Wednesday, 19 November 2014

ADUN ELOPURA TINJAU KERJA-KERJA BAIKPULIH SALURAN PAIP (PEMBENTUNGAN)


OLEH ROBERT LEE YUN KEONG


GAMBAR KELIHATAN....Kelihatan Stanley (bertopi) sedang menjelaskan sesuatu kepada Au semasa lawatannya. Gambar fail The Sabah Insider.net

SANDAKAN:  Wakil Rakyat Elopura Datuk Au Kam Wah telah turun padang untuk meninjau sendiri kerja-kerja pembaikan saluran paip pembetungan di kawasan Bandar Kim Fung dan Bandar Prima kelmarin.

Beliau telah diiringi oleh beberapa pegawai beliau dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) kawasan Elopura.

Dalam tinjauan tersebut, Au telah diberi taklimat oleh Pekerja Am Khas Unit Pembetungan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sandakan Stanley Mohd Omar berhubung kerja-kerja yang sedang dilaksanakan itu.

Au berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak JKR dan berharap kerja-kerja pembaikan ini dapat diselesaikan dengan segera kerana masalah ini sudah kian lama berlaku. Posted by The Sabah Insider.net




Monday, 17 November 2014

Najib ingatkan masyarakat Cina agar sensitif terhadap Melayu



Masyarakat Cina diingatkan agar sensitif terhadap orang Melayu seperti mana dilakukan orang Melayu terhadap kaum tersebut bagi memastikan Malaysia terus aman dan harmoni, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

KOTA KINABALU:-Datuk Seri Najib Razak mengingatkan masyarakat Cina agar sensitif terhadap orang Melayu seperti mana dilakukan orang Melayu terhadap kaum tersebut bagi memastikan Malaysia terus aman dan harmoni, lapor Utusan Malaysia.


Perdana menteri berkata, pentingnya kedua-dua kaum itu termasuk kaum lain memiliki sikap “mutual respect” atau saling hormat-menghormati antara satu sama lain berdasarkan kepada tunjang Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial, lapor akhbar milik Umno tersebut.

Najib berkata, Malaysia percaya kepada konsep kepelbagaian serta integrasi kaum dan bukannya asimilasi, khususnya kaum Cina yang diberikan hak mengamalkan budaya, identiti, sekolah dan bahasa ibunda mereka.

“Sebagai pulangannya, kita mahu mereka (kaum Cina) memahami kepada keperluan bersatu dalam negara ini. Seperti mana kita (orang Melayu) sensitif tentang kaum Cina, masyarakat Cina juga perlu sensitif terhadap orang Melayu, itu kita rujuk kepada mutual respect (hormat-menghormati),” kata Najib di Kota Kinabalu, Sabah semalam seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

“Apabila kita ada mutual respect, akan wujud negara yang aman dan harmoni. Kita mungkin tidak perlu kepada satu undang-undang (Akta Keharmonian Nasional), kita perlu hormat-menghormati antara satu sama lain. Tentu juga kita perlu kepada undang-undang, tetapi pentingnya atau amat penting kepada nilai-nilai keharmonian dalam masyarakat,” katanya.

Menurut Utusan Malaysia, Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menutup Perhimpunan Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) semalam.

Najib berkata, masyarakat Cina yang sering mengadu soal kepentingan mereka di negara ini khususnya dalam soal pendidikan perlu melihat negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang langsung tidak ‘membuka’ sekolah vernakular atau sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negara berkenaan.

“Di Singapura pun, tiada sekolah Cina. Cuma di Malaysia saja ada sekolah Cina. Itu konsensus yang dibuat oleh pemimpin kita terdahulu yang dipimpin oleh Umno. Ini kerana kita percaya kepada konsep kepelbagaian kaum. Tetapi perlulah ada give and take (tolak ansur), taat setia kepada negara ini,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu. Najib turut mengulangi komitmen Barisan Nasional (BN) untuk terus membenarkan sekolah dan pendidikan Cina “bertapak” di negara ini.

“Tetapi, apa salahnya diberikan penekanan kepada mempelajari bahasa kebangsaan? Meletakkan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu dengan fasih, bukannya bahasa pasar. Saya perlu beritahu semua, semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Beijing, China, baru-baru ini, kerajaan China memberikan saya pegawai perhubungan yang fasih dalam bahasa Melayu.

“Para pegawai China di pejabat luar negara di sana mempelajari bahasa Melayu. Dan jika kamu (masyarakat Cina) menekankan pembelajaran bahasa kebangsaan di sekolah Cina dan orang Melayu pula belajar bahasa Mandarin, apa salahnya?

