Monday, 2 June 2014

RAKYAT SABAH PUNYA 32 EKNIK PERBEZAAN BUDAYA DAN AGAMA MASIH BOLEH BERSATU



Written by Admin
Monday June 02. 2014.


SOROTAN DARI HATI KE HATI (FST)
SHAIMON S JUMADI

DARI segi pergalauan  di kalangan rakyat majmuk yang terdapat di Negeri Sabah dan di Semenanjung memang  jauh berbeza.

Di negeri Sabah walaupun mempunyai 32 etnik (suku kaum) yang mempunyai  perbezaan anutan kepercayaan agama masing-masing jelas memperlihatan wujudnya hubungan siratulrahim antara satu sama lain terus terjalin.

BUKTI...Betapa mesranya orang Melayu dan Cina boleh duduk bersama makan dan minum inilah bagusnya orang Sabah tahu erti perpaduan

Orang Sabah boleh makan minum semeja dengan bangsa-bangsa lain seperti masyarakat cina, Kadazan, Dusun dan kaum bumiputera Islam dan  bukan Islam.

Biarlah saya  huraikan sedikit sebanyak apa yang telah berlaku, sebagai contoh terdekat apabila musim-musim perayaan sama ada perayaan hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun baru Cina, Deepavali dan Pesta Kaamatan masyarakat Sabah yang terdiri daripada berbilang kaum terus kunjung mengunjungi kerumah rakan-rakan sejawat atau seperjuangan walaupun mereka bukan yang bergelar Yang Berhormat.

UNIK BOLEH MESRA...Gambar ini dirakam semasa saya mengikuti rombongan lawatan kerja yang di Ketuai manta MP Sandakan Datuk VK Liew   kami berada di restoran Genting Haigh Land pada Hujung Disember 2012 menjadi tandanya kenapa orang Melayu boleh duduk semeja makan dan minum dengan kaum cina

Keunikannya lagi  ramai masyarakat Islam masuk ke restoran-restoran dan gerai-garai di pasar umum  makan minum masakan cina (Chinese Manu) yang meletak notis (Serve No Pork) tidak menjadi masalah ini sudah sebati dengan orang Sabah.



BUKTI ORANG SABAH......Orang Melayu (Pengarang Free Saandakan Today) (SSJ)  dengan Orang Cina boleh duduk semeja minum di Semenanjung tidak terdapat gaya hidup macam ini.....Sabah Boleh.
Ramai juga masyarakat Islam makan dan minum di restoran-restoran cina seperti di Ocean King, Restoran Kenalanmu, restoran Hing Loong, restoran Ming (Sabah Hotel) restoran 88 Sim-Sim Rumah Murah Jambatan 8 Restoran Dragon (Trig Hill) dan kedai  Kopi Thiam.

Di Semenanjung apabila saya pergi ke sebuah restoran cina barisan Jalan Lorong Hj Taib dan Lorong Jalan Pudu  sebelum saya sempat  duduk pelayan bagi tahu makanan di kedai ini tidak ada menjual khinzir (babi) semuanya ala makanan laut seperti fish ball, fish cake wantan ikan itu saja.

Belumpun  sempat saya menyuap makanan yang baru dihidang itu kemudian datang pula dua orang lelaki meluruh masuk kerestoran terus menghampir saya seraya menempelak (menempalak) kamu orang Melayu kenapa kamu masuk kedai Cina ini salah di sisi undang-udang Islam  dengan bahasa yang cukup biadap saya bangun saya tunjukkan mykad saya dan Press Card. Encik saya ini orang Sabah kalau kami di Sabah tak ada masalah masuk makan dan minum dikedai cina lagipun pelayan tu dah bagi tahu mereka tidak menjual babi” apa mereka menjawab maafkan kami encik.

Kalau masyarakat Melayu di  Semenanjung boleh mencontohi prilaku seperti orang Sabah boleh bergaul dengan kaum cina, india, dan Kadazan yang bukan seagama sudah pastinya tidak berlakunya timbul berpuak-puak atau racist seperti Presiden PERKASA yang anti Cina dan anti India juga anti Kristian.

Mungkin di Sabah kenapa masyarakatnya  boleh bersatu dengan kaum-kaum lain dan perbezaan anutan kepercayaan agama mungkin berpunca daripada kahwin campuran dan faktor lainnya seperti dalam masyarakat Kadazan, Dusun,Murut dan Cina mereka ada juga yang beragama Islam jadi keluarga  mereka faham tentang adat resam dan  budaya masing-masing maka tidak hairanlah kenapa orang Sabah boleh bersatu dengan kaum-kaum seperti yang saya sebutkan itu kalau begitu 1Malaysia negeri Sabah telah mendahului Semenanjung .

