OLEH:
SORAYA EGG
Wednesday
November 30/2016
1.Bila rakyat meluahkan perasaan berhubung himpitan hidup
yang tidak pernah mereka lalui sejak merdeka tapi orang politik kata Malaysia
lebih baik jika dibandingkan dengan negara lain.
2.Benarkah alasan itu, tapi bila kita pelajari alasan
negara lain yang kos hidup mereka tinggi tetapi pada masa yang sama kerajaan
mereka mempunyai skim-skim dan polisi membantu rakyatnya umpamanya upah yang
munasabah dan ruang pekerjaan yang banyak disediakan dll.
3.Perbandingan kehidupan rakyat awal 80an berbanding
kini adalah lebih jauh baik, sedangkan kerajaan waktu itu perlukan dana yang
banyak untuk membangun dan menyediakan pasarana dari negara pertanian ke negara
industri.
4.Ramai yang mengharapkan perubahan itu akan membawa
kemakmuran kepada rakyat dan negara ini. Namunpun selepas itu Malaysia
menghadapi turun naik ekonominya tapi keselesaan rakyat terus dipertahankan.
5.Sejak kerajaan menukar dasarnya yang dinamakan
Negara Berpendapatan Tinggi yang sasaran menjelang 2020 menurut Najib, yang
menjadi mangsa rakyat jelata sedang menghadapi tekanan hidup akibat dasar yang
cuba dipromosikan oleh kerajaan ini.
6.Apa tidaknya beban kerajaan cuba dialihkan ke bahu
rakyat untuk memikulnya dengan pendapatan relatif rendah diGSTkan yang
sepatutnya menjadi simpanan di masa tua atau pendidikan anak anak terpaksa
dibayar 6% kepada kerajaan.
7.Subsidi adalah satu cara agihan pendapatan negara
kepada rakyat jelata terpaksa dibatalkan untuk disuntik ke dalam pembendapatan
kerajaan untuk menampung tanggung jawab kerajaan.
8.Dengan penarikan subsidi terhadap barangan asas
petrol,beras,gula dan minyak makan adalah penyumbang asas kenaikan barangan
makanan utama kerana kesannya dalam kitaran ekonomi adalah berganda.
9.Akibat kestabilan dan aktiviti orang politik
umpamanya 1MDB telah membawa kesan buruk mata wang kita adalah terendah dalam
tukaran berbanding mata wang utama dunia.
10.Sekali harga barang dan perkhidmatan melambung
tinggi kerana hampir 90% keperluan asas adalah di import dari luar.
11.Hanya kerajaan dapat memperbaiki keadaan ini untuk
menstabilkan harga dan meningkat pendapatan rakyat untuk kembali normal dan
tidak mengambil kesempatan membebankan rakyat terus menerus.
No comments:
Post a Comment