajaan BN kerajaan Pakatan tegur-tegurlah sedikit perangai yang tidak senonoh Presiden PERKASA itu  bukan main biar begitu saja ituah dia semakin menjadi-jadi besar kepala dalam hatinya apa aku perduli apa yang aku buat selama ini baik UMNO kah PKR kah dan PAS main tutup mata saja tiada sesiapa yang menegur aku.

Sampai bila masyarakat terus membencikan PERKASA mungkin tunggu Ibrahim Ali turun dari takta kerusi Presiden PERKASA baru orang pandang semula perjuangan PERKASA yang sebanarnya bukan mencerca memakin hamun atau menghasut.

Carilah pemimpin PERKASA  orang  yang sedarhana sikapnya  ada pengaruh disukai oleh semua bangsa tidak kira siapa mereka jangan racist macam Ibrahim Ali Insya Allah PERKASA akan jadi PERKASA 20 tahun yang dulu kalau mahu benar-benar memperjuangkan hak  bangsa Melayu dalam pelbagai sudut aspek saya yakin bila ada perubahan dalam system dan arus pentadbiran yang jitu ramai masyarakat akan memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi.