Wednesday, 30 November 2016

Free Sandakan Today (FST) PENGLIBATAN POLITIK SERTAI WARISAN MAZLIWATI MALIK CHUA UNTUK MEMBELA RAKYAT KUAMUT


MAZLIWATI KETEMU PENDUDUK
( ISU tanah di Lamag)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
SHAIMON S JUMADI
Wednesday November 30/2016

KUAMUT:- Tanah-tanah adat (NCR)  yang menjadi isu panas dikalangan rakyat tempatan kerana beberapa orang yang bergelar Kelongmerad  dari Semenanjung sering  menceroboh harus dipertahankan itu  adalah hak asasi orang-orang tempatan.

Selain kawasan Kuamut tanah NCR jadi sasaran utama pencerobohan  yang merangkumi kawasan Sugut-Ranau-Keningau- Kudat dan  kawasan pedalaman beratus-ratus hekta tanah di teroka untuk penanaman  sawit.

Datuk Kong Hong Ming merupakan peguam bela peguam cara adalah antara peguam yang terbaik sering membantu orang-orang kampung dalam memerangi dan perbicaraan tentang isu tanah-tanah NCR sebahagiannya  dapat diselesaikan berdasarkan ikut undang-undang Tanah Sabah Ordinan 68. 

Dalam pada  itu penduduk di kawasan Kuamut khususnya Tongod dan Lamag tidak  perlu khuatir  kerana ada seorang pendatang baru dalam arena  politik  untuk membela  dan memperjuangkan untuk mempertahankan hak-hak  asasi dari dicabuli oleh orang-orang luar.

Orang yang dimaksudkan itu Masliwati Hj  Malik Chua  yang berkelulusan jurusan undang-undang  anak kepada mantan Wakil Rakyat era kerajaan BERJAYA dab PBS iaitu Arwah  Hj Malik Chua.

Penglibatan Mazliwati yang menyertai WARISAN adalah untuk membela nasib rakyat peribumi yang semakin terhimpit dalam  menikmati arus perdana pembangunan asas dikawasan luar Bandar.

Berikut kupasan mengenai latar belakang Mazlina Malik Chua yang dihuraikan oleh Saudara Ismaily Bungsu merupakan penulis veteran tanah air  yang tidak asing lagi.

NAMA Malik Chua yang pernah jadi YB memang tidak asing. Arwah teman baik saya saya panggil dengan kata ABANG.

Arwah memang orang baik dan cukup berjasa. Al fatihah dan doa Allah letakkan di syurga.

Arwah punya seorang puteri dan berkelulusan PEGUAM dari luar negeri dan sejak sekian lama cukup prihatin mereka yang ditindas dan susah hidup terutamanya penduduk di Lamag.

" hidup mereka susah bang dan tanah yang mereka pohon sampai sekarang belum mereka miliki dan mereka seperti penumpang meski lahir membesar di Lamag" katanya sambil kelihatan wajahnya sedih dan tunduk.

Sekarang Mazliwati Abdul Malik Chua  terus berjumpa dan mengadakan beberapa perjumpaan di Lamag sambil menghulur bantuan.

" Harapkan BN janganlah dan YB yang mereka undi tidak lagi peduli dan rata-rata  mereka berjanji tidak akan memberikan sokongan kepada BN dan sekarang jiwa hati mereka beralih ke WARISAN pimpinan DS Shafie Apdal" kata Mazliwati lagi.

Kelihatannya Mazliwati cukup prihatin dan keprihatinannya itu sama seperti arwah ayahnya.

Warisan terdiri pemimpin yang berwawasan dan berpendidikan dan hadirnya Mazliwati selaku peguam cukup membawa makna untuk terus perjuangkan hak-hak Sabah.
Ubahsabah
Ubahsabah


No comments:

Post a Comment