Tuesday, 20 January 2015

KETUA WANITA BAHAGIAN PBS TG PAPAT SALEENA SAMBUT BAIK PROGAM MESRA RIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

HADIR...Ahli-Ahli Parti komponen BN yang hadir pada majlis tersebut Lily Chung LDP, Lu Kim Mee dan Lin Oi Mee dari Gerakan







MAJLIS Mesra Ria Diambang 2015 anjuran gambungan antara Pergerakan Wanita UMNO Sandakan, MPWK, PAWANI,JUWITA dan An Nur P186 Sandakan yang dilangsungkan di Ballroom Sabah Hotel dekat sini kelmarin ia jelas menjurus untuk menyatupadukan antara ahli-ahli parti komponen BN.

Program yang berunsurkan ceramah dan taklimat mengenai  satu-satu  fungsi dan peranan  badan-  badan NGO itu  banyak membawa menfaat kepada ahli-ahli komponen BN yang hadir pada majlis itu.

Ini dijelaskan sendiri  oleh Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat Saleena Titi (gambar) ketika diminta pandangannya mengenai program Majlis Mesra Ria itu.

Katanya lagi taklimat yang disampaikan oleh Pengerusi JUWITA P186 Hajah Dayang Siti Pulau mengenai peranan dan fungsi JUWITA cukup jelas untuk membantu para ibu-ibu tunggal sama ada bercerai akibat kematian suami ataupun cerai hidup ditinggalkan suami.

“Saya amat tertarik kenyataan Hajah Dayang Siti mengenai beberapa orang balu atau ibu tunggal yang malu mengaku dirinya sebagai ibu tunggal ini yang menjadi tanda tanya kenapa harus malu kalau mengaku sebagai ibu tunggal (Balu/janda) kalau ini memang realitinya kita harus menerima hakikatnya yang sebenarnya, disebabkan  tidak mahu mengaku dirinya ibu tunggal maka mereka telah hilang segala-galanya bentuk bantuan yang disalurkan oleh agensi-agensi kerajaan untuk menyara dan membesarkan anak-anak  mereka  siapa yang rugi”  ujar Saleena

“Selain itu saya juga tertarik dengan kenyetaan Ketua Wanita UMNO Puan Noraini Sulong tentang peranan PAWANI yang terang-terang memberi peluang kepada semua pengerusi-pengerusi Cawangan UMNO Ketua=Ketua Cawangan parti-parti komponen BN antaranya PBS,UPKO,PBRS, MIC,MCA, Gerakan dan LDP setiap program yang dijalan oleh cawangan-cawangan telah disediakan perutukan sebanyak RM2,000.00 untuk empat aktiviti dealam sebulan” katanya lagi

Tambahnya lagi “Saya sebagai Ketua Wanita PBS Bahagian Tanjung Papat memang menyambut baik dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pimpinan Noraini Sulong dalam menaruji kepimpinan di empat-empat badan ini.


“Saya selaku ketua kumpulan Salam Bersatu yang mempunyai ramai ahli akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengadakan pelbagai aktiviti disepanjang tahun 2015 ini” tambahnya lagi.

SAMSUDIN SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KG GAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 
SEKONG:- Penduduk Kampung Gas yang telah ditimpa musibbah  seperti kebakaran baru-baru ini mereka tidak terpingir lantas mendapat  pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan BN.

Ini memang sudah menjadi tanggungjawab kepada Kerajaan dan Wakil Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya umum (PRU 13) lalu  terus memainkan peranan dalam memberi bantuan kepada setiap penduduk dalam pelbagai aspek terutama sekali mereka yang ditimpa musibbah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian dalam ucapannya di majlis Penyampaian  sumbangan  daripada Pusat Zakat Sabah-Sandakan kepada para mangsa kebakaran Kampung Gas kelmarin.

Katanya lagi dengan adanya bantuan tersebut yang disalurkan oleh Pusat Zakat Sabah-Sandakan akan meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para mangsa terbabit,

Beliau yang juga Ketua Bahgian UMNO Batu Sapi sentiasa menitikberatkan dalam menjaga kebajikan penduduk-penduduk  di kawasan Batu Sapi tanpa mengira  idologi fahaman  politik  mereka tetap dipelihara.



KERAJAAN NEGERI SENTIASA MENITIKBERATKAN PENDIDIKAN ...MUSA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
ssjumadi@gmail.com


SANDAKAN: Ketua Mentari Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman berkata Kerajaan Negeri sentiasa memastikan kecemerlangan anak-anak kerana untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sebagaimana harapan negara maka perlunya penekanan lebih terhadap program melibatkan pendidikan.

Katanya   kerana pendidikan merupakan tunjang pembangunan sesebuah negara apatah lagi Wawasan 2020 yang dirancang baik tentu memerlukan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan berdaya saing.

Beliau berkata, ibu bapa sebagai ketua dalam institusi kekeluargaan hendaklah sentiasa menjalin kerjasama yang erat dengan warga pendidik khususnya guru-guru kerana kecemerlangan pelajar didorong apabila mereka saling berganding bahu untuk memberikan pendidikan terbaik.

Katanya, di pihak kerajaan usaha memartabatkan pendidikan menjadi agenda utama memandangkan perlunya tumpuan kepada generasi yang merupakan aset tidak ternilai kepada negara itu.

"Kita sentiasa membantu pembelajaran anak-anak kerana untuk membentuk modal insan yang berjaya maka perlunya perhatian agar apabila mereka besar nanti akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

"Oleh sebab itu, kerajaan sentiasa membantu agar program-program melibatkan pendidikan terlaksana dengan jayanya kerana kemajuan sesebuah negara adalah hasil komitmen kepada aspek pendidikan.

"Salah satu usaha murni pihak kerajaan adalah menerusi program bantuan kepada sekolah-sekolah seperti menyalurkan dana termasuklah pelbagai bantuan persekolahan kepada murid-murid.

"Semua ini adalah bagi memacu pembangunan pendidikan di negeri ini. Sebab itu, apa jua program yang dianjurkan di sekolah-sekolah ... saya tidak jemu untuk datang kerana inilah peluang saya untuk berjumpa dengan warga pendidik dan ibu bapa.

"Walaupun sesibuk mana pun dengan tugas seharian, kita mesti peka dengan soal pembelajaran berikutan ia penting kepada bangsa, agama dan negara," jelasnya.

Musa menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Kembali Ke Sekolah di Dewan Terbuka, Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati, dekat sini, kelmarin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karamunting, Charles O Pang; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong; Pegawai Pendidikan Sandakan, Sh. Mahada Sh. Attar; Pengerusi Pelaksana Program merangkap Bendahari Umno Libaran, Haji Salzo Asa dan Guru Besar SK Merpati, Aminah Hj Ahmad serta Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Merpati, Frinco @ Firdaus Abdullah.

Pada majlis itu, seramai 200 murid-murid di SK Merpati telah menerima sumbangan berupa beg sekolah selain bantuan persekolahan yang disampaikan Ketua Menteri.

Majlis juga menyaksikan penyampaian anugerah kepada murid-murid cemerlang dalan peperiksaan UPSR 2014.  

Mengulas lanjut, Ketua Menteri selaku Adun Sungai Sibuga dan Ketua Umno Libaran berkata usaha jangka panjang kerajaan ke arah memacu pendidikan negeri dengan pembinaan Hab Pendidikan Sandakan di Batu 10 yang telah pun beroperasi menerusi pembukaan institusi-institusi pengajian tinggi di siti.

Menurutnya, hab pendidikan ini akan memberi peluang kepada belia dan beliawanis terutamanya sekitar daerah Sandakan untuk belajar tanpa pergi lebih jauh.

"Ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat di negeri ini yang sudah pasti meringankan beban ibu bapa apabila menghantar anak-anak ke sesebuah institusi di mana mereka tidak perlu lagi pergi jauh sebaliknya boleh menghantar ke hab pendidikan itu yang menyediakan pelbagai jurusan pengajian," katanya.

Sementara itu, semasa bercakap kepada pemberita beliau turut merakamkan penghargaan kepada Biro Pendidikan Umno Libaran diketuai Haji Salzo atas usaha dan inisiatif melaksanakan program tersebut.

Katanya, program seumpama ini penting memandangkan selari dengan komitmen kerajaan dalam memartabatkan program pendidikan negara agar generasi hari ini terus cemerlang dalam pembelajaran mereka.

Dalam pada itu, Musa juga meluluskan peruntukan bagi membaik-pulih sistem pendawaian dan dinding di dewan terbuka selain meluluskan permohonan sebanyak 40 kerusi untuk kemudahan sekolah berkenaan.