KEMENANGAN CALON BN TELUK INTAN 90 PERATUS UNDI MELAYU..... KATA MENTERI BESAR PERAK

 0 0 0 1

By Admin

Monday June 02.2014

OLEH CHARLES CHONG TIEN LOI
Mereka menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong yang tidak mudah mengaku kalah, bijak dan berpengalaman merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
Teluk Intan 





KUALA LUMPUR: Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan merupakan kemenangan bermakna dan satu anjakan besar kepada parti itu.
Pemimpin BN menyifatkan personaliti calon BN Datuk Mah Siew Keong yang tidak mudah mengaku kalah, bijak dan berpengalaman merupakan antara faktor pengundi Teluk Intan beralih arah untuk memberi undi kemenangan kepada BN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata banyak pengajaran yang diperoleh menerusi pilihan raya kecil itu dalam membentuk gerak kerja sistematik antara BN dan sahabat BN tanpa menimbulkan perselisihan faham bagi menumpukan sepenuhnya kepada pilihan raya berkenaan.

Zambry, yang juga Pengerusi BN negeri Perak, berkata kemenangan Mah adalah satu anjakan besar kepada BN walaupun meraih majoriti 238 undi dalam pentas pertarungan sengit itu.
Mah, 53, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh sebanyak 20,157 undi mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi pada pilihan raya kecil hari ini.
67.4% keluar mengundi
Keputusan itu diumum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Teluk Intan pada kira-kira 9.41 malam ini.
Peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini ialah 67.4 peratus.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, di Twitternya menyifatkan warga Teluk Intan membuat pilihan yang tepat.
Seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, menganggap kemenangan itu amat bermakna bagi memperjuangkan kepentingan rakyat.
“Alhamdulillah atas kepercayaan yang dimartabatkan semula oleh pengundi-pengundi Teluk Intan kepada BN. Kerja-Kerja yang tersusun dan terselaras telah menghasilkan kejayaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Tunai janji
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN Datuk Ahmad Maslan berkata beliau percaya BN akan menunaikan segala janji yang dibuat sebelum ini dan yakin Mah mampu berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat yang baik.
Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menganggap kemenangan itu hasil usaha gigih dan komitmen jentera sayap parti berkenaan.
“PRK Teluk Intan adalah yang paling mencabar tapi kami sabar jalankan tugas dengan penuh hemah dan ikut undang-undang. Alhamdulillah, akhirnya dapat kemenangan,” katanya.
Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin pula berkata kemenangan itu merupakan satu kejayaan yang amat bermakna walaupun dengan majoriti yang rendah kerana BN berjaya melakukan ‘overturn’ majoriti lebih 7,000 undi yang diperoleh calon DAP pada pilihan raya umum ke-13 yang lepas.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sedang dalam lawatan kerja ke Beijing, China turut memuat naik status di Facebook dan Twitter miliknya dengan mengucapkan tahniah serta syabas kepada Mah.
Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel pula berkata kemenangan itu merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat mahukan BN untuk terus membela nasib mereka.
Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas berkata kemenangan itu merupakan satu amanah besar kepada kerajaan BN, dan rakyat sudah rasional serta tidak lagi mempercayai segala provokasi pembangkang.
Namun  dalam perkembangan yang berkaitan sumber-sumber menyatakan PRK di Teluk Intan  tidak begitu penting bagi masyarakat Cina mahupun masyarakat India dan Melayu akan tetapi impaknya pada PRU 14 nanti barulah tahu langit itu tinggi bumi di rendah sebab masyarakat sudah bosan dengan gelagat para pemimpin BN contohnya Gerakan sebagai parti berbilang kaum tetapi seorang pun tiada calon dari kaum Melayu apa lagi yang menjadi ADUN atau ADR.
Jelas parti DAP sebagai rakan dalam barisan Pakatan Rakyat walaupun dipimpin oleh kaum Cina mereka masih memberi  ruang dan peluang kepada orang Melayu sebagai calon khususnya Dyana Sofea walaupun tewas tetapi  mendapat  jumlah undi yang tinggi ini baru PRK kalau PRU 14 pastinya menang DAP

-Bernama

Pengundi luar tak pulang, kekuatan jentera BN punca DAP tumpas di Teluk Intan

 3 0 0 3

By Admin

  Monday  June 02 2014
DAP dah lakukan yang terbaik supaya pengundi terus memilih calon DAP di Teluk Intan.
Teluk IntanOleh: IKWAN DZULKIFKIE

UNDI  PERATUSAN ....80 peratus golongan muda, Cina, Melayu dan India undi Calon DAP PRK Teluk Intan

