Wednesday, 6 August 2014

HINA-CACI AGAMA DAN BANGSA SESEORANG BOLEH CETUSKAN PERGADUAN BESAR KAUM ..........TEGAS SAPAWI

 Written by Admin


OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:-  Sejak kebelakangan ini segelintir masyarakat di negara  sudah  berani  tidak lagi segan silu menghina Agama dan mencaci bangsa-bangsa lain sudah tidak takut dengan undang-undang berbanding sebelum akta ISA dimansuhkan.
Namun begitu  Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengutuk agama dan kaum lain menerusi laman sosial supaya ia memberi pengajaran kepada mereka dan masyarakat keseluruhannya.

Kenyataan demikian dibuat Ahli Parlimen Sipitang Sapawi Ahmad yang nyata bimbang dengan dengan sikap beberapa individu yang cuba menimbulkan ketegangan kaum di negara ini.
Perbuatan menghina agama orang lain bukan saja menggambarkan betapa pudarnya semangat 1Malaysia tetapi juga memperlihatkan kekalutan sikap yang boleh menjejaskan perpaduan sedia wujud” Katanya
“Walaupun tidak dilakukan secara berkumpulan, namun kesannya tidak baik kepada negara kita.”
Memaki hamun agama dan kaum lain dalam Facebook bukan budaya Sabah
Sapawi, yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata revolusi IT sepatutnya membuka minda untuk rakyat terus maju, tetapi ada yang menyalahgunakannya hingga mencetuskan ketegangan. 
Tindakan seperti memaki hamu
n agama dan kaum lain dalam Facebook bukan budaya orang Sabah, yang mengamalkan sikap tolak ansur serta saling menghormati sejak zaman nenek moyang, katanya di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya DUN Lumadan di Kampung Bangkalalak  baru-baru ini.
Beliau berkata mereka yang sengaja membangkitkan isu perkauman dan agama menunjukkan mereka mempunyai pemikiran yang buruk, kuno dan mundur.


Katanya  semasa akta ISA dikuatkuasakan dahulu  ramai rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling sekarang tidak sudah berubah lebih jauh kalau mereka mahu hina bangsa dan caci satu-satu agama tidak lagi berselindung  hentam saja soal bakal menimbulkan kemarahan atau pergaduhan besar mereka tidak ambil peduli.


Tuesday, 5 August 2014

FST LANTIK APEK SEBAGAI PEGAWAI PENGIKHLANAN KAWASAN SANDAKAN...KATA JUN

Written by Admin

OLEH CHARLES ANDIANG



KOTA KINABALU:- Mantan pesara Jabatan Kerajaan yang dikenali Apek Ansukoi  (gambar) akan  berkhidmat di Portal Online Free Sandakan Today.Net berkuatkuasa pada 15hb Ogos 2014 sebagai Pegawai Pengikhlanan di portal ini.

Pengurus Pemasaran Pengikhlanan Jun Fasifico (Gambar) berkata Apek ditugaskan dan bertanggungjawab untuk mencari ikhlan kepada pelanggan untuk disiarkan di portal ini dari masa kesemasa.

Pihak kami juga memberikan kuasa penuh kepada Apek untuk mengutip bayaran pengikhlanan daripada pelanggan berkenaan.

Mereka yang ingin mendapatkan khidmat untuk membuat ikhlan peniagaan anda boleh berhubung terus melalui telefon nombor 012-8349901 mereka akan diberi layanan yang baik.

Monday, 4 August 2014

MP SANDAKAN BERJAYA BANTU KELUARKAN CARUMAN KWSP RM168457.41 MILIK MILLINCIO

Written by Admin
 OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kisah seorang pesara warga tempatan  yang dikenali sebagai Millincio Majer yang telah kehilangan kad pengenalannya  dan apa bila memohon semula pihak Jabatan Pendaftaran  Negara (JPN)  menolak permohonan barunya kerana ada orang lain yang telah menggunakan kad pengenalannya.
Disebabkan ketiadaan kad pengenalan, pesara tersebut yang telah  membuat caruman KWSP selama ini, tidak dapat mengeluarkan caruman KWSPnya, dan juga gagal membuka akaun di bank
Pada tahun lepas, Millincio Bin Majer telah berjumpa dengan Ahli Parlimen  Sandakan Stephen Wong dan seterusnya menyuarakan aduannya serta meminta pertolongan untuk menguruskan halnya yang berkaitan dengan KWSP
Setahun kemudian menyusuli perkembangan kes pesara tersebut dengan KWSP dan Jabatan Pendaftaran Negara, YB Stephen Wong telah berjaya membantu untuk memindahkan duit KWSP milik Millincio Bin Majer yang sebanyak RM168457.41, kepada akaun isterinya Nursia Binti Aminulla, dan amaun tersebut telah diterima baru-baru ini.
Millincio  bersama dengan seisi keluarganya bertemu dengan  Stephen Wong, untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan beliau mendapatkan wang caruman KWSP teruta sekali dibulan Ramadan Al-mubaraq
Dia  (Millicio) juga memberitahu YB Stephen Wong, duit KWSP yang telah didapatkan pada bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, amat bermakna kepada keluarganya, kerana wang tersebut diperlukan untuk membiayai anak-anaknya yang sedang belajar di universiti dan sekolah tempatan.
Walau bagaimanapun, Millincio dan seisi keluarganya bersyukur dan berterima kasih atas bantuan Stephen Wong walaupun Ahli Parlimen dipihak pembangkang namun berjaya menyelesaikan satu kes yang agak rumit tetapi dapat diselesaikan.
“Inilah wakil rakyat seperti YB Wong Tien Fatt benar-benar berjiwa rakyat tidak kira apa saja bangsa dan keturunan tetap dibantunya dengan sedaya upaya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih pada pilihanraya akan datang PRU 14 nanti pastinya kerusi Parlimen Sandakan tetap menjadi milik semula DAP jangan khuatir YB” jelas Millncio dengan hati yang penuh terharu.