“Inilah, bidang pendidikan tidak perlu dipolitikkan, pendidikan bukannya politik. Pendidikan merupakan alat untuk membina identiti bangsa. Kita perlu elak daripada mempolitikkan pendidikan. Jadikan pendidikan untuk membina kekuatan dan perpaduan Malaysia,” katanya.


Menurut Utusan Malaysia, Najib juga mengingatkan semua parti termasuk Umno supaya mengenepikan ekstremisme, sebaliknya mengamalkan sikap kesederhanaan. SABAHKINI.NET


Pairin patriot sejati, pertahan Sabah dalam Malaysia, kata Naji



KOTA KINABALU:- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Abdul Razak menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (gambar) sebagai patriot Malaysia yang sejati kerana pendirian teguhnya untuk memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pengakuan terbuka dan tegas Pairin di hadapannya itu merupakan kenyataan yang sangat tinggi nilai baginya sebagai perdana menteri Malaysia yang mengepalai pentadbiran sebuah negara berasaskan persekutuan.

"Saya mendengar ucapan presiden PBS sebentar tadi. Saya meneliti ucapan beliau dengan khusyuk dan saya merakamkan butir-butir yang dibangkitkan Tan Sri Pairin Kitingan. Beliau menyentuh 11 perkara.

"Dalam banyak-banyak perkara yang paling tinggi nilainya ialah apabila Tan Sri Pairin Kitingan melahirkan kesanggupan beliau bersama PBS mempertahankan Sabah dalam Malaysia. Pengakuan ini cukup besar ertinya walaupun kita tahu orang yang agak rapat dengan beliau bercakap berlainan di luar.

"Tetapi Tan Sri Pairin dan pemimpin PBS adalah rakan setia kepada Barisan Nasional dan seorang patriot negara Malaysia kerana mencintai negara Malaysia lebih daripada apa-apa pertimbangan yang lain. Terima kasih.

"Tan Sri Pairin, kamu seorang patriot Malaysia yang sejati," kata Najib yang menerima tepukan gemuruh ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-29 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu, hari ini.

Sebelum itu, Pairin dalam ucapan dasarnya berkata PBS akan berdiri teguh di belakang perdana menteri dan BN dalam berdepan dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan Perjanjian Malaysia dan hubungan baik antara Persekutuan dan negeri serta keutuhan Persekutuan.

"Sekali lagi saya ingin menegaskan PBS akan turut bersama-sama dengan perdana menteri dalam membanteras mana-mana pihak yang cuba memecahkan Malaysia," kata Pairin. 

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib berkata, BN mengakui setiap parti komponennya kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza dalam sesetengah isu dan BN membenarkan anggotanya mengemukakan pandangan secara konstruktif namun perbezaan pandangan tidak menjejaskan Pairin untuk tetap teguh dengan prinsip asas BN iaitu (persekutuan) Malaysia mesti dikekalkan.

Najib berkata beliau bersetuju dengan Pairin Malaysia tidak boleh 'bercerai' kerana sudah membuktikan kepada dunia ia antara negara paling aman, meskipun dengan kepelbagaian kepercayaan, agama dan budaya di kalangan rakyatnya.

Katanya, kemampuan Malaysia membangunkan negara majmuk ini sehingga dipandang tinggi masyarakat antarabangsa adalah atas kebijaksanaan kepimpinan negara yang diterajui BN untuk mentadbir negara sejak mencapai kemerdekaan.

Menurut Najib, walaupun parti pembangkang negara ini cuba meniru konsep perkongsian kuasa yang diamalkan BN dan bercita-cita menjadi parti alternatif kepada BN, namun ternyata mereka gagal disebabkan perbezaan amat ketara mengenai prinsip perjuangan parti.

"Mereka (parti pembangkang) tidak setanding BN," tegas Najib.
Bagaimanapun, Najib mengingatkan semua parti-parti komponen BN supaya tidak leka, sebaliknya terus memperbaiki apa juga kelemahan yang ada melalui perbincangan konstruktif bagi memastikan BN terus kukuh untuk menerajui negara ini.

"Tan Sri Pairin, kamu seorang patriot Malaysia yang sejati," kata Najib yang menerima tepukan gemuruh ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-29 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas hari ini.

Sebelum itu, Pairin dalam ucapan dasarnya menegaskan bahawa PBS akan berdiri teguh di belakang perdana menteri dan BN dalam berdepan dengan sebarang ancaman daripada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan Perjanjian Malaysia dan hubungan baik antara Persekutuan dan negeri serta keutuhan Persekutuan.

"Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa PBS akan turut bersama-sama dengan perdana menteri dalam membanteras mana-mana pihak yang cuba memecahkan Malaysia," kata Pairin. 

Turut hadir Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)  Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.



Menurut Najib, BN mengakui setiap parti komponennya kadang-kadang mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesetengah isu dan BN membenarkan anggotanya mengemukakan pandangan secara konstruktif namun perbezaan pandangan tidak menjejaskan Pairin untuk tetap teguh dengan prinsip asas BN iaitu (persekutuan) Malaysia mesti dikekalkan. – Bernama post by The Sabah Insidr.net

Saturday, 15 November 2014

AJK BAHAGIAN UMNO LIBARAN BUAT LAPORAN TENTANG KENYATAAN FAHMI BERBAUR HASUTAN PELAJAR UMS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

Keterangan gambar
Rozly dan Shariff (dua dan tiga dari kiri) bersama rombongan dari Pergerakan Pemuda, Wanita serta Puteri UMNO Libaran di luar Balai Polis Sandakan selepas membuat laporan
 











LIBARAN:  Berhubung dengan kenyataan Fahmi Zainol di laman sosialnya  (FB) yang  coba menghasut para mahasiswa UMS agar menentang pentadbiran UMS

Salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Libaran meminta pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat pemilik akaun Facebook atas nama Fahmi Zainol

Rosly Aziz yang juga Pegawai Kemajuan Masyarakat di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum telah membuat laporan polis pada petang Jumaat berhubung kenyataan tersebut yang beliau terbaca di laman Facebook atas nama Fahmi Zainol pada Nov 9.

Menurut beliau, kenyataan berkenaan terang-terang telah menghasut mahasiswa UMS agar menentang pihak pentadbiran UMS dan tidak setuju dengan system pilihanraya kampus.

Saya bersama Pengerakan Pemuda UMNO Libaran, Wanita UMNO dan Puteri UMNO Libaran juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi Zainol yang menghina pemimpin dan orang Sabah.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan  prilaku Fahmi yang menghasut para pelajaran UMS dan UITM untuk memberi gambar yang tidak baik kepada para pelajar berkenaan  mengenai pentadbiran UMS dan UITM” katanya kepada Wartwan Sabahkini.Net sejurus selepas dari Balai Polis.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda UMNO Libaran Shariff Ismahafiz Abdul Rahman pula membuat laporan polis pada hari yang sama berhubung kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Sabah.

“Pada 13 Nov 2014 jam lebih kurang 12.30 tengahari bertempat di pejabat Pemuda UMNO Libaran saya ada melayari laman Facebook atas nama Mohd Husnady Hussein yang telah membuat pelbagai kenyataan bergambar berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah dan Ketua Pemuda UMNO Sabah,” kata Shariff kepada media.

Shariff memberitahu bahawa beliau bersama Pergerakan Pemuda UMNO Libaran, Wanita UMNO Libaran dan Puteri UMNO Libaran membuat laporan polis ini supaya pemilik akaun Facebook Mohd Husnaidy Hussein disiasat dan diambil tindakan oleh pihak polis dan SKMM.

Katanya lagi budaya buruk orang-orang semenanjung jangan pula dibawa  menular  ke Sabah yang bertujuan untuk merosakan para pelajar di negeri ini.


Friday, 14 November 2014

Mahathir serang Najib lagi, BR1M umpama rasuah dan mengelirukan, katanya


OLEH DIYANA IBRAHIM

Published By The Malaysia Insider  

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai. – Gambar fail.   FST NEWS (Free Sandakan Today.com)


MANTAN  perdana menteri yang paling lama memerintah Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah.