SHAH ALAM: Pengundi luar tidak pulang dan kekuatan jentera Barisan Nasional (BN) menjadi punca kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ParlimenTeluk Intan, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam satu sidang media di Dewan Jubli Perak disini hari, Abdul Khalid berkata walaupun DAP tumpas dalam PRK tersebut semalam, parti itu telah melakukan yang terbaik.
“Saya rasa DAP dah melakukan yang terbaik untuk memastikan pengundi Teluk Intan kekal memilih ahli parlimen DAP,” kata Abdul Khalid.
Khalid menyimpulkan kekalahan DAP dalam PRK Teluk Intan, walaupun baru setahun berlangsungnya PRU-13 disebabkan kerana pengundi yang tinggal di luar kawasan tidak pulang serta kekuatan jentera BN mempromosikan calonnya.
“Ia tidak berpihak kepada mereka (DAP) terutamanya dalam PRK di mana banyak pengundi tinggal di luar kawasan tak dapat pulang mengundi.
“Keduanya dalam PRK ada sokongan kuat dari kerajaan persekutuan  untuk mempromosikan dan memujuk pengundi untuk memilih calon BN. Ini isu yang perlu kita utarakan,” katanya lagi.
Penglibatan kaum Cina kurang
Abdul Khalid turut membandingkan PRK Parlimen Teluk Intan dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di mana penglibatan kaum Cina kurang.
“Saya ada lihat peningkatan sokongan orang Melayu kepada DAP.
Ada persamaan juga dalam (PRK) Kajang…saya merupakan pengarah pilihan raya PKR. Penglibatan komuniti Cina…seperti complacent kerana PRK ini bukan penting dan mereka enggan pulang melaksanakan tanggungjawab,” katanya lagi.
Semalam, calon BN Datuk Mah Siew Keong berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti mudah, 238 undi dalam satu persaingan sengit.
Mah, yang juga merupakan Presiden Gerakan meraih 20,157 undi berbanding Dyana yang memperolehi 19,919 undi.
Terdahulu, Abdul Khalid merasmikan  program Kursus Perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja) yang menggalakkan kesukarelawanan panduduk di pangsapuri sekitar Selangor.
Pada PRU 14 ini nanti 90 peratus golongan muda dari umur 21 hingga 35 tahun sama ada kaum Cina, India dan Melayu bakal mengundi calon-caon Pakatan Rakyat (DAP-PAS-PKR) untuk menentukan kerajaan baru bagi mengguling kerajaan Barisan Nasional (BN)

PUNCAH KEKALAHAN CALON DAP TELUK INTAN ADA TIGA FAKTOR PENYEBAB .....KATA LIM

 0 0 0 New

By Admin

Monday Jun 02, 2014
Lim Guan Eng berkata, berdasarkan analisis awal parti itu, DAP kalah kerana tiga sebab, termasuklah kemerosotan jumlah pemilih yang mengundi.

lim guan eng

 DAP....Terus mendapat sokongan daripada kaum Melayu kerana menyedari DAP adalah parti untuk semua kaum

PULAU PINANG:-  Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mendakwa peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca parti itu kalah dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan semalam.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata berdasarkan analisis awal parti itu, DAP kalah kerana tiga sebab, termasuklah kemerosotan jumlah pemilih yang mengundi.
“Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada pilihan raya umum lepas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang acara Penang Run di sini.
Beliau berkata kebanyakan pemilih yang tidak hadir untuk mengundi adalah mereka yang propembangkang dan berada di luar kawasan.
Katanya dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik Umno ketika berkempen serta hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.
Dalam pilihan raya kecil itu, Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi parlimen Teluk Intan apabila calonnya Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi.
Lim berkata DAP akan membuat kajian terperinci tentang kekalahannya di Teluk Intan.
“Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji,” katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu dan ini hanya merupakan pilihanraya kecil saja kita tunggu pada PRU 14 nanti kerana orang Melayu mulai menyokong perjuangan DAP yang merupakan partii Multi Racial  untuk semua kaum.
-Bernama

MUSTAFAH DAN ROZZALIN SAMBUT BAIK CADANGAN JEFFRY UNTUK KEMBANGKAN KELAB NGO KE SANDAKAN






Written by Admin
Monday  Jun 02.2014
  
OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Dua orang wartawan yang tidak sing lagi Rozzakin Mohd Hashim dan Mustafah Mohd Hassan masing-masing dari Akhbar News Sabah Times menyambut baik atas saranan dan kepercayaan Presiden Kelab Penyokong BN Kerajaan Sabah Datuk Mohd Jeffry Rosman untuk mengembangkan sayap kelab NGO ini di Sandakan.

Mustafah merujuk sebuah berita yang tersiar di Portal Online Free Sandakan Today bertajuk: “Mustafah dan Rozzalin  Akan Dilantik Untuk Menerajui Kepimpinan Kelab NGO...Kata Jeffry” pada 27 Mei lalu.

“Kami setuju sekiraya niat baik dan ikhlas Datuk Jeffry hendak melantik kami menubuhkan Kelab NGO ini namun kami minta  beliau menguarkan surat rasmi agar kami dapat menubuhkan jawatankuasa penaja sebaik saja kami menerima surat hitam putih dari beliau” ujarnya.

Wartawan Free Sandakan Today yang mengikuti sedikit sebanyak perkembangan dan perjalanan Kelab NGO yang dipimpin oleh Jeffry sempat bertanya bahawa beliau (Jeffry) mempunyai keyakinan penuh terhadap Mustafah dan Rozzalin untuk memimpin kelab NGO ini khususnya di Sandakan dan mereka juga akan dibantu oleh saudara SSJ yang merupakan orang yang berpengalaman luas dalam menerajui badan-badan NGO.