MAJLIS MAUDIL RASUL PERINGKAT DUN GUM-GUM DAPAT SAMBUTAN

 OLEH: AZMI AZMAN


GUM-GUM:-  Semangat ukhuwah dan perpaduan amatlah penting dalam mewujudkan keadaan yang lebih aman dan harmoni untuk mencapai kemajuan dan kejayaan yang lebih bermakna dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Sambutan Maulidur Rasul bukan sahaja memberi ruang kepada kita untuk memperingati dan meraikan bersama Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW, malah juga merupakan wadah kita untuk mengukuhkan lagi ukhuwah dan perpaduan di kalangan umat Islam,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, berkata semasa berucap di  Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Perasmian Surau As-Sofiyah di Kampung Sri Manis, Gum Guum di sini kelmarin.

Menurut Zakaria, umat Islam dituntut berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah bagi memastikan hala tuju hidup berada di landasan yang betul. Ini adalah kerana Islam menuntut umat berusaha bersungguh-sungguh meraihkan kemajuan dan keteguhan ekonomi berpaksikan syarak.

“Dengan membetulkan salah anggapan terhadap ajaran Islam berhubung tuntutan meraihkan dunia, umat Islam tdak patut lagi berlengah tetapi mesti melipatgandakan usaha memacu diri, keluarga, masyarakat dan negara menerpa laju menuju masa depan yang lebih gemilang,” katanya lagi.

Selaras dengan itu, Kerajaan melakukan pelaburan besar untuk memperkasakan pendidikan di semua peringkat di samping memberi penekanan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan. 

Pelaburan dalam bidang pendidikan sememangnya berbaloi untuk melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama bagi menggerak pembangunan yang lebih holistik menjana umah gemilang, tambah Zakaria.

Dalam hubungan ini, membina semula penguasaan terhadap ilmu adalah kaedah yang terbaik dalam membangunkan kembali cita-cita dan kemahuan untuk memantap ukhuwah memperkasa sekaligus menggemilangkan semula Islam dan umatnya di sepanjang zaman, kata beliau.

Sementara itu, Zakaria juga mengingatkan umat Islam di Kampung Sri Manis supaya mengimarahkan Surau As-Sofiyah yang didirikan dengan indah ini di atas tanah wakaf individu.

Hadir bersama ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz serta para pemimpin setempat dan penduduk kampung berkenaan.





Sunday, 18 January 2015

MAJLIS MESRA RIA DAPAT SAMBUTAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO APEK ANSUKOI


SANDAKAN:- Majlis Mesra Ria   Diambang 2015 anjuran bersama Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan, Majlis Pembangunan Wanita Kebangsaan (MPWK) PAWANI, JUWITA dan An Nur P186 Sandakan yang diadakan diballroom Sabah Hotel pagi tadi dapat sambutan.


Beberapa acara menarik telah dipersembahkan antaranya nyanyian Karaoke, Tari Menari dan Tukar-Tukar Hadiah dan tidak ketinggalan juga taklimat mengenai fungsi-fungsi dan peranaan MPWK, JUWITA, PAWANI dan An Nur yang disampaikan sendiri oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong.

Dalam ucapan alu-aluan  Noraini antara lain menjelaskan mengenai JUWITA ditubuhkan di kawan P186 Sandakan adalah untuk membantu para balu-ibu tunggal sama ada kematian suami atau cerai hidup khas untuk pengundi kawasan P186 yang merangkumi kawasan DUN Elopura dan DUN Tanjung Papat.

Katanya para balu yang ingin mendapat pelbagai bantuan yang disaluran oleh agens-agensi kerajaan  mereka mesti mengemukakan sijil mati atau sijil penceraian asal yang dikeluarkan   daripada JHEAINS  atau pihak-pihak tertentu yang diikhtiraf.

Sementara Pengerusi JUWITA P186 Sandakan Puan Hajah Dayang Siti Pulau merasa kecewa walaupun pihak ingin membantu para ibu tunggal tapi masih ada yang malu untuk tampil  kedepan  untuk mengaku diri mereka ibu tunggal.

“Kenapa harus malu kalau kita mengaku sebagai ibu tunggal atau janda dan balu kalau ini hakikatnya yang sebenar daripada malu untuk mengaku sebagai janda/balu atau erti kata lain ibu tunggal mereka terpaksa hilang semua peluang yang sedia ada untuk mendapatkan bantuan  dalam pelbagai aspek siapa yang rugi.” tegas Hjah Siti Pulau.