Bagi Dr Mahathir, tindakan Putrajaya memberi BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020 adalah sangat mengelirukan.
Menulis dalam blognya, bekas perdana menteri itu perkata pendapatan per kapita tidak patut dijadikan perkiraan sebagai kejayaan Malaysia mencapai status negara maju.
"Pendapatan per kapita tidak akan menjadikan Malaysia negara membangun, malah ia lebih mengelirukan apabila pendapatan dinaikkan hanya bergantung kepada pemberian wang tunai," katanya melalui blog chedet.cc hari ini.
Beliau berkata sosialis dan komunis cuba memperbaiki pendapatan masyarakat dengan memberi wang tunai dan kemudahan fasiliti.
Tetapi katanya, sosialis dan komunis juga akhirnya gagal dengan kaedah tersebut dan rakyat terpaksa mengambil jalan keluar melalui perusahaan bebas dan bekerja keras.
"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan."
Beliau juga berkata tidak adil bagi rakyat menuduhnya tidak memahami tujuan pemberian BR1M.
Ini bukan pertama kali Dr Mahathir mengkritik polisi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun Najib mempertahankan pemberian BR1M dengan menyatakan ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat akibat daripada pemotongan subsidi dan juga bertujuan sebagai bantuan kepada rakyat.
Dr Mahathir berkata beliau menentang pemberian wang tunai sebagai kaedah meningkatkan pendapatan sejak dari awal pelaksanaannya.
"Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan.
"Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya.
Tambahan pula, katanya, apabila BR1M diberikan ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya, ia mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi.
"Sekiranya pendapatan perlu ditingkatkan, ia sepatutnya dengan cara mewujudkan peluang pekerjaan atau perniagaan.
"Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif daripada itu. Ia meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri.
"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya.
Pendapatan tinggi perlu datang dari peningkatan produktiviti yang hanya boleh terhasil melalui pendidikan yang lebih baik dan latihan, kata Dr Mahathir.
"Kemampuan meningkatkan produktiviti datang dari nilai tambah yang lebih besar bagi sesuatu produk," katanya.
Beliau berkata, dengan kewujudan lebih banyak industri dengan nilai tambah yang tinggi, pendapatan pekerja akan meningkat berikutan sumbangan besar mereka kepada majikan.
Sambil menyatakan yang hasil kerajaan datangnya daripada cukai, Dr Mahathir berpendapat rakyat tidak akan suka melihat cukai yang mereka bayar digunakan sebagai alat pilihan raya.
"Sudah pasti mereka tidak mahu melihat wang daripada hasil titik peluh mereka digunakan bagi memenangi populariti untuk sesiapa atau mana-mana parti politik atau pentadbiran," katanya. – 14 November, 2014.


Thursday, 13 November 2014

EMPAT JENIS MAKANAN YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN MANUSIA



Oleh: Azlan Amit

4 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN.. SILA BACA..!!

MEE SEGERA




Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok.

Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

IKAN SARDIN
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim.

Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.


MINUMAN 3 AND 1


Persatuan Pengguna Pulau Pinang(CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

PANADOL


Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah
sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untumengurangkan rasa sakit.
Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.
Dari group lain utk perkongsian
KEPAK & KAKI AYAM?
......
Anda sudah menikah atau belum, semua wanita harus berhati². Baru² ini artis Tionghoa Xia Yi didapati tumbuh CYST dalam rahim (kista coklat) dan Hu Qing Wen melakukan operasi tumor yg penuh dengan darah, dan darahnya berwarna hitam gelap.
Mereka fikir setelah pembedahan akan sembuh, tetapi hanya beberapa bulan tumbuh lagi, sehingga akhirnya mereka melakukan konsultasi dgn ginekologist.

Doktor Gine tsb kemudian bertanya :
"Apakah awak suka makan kepak ayam?
Dia sangat terkejut..
"mcmana doktor boleh tahu mknan kesukaanku?
"Hormon pertumbuhan (growth-hormone) ayam ataupun antibiotiknya, selalu disuntik pd bhagian kepak, atau leher ayam. Sementara kaki Ayam tempat menimbun "end product" antibiotik dan turunan "second hormonal"
Doktor tu meneruskan : Kerana itu kegemaran makan kepak ayam atau kaki, akan serta merta menambah sekresi hormon bagi wanita. Akibatnya "second hormonal" tsb akan terkumpul menjadi TOXIN yg akhirnya menjadi karsinogen, sehingga wanita gemar mkn KEPAK + KAKI ayam sangat mudah terkena kanser yg berkenaan dengan kelenjar hormonal seperti : kanser rahim, cervix dan payudara.
Oleh kerana itu, kami menyarankan Anda jangan "banyak" makan kepak ayam atau kakinya.
Sekarang ini 80% wanita memiliki fibroid rahim dan mudah untuk mendapatkan cyst tersebut.

KONGSIKAN SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER.