ZIARAHI MAJLIS RUMAH TERBUKA IKAT JALINAN MESRA DAN KEHARMONIAN KAUM

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI





KARAMUNTING:- Kehadiran dua pemimpin Barisan Nasional (BN) antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karamunting Charlie O Pang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya mengziarahi majlis rumah terbuka Hari Raya dikediaman Hj Suhaimi Hj Mugalibal di kampung Bokara ia menjurus  mengikat jalinan mesra bagi  memupuk dan mengeratkan  siratulrahim antara satu sama lain.

Kunjung berkunjung kerumah kawan-kawan dan sahabat handai khususnya dimusim-musim perayaan seumpama ini memang sudah menjadi tradisi  bangsa Malaysia tidak kira apa kuturunan perbezaan kepercayaan anutan agama dan budaya terus diamalkan hingga ke beberapa generasi.

Dalam kunjungan raya dua orang pimimpin itu serta rombongannya  ia membuka ruang untuk menghulurkan  tangan berjabat salam bagi mengucapkan Selamat Hari Raya dengan Maaf Zahir dan Batin segala kesilapan lalu dan makan minum minta dihalalkan jadinya 00.

Haji Suhaimin sebagai tuan rumah dan bagi pihak seluruh anggota keluarganya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Charlie dan Samsudin serta rombongannya  kerana sudi datang bertandang kerumahnya sempena hari lebaran.

“Dengan kehadiran dua pemimpin itu semoga mengiratkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin yang dikasihi” ujar Hj Suhaimi

WONG DAN ROMBONGAN BUAT KUNJUNGAN RUMAH TERBUKA RAYA

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Walaupun kita sudah melangkah  ke 7 Syawal  namun bahang suasana Hari Raya Adilfitri masih lagi meriah dan ramai juga  masyarakat  Islam mengadakan majlis-majlis rumah terbuka walaupun hanya sekadar sedarhana sahaja untuk dikunjungi oleh rakan-rakan seperjuangan dan sahabat andai.

Inilah kebagusannya  di negara dan dibumi Malaysia yang bertuah ini walaupun ramai suku kaum yang berlainan agama perbezaan budaya dan  perbezaan fahaman  idologi politik namun boleh bersatu mungkin juga ini  rentetan  daripada  system perkongsian kuasa dalam pembentukkan pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.

Program  rumah terbuka seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Menuai, Hari Gawai dan juga Hari Raya yang sudah menjadi trend dan satu budaya yang telah diamalkan sekian lama di negara ini mungkin tidak terdapat di mana-mana negara luar hanya di Malaysia saja.
  

Kunjung mengunjungi dimajlis rumah-rumah terbuka  contohnya seperti hari raya ia  jelas memperlihatkan penyatuan kaum dan bangsa tidak mengenal siapa mereka untuk mewujudkan perpaduan, siratulrahim dan keharmonian antara satu sama lain bersua muka bersalam-salaman seraya  mengucapkan selamat hari raya dengan mohon maaf zahir dan batin.

Kelmarin Ahli Parlimen kawasan Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt bersama  rombongannya telah bertandang (mengunjungi) majlis rumah terbuka salah sebuah rumah puan Siti.

Dalam kunjungan tersebut Wong telah diberikan kesempatan untuk memberikan ucapan sepatah dua kata dengan kata-kata nasihat kepada para pengundi di daerah Sandaan.

Beliau menyedari bahawa Hari Raya pada tahun ini agak dingin sedikit walaupun  ramai yang menyambut raya hanya sedarhana mungkin disebabkan faktor  kegawatan ekonomi yang kurang baik tambahan lagi harga barangan keperluan terlalu tinggi jadi mereka berbelanja penuh berhemah.

Kedatangan Wong dan rombongan disambut dengan hati yang gembira oleh tuan rumah ini jelas Wong sebagai Ahli Parlimen Sandakan benar-benar berjiwa rakyat dan tidak lupa kepada pengundi-pengundinya.

“Ciri-ciri kepimpinan  semacam inilah yang kita mahu walaupun pemimpin daripada pihak pembangkang namun masih berupaya membuat lawatan bagi  menemui para pengundinya terutama sekali dimusim-musim perayaan seumpama ini untuk menjalinkan kemesraan antara satu sama yang lain” ujar Siti.