Sementara PAWANI yang dipengrusi oleh Ketua-Ketua Cawangan UMNO dan Parti-Parti Kompoenan BN seperti LDP,Gerakan, MIC, UPKO, PBRS, MCA dan PBS  setiap program yang dijalankan mereka memperoleh peruntukan sebanyak RM500.00 dalam sebulan sebagai contoh kalau kumpulan Sangkar Maut menjalankan aktiviti anyaman dan jahit-menjahit empat kali  mereka boleh dapat peruntukan sebanyak RM2,000.00.

Wang RM2,000.00 tadi Kata Noraini boleh diagih-agihkan kepada ahli-ahli cawangan dengan cara begini saja kita dapat membantu ahli-ahli.

Turut hadir  dimajlis tersebut Lily Chung  dan rombongan  Lou Kim Mee dan Lin Oi Mee daripada Gerakan dan Salina Titi daripada PBS.



Pada majlis ini juga tidak ketinggalan upacara penyampian kerusi roda kepada seorang ahli wanita Veteran UMNO Sandakan  yang disampaikan sendiri oleh Noraini.


PASUKAN PETUGAS KHAS DAPAT LAKSANAKAN DENGAN BAIK....SARAN JAMES

OLEH: SHAIMON S JUMADI


BELURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berharap dua jawatankuasa pasukan petugas yang dibentuk akan dapat dikuasakan serta-merta memandangkan timbul beberapa perkara perlu diberikan perhatian serius agar ianya tidak berleluasa sekali gus mengancam kesejahteraan hidup penduduk Sugut amnya di kawasan Beluran.

Menurut beliau, sebagai mata dan telinga kerajaan kedua-dua badan berkenaan iaitu Pasukan Petugas Alam Sekitar dan Perladangan manakala satu lagi Keselamatan serta Pencegahan Gejala Sosial akan memantau, menyiasat dan melapor kepada pihak berwajib berkaitan apa jua masalah.

Beliau berkata, tindakan sedemikian bagi membolehkan pemantauan dibuat berikutan wujud dakwaan kononnya sesetengah syarikat perladangan sewenang-wenangnya menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

Katanya, sejak kebelakangan ini masalah semakin berleluasa apabila pihaknya mendapat maklumat orang kampung konon kerakusan syarikat menjalankan aktiviti penanaman kelapa sawit sehingga mencemarkan alam sekitar selain mengambil pekerja asing tanpa permit.

"Banyak masalah yang timbul contohnya, kerakusan sesetengah syarikat besar ini menanam sawit di pinggir-pinggir sungai yang bukan saja melebihi kawasan tetapi kesannya kepada aliran sungai apabila baja yang ditabur pastinya mengalir ke dalam sungai.

"Ada aduan mengenai ikan-ikan yang mati akibat pencemaran ke atas sungai. Ia satu kesan yang tidak baik kepada penduduk setempat. Nasib baiklah, sekarang ini musim hujan yang membolehkan orang-orang kampung menggunakan air hujan untuk keperluan harian.

"Namun, bagaimana kalau musim kemarau? Tentu mereka menggunakan air sungai untuk keperluan, tetapi bagaimana kalau sungai pun tercemar. Siapa yang harus dipersalahkan?

"Oleh hal demikian, saya terpanggil untuk menubuhkan Pasukan Petugas yang dipengerusikan oleh mantan Ahli Parlimen Beluran, Asmat Nungka dan dibantu beberapa ahli jawatankuasa Umno Beluran agar apa jua permasalahan akan dapat dibanteras demi kepentingan dan masa hadapan penduduk Sugut khususnya dan Beluran amnya," jelasnya.

James berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan petugas tersebut di Bilik Mesyuarat, Majlid Daerah Beluran, di sini, pagi kelmarin.

Hadir sama Pegawai Daerah Beluran, Suhaili Riman; Ketua Polis Daerah, Supt. Sivanathan Velautham; Pengerusi Pasukan Petugas, Asmat; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sugut, Jalil Atang dan wakil-wakil agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu, Ketua Umno Bahagian Beluran ini memberitahu Pasukan Petugas Keselamatan dan Gejala Sosial telah pun menjemput Polis; Jabatan Imigresen; Jabatan Pendaftaran dan Rela serta beberapa agensi lain untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.