Ini satu mesej pkhidmatan awam dr KKM.
1. 56 wanita meninggal dunia kerana mereka m'gunakan 1 pad tunggal utk satu hari...
2. Memakai pad spnjang hari adalah tak selamat kerana bahan kimia yg digunakan dlm tuala Ultra yang menukarkan cecair ke gel..
3. Ia menyebabkan kanser di dlm pundi kencing & rahim.
4. Jika masa penggunaan berpanjangan darah menjadi hijau & kulat yg terbentuk masuk ke dlm rahim & bdn
5. Oleh itu, sila gunakan pad yg dip'buat drpd kapas & jika anda m'gunakan pad ultra, tlg tukar dlm tempoh 5 jam sekali.
6. Tlg jgn merasa malu untuk m'hantar mesej ini kepada wanita & suami supaya mereka blh berkongsi dgn isteri & rakan2 t'syg.
7. Cuci bra setiap hari. Elakkan memakai bra b'warna hitam pada musim panas.
8. Jangan memakai bra semasa tidur.
9. Sentiasa tutup dada sepenuhnya dgn tudung @ selendang apabila anda berada di bwh pancaran sinaran matahari.
10. Sila guna Deodorant bukan perspirant.
11. Hantar kpd semua wanita yg anda sayangi tanpa t'agak2
12. KESEDARAN itu PENTING
13. Sekadar peringatan.
Tak kira lelaki @ perempuan, sebarkan utk pengetahuan bersama .
Top of Form


IBU TINGGALKAN ANAK-ANAKNYA BERBEKALKAN WANG TUNAI RM70.00 SAHAJA



 DARI KACAMATA KETUA WANITA  PBS TG PAPAT
SALEENA TITI



SEBAGAI seorang wanita apa lagi orang bergelar ibu seharusnya menyayangi anak-anaknya kerana anak-anak itu merupakakan  anugerah Allah sepatutnya dijaga dengan sebaik-baiknya.

Saya amat bersimpati  dan amat sedih  sekali terhadap nasib  empat orang anak yang  masing-masing baru berumur dua yang besar tujuh tahun  empat tahun dan paling kecil 2 tahun yang telah ditinggalkan ibunya dengan berbekalkan wang tunai RM70.00 botol susu  dan dua utas payu

Menurut laporan rasmi seorang anggota polis berpangkat L/KPL 176236 Kamil dan seorang lagi rakannya telah memjumpai kanak-kanak berempat itu percayai berbangsa Iban kelihatan berlegar-legar di kawasan Sibu Jaya


Hasil pemeriksaan rupa-rupanya mereka berempat itu dihalau keluar oleh ibunya kerana dipercayai  ibunya berhasrat hendak kahwin baru.

Kebiasannya  kalau berlaku penceraian suami isteri boleh dikatakan 80 peratus bapa tadi yang suka meningalkan anak-anak begitu sahaja  dan ibu yang telah ditinggalkan suami tadi yang sudah bergelar janda atau ibu tunggal terpaksa memeihara dan menjaga anak-anaknya sehingga mereka dewasa.


Jarang-jarang sekali kita mendengar ibu yang sanggup meninggalkan anak-anaknya bila berlakunya penceraian itu, sebagai mana susahnya seorang ibu terpaksa juga menjaga anak-anak mereka, itulah sifat-sifat kelebihan  seorang ibu menyayangi  anak-anak mereka berbanding dengan seorang lelaki bila sudah bercerai terus kahwin baru.

Dalam konteks ini saya ingin menyentuh sedikit peranan dan pengorbanan seorang itu terhadap anak-anaknya seorang ibu tunggal boleh menjaga 10 orang anak sehingga dewasa dan sebahagian anak-anak yang dibela tanpa seorang ayah  ada yang sudah berjaya dalam kehidupan mungkin ada yang sudah jadi doctor dan lain-lain lagi.

Namun disebaliknya pula dalam 10 orang anak-anak tadi belum tentu boleh menjaga seorang ibu ada kalanya ibu-ibu tunggal tadi bila  sudah tua  dihantar kerumah kebajikan orang-orang dengan alasan tiada orang menjaganya kerana semua bekerja.

Berkisar dengan cerita budak berempat yang telah ditinggalkan ibunya di Sibu Sarawak itu, sebagai seorang ibu seharusnya menyayangi anak-anaknya walaupun ibu tadi ingin berkahwin baru tapi anak-anak jangan  diketapikan, anak-anak itu adalah anugera tuhan

Orang  yang  mendirikan rumah tangga apa tujuannya lain tidak bukan selain menikmati kerosonakan disamping  itu mahu dapat anak atau keturunan.


Sebagai kesimpulannya ada orang sudah berumah tangga berahun-tahun lamanya mereka tidak mendapat zuriat (anak) mereka sanggup mengambil anak  orang lain untuk jadikan anak angkat, ini sudah dapat anak darah daging sendiripun mereka masih tega menginggalkannya apa punya cerita ini”