Dalam pada itu Wong dan rombongannya tidak  juga ketinggalan  membuat kunjungan raya di kediaman Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Haji Mohd Hamsan Hj Awang Supain


Bermula dari  1 Syawal sehingga ke 7 syawal banyak juga rumah rakan-rakan seperjuangan  yang telah diziarahi oleh MP Sandakan bersama rombongannya.








Saturday, 2 August 2014

MASIUNG DAN ROMBONGAN UPKO KINABATANGAN BERKUNJUNG HARI RAYA AIDLFITRI SEHARI DI BUKIT GARAM

Written by Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI


KINABATANGAN:- Sudah menjadi  satu adat resam dan budaya yang telah diamalkan sekian lama  oleh rakyat di negara ini termasuk di Sabah  tidak kira apa bangsa dan agama kunjung mengunjungi ke majlis rumah-rumah terbuka bukan sahaja Hari Raya, Pesta Kaamatan, Deepavali, Hari Natal dan Tahun Baru Cina yang menjelma saban tahun tentunya membuka ruang kepada seluruh masyarakat sahabat rakan-rakan untuk bertamu di hari raya.
 
Beginilah apa yang telah dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut Masiung Banah  saban tahun menjelangnya hari lebaran ADUN yang berjiwat rakyat ini tidak pernah ketinggalan mengunjungi rumah-rumah terbuka di hari raya.

Kelmarin Masiung bersama rombonganya  yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Bahagian UPKO Kinabatangan telah membuat kunjungan raya sehari ke beberapa buah kampung di Kinabatangan.

Kunjungan tersebut jelas menampakan wujudnya siratulrahim di kalangan rakyat majmuk apa lagi seorang pemimpin di sesuatu kawasan seperti Masiung banah bertandang  dimajlis-majlis seumpama ini ia merupakan satu rahmat kepada penduduk setempat kerana kehadiran mereka untuk merapatkan lagi jurang perbezaan disamping menyuntik  semangat perpaduan yang intim tanpa mengenal siapa mereka.

“Saya harap masyarakat  Islam di Sabah termasuk di kawasan Kinabatangan dan Kuamut yang menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan sambil menghulur tangan bersalaman antara asatu sama lain untuk memohon maaf zahir dan batin jadinya 00”ujarnya.

Semasa beliau  berkunjung bersama rombongannya  berkempatan memberikan Ang Paw raya kepada kanak-kanak  dibeberapa rumah yang telah dikunjungi.








Friday, 1 August 2014

UMAT ISLAM DITEGUR KERANA BER SELFIE DAN BERPESTA SEMASA MENZIARAHI KUBURAN PADA HARI RAYA

Written by Admin
OLEH: KAMARUL ZAMAN

PETALING JAYA:  Imam muda, Abdul Fattah Riddzuwan menyelar tindakan segelintir umat Islam yang menjadikan kubur sebagai tempat untuk ber’selfie dan  tempat berpesta.
Menurutnya, kita pergi ke kubur adalah untuk menginsafkan diri kita sebagai seorang manusia yang suatu hari nanti akan kembali kepada tuhan kita.

HUKUMNYA HARAM.... Boleh dikategorikn sebagai haram jika berniat berseronok ber-selfie di kuburan

“Bukan pergi ke kubur untuk buat pesta ambil gambar dan berseronok dan bergembira.
“Ingat kubur ingat mati, bukan ingat kubur ingat ‘selfie’,” katanya di dalam status Facebooknya.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar dengan tindakan segelintir umat Islam ber‘selfie’ di tanah perkuburan lebih-lebih lagi semasa menyambut Aidilfitri.
“Perbuatan ini boleh dikategorikan haram jika kita berniat untuk berseronok.
“Tindakan tersebut sangat tidak wajar kerana sepatutnya kita ke kubur untuk menjadikan iktibar dan menginsafkan diri kita,” katanya,
Tambahnya lagi, masyarakat masa ini tidak mendalami sedalam-dalamnya mengenai amalan menziarahi kubur terutama pada musim sambutan Aidilfitri.
“Amalan ziarah-menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan yang masih hidup adalah sangat baik jika dilakukan semasa
“Sambutan hari raya adalah kemuncak ibadat untuk kita saling ziarah-menziarahi bagi tujuan bermaaf-maafan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama manusia.

BERPESTA....Tanah kuburan dijadikan tempat berpesta?











“Amalan menziarahi kubur tidak menjadi satu kesalahan namun ia boleh menjadi haram jika kita berniat untuk berseronok dan tidak mengikut adab yang ditetapkan,” ujarnya.


Di  Sabah pun ramai masyarakat Islam yang menziarahi kuburan keluarga mereka seolah-olah satu pesta  selepas saja membaca surah Yassin mereka bergambar-gambar di dekat pusara keluarga  mereka ini  jelas ia menggambarkan bahawa tanah kuburan seperti sebuah Taman Peranginan dan perbuatan seumpama ini boleh dikategorikan sebagai haram jika kita berniat berseronok.