Beritahunya, kehadiran agensi-agensi kerajaan ini akan membantu kedua-dua badan 'Task Force' menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap mana-mana syarikat perladangan yang didapati menyalahi peraturan.

Jelasnya, badan berkenaan tidak boleh bertindak melainkan membantu daripada segi menyalurkan maklumat seperti memantau, menyiasat dan melapor kepada pihak berkuasa keselamatan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Ini kata beliau, masalah yang membelenggu bukan saja melibatkan pencemaran ke atas air sungai tetapi juga ada dakwaan kononnya sebahagian syarikat perladangan di kawasan Sugut mengambil pekerja asing tanpa permit sah.

Tegasnya, keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana di samping berdepan dengan masalah keselamatan tetapi turut membawa masalah gejala sosial seperti penyalahgunaan najis dadah dan sebagainya.

"Ia sedikit mempengaruhi belia yang akhirnya terjerumus ke kancah tidak baik kerana kebanjiran pendatang asing tanpa izin ini. Satu lagi, masalah yang perlu diberikan perhatian adalah dakwaan pemungutan pasir secara haram di beberapa tempat.

"Kita minta supaya Jabatan Alam Sekitar dapat memantau perkara ini memandangkan pengambilan pasir yang tidak terkawal akan mengakibatkan tanah terhakis yang lama-kelamaan akan membawa masalah kepada penduduk.

"Sebab itu, saya sangat berharap agar kedua-dua Task Force yang kita tubuhkan dapat dikuatkuasakan serta-merta bagi membolehkannya menjalankan tanggungjawab berkesan. 

"Sebagai mata dan telinga kepada kerajaan, badan berkenaan hanya membantu daripada segi menyalurkan maklumat kepada pihak berkaitan sebelum mereka menjalankan tindakan seterusnya.

"Saya mahu kepentingan rakyat Sugut amnya di Beluran ini terbela dan tidak dibelenggu dek kerakusan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Masa hadapan generasi Sugut menjadi keutamaan kepada saya selaku wakil rakyat," ujarnya. 



1.


DAP CABAR PRSIDEN MPS LETAK JAWATAN KERANA GAGAL ATASI MASALAH RAKYAT

OLEH: SHAIMON S JUMADI

LIBARAN:-  Timbalan Pengerusi Jawatankuasa DAP Sandakan menyelar pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang tidak mengambil sebarang tindakan mengenai masalah yang terdapat di Gerai Tingkat 3 Pasar Batu 8 Jalan Labuk.

Banyak masalah yang dihadapi system peparitan tersumbat,penapis minyak rosak ditinggalkan tidak diganti baru, saling bocor di sana-sini dan lantai menakung air walaupun perkara ini sudah berkali-kali dimaklumkan kepada pihak MPS namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil

Hiew berkata demikian selepas menerima aduan dan meninjau keadaan pasar tersebut. Hiew juga berpendapat bahawa sikap pihak berkuasa yang tidak menghiraukan aduan-aduan pengusaha gerai makanan di pasar, adalah bertentangan dengan slogan “Rakyat didahulukan” yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri.

Menurut Hiew, semasa hari hujan, siling bocor dan air menitis, menyebabkan lantai bertakungan air, para peniaga membersihkan lantai tersebut supaya perniagaan tidak terganggu. Apabila sistem perparitan tersumbat, para peniaga terpaksa memakai kasut boot getah untuk berniaga, malah ada kalanya terpaksa berjalan dan dikelilingi air kotor dan busuk,  manakah kakitangan MPS telah pergi?

Beliau juga berkata, setiap gerai di Pasar batu 8 terdapat sebuah penapis minyak, tetapi setelah ditanggalksn oleh pihak MPS 1 tahun yang lalu, sampai kini belum dapat diganti balik, menyusahkan para peniaga. Pihak berkuasa patut menjelaskan di manakah penapis minyak berkenaan, dan mengapa tidak dipasang balik setelah ditanggal.

Hiew menggesa pihak MPS mengambil berat terhadap masalah ini, jangan hanya memberi alasan bahawa MPS tiada peruntukkan.

Hiew juga mengkritik presiden MPS tidak berupaya untuk mengurus sebuah pasar yang berada di bawah daerah pilihan raya Ketua Menteri, oleh itu patut meletak jawatan dan memohon maaf, memberikan ruang kepada orang yang ada kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat, supaya keadaan Sandakan tidak bertambah teruk.


Katanya lagi sejak James Wong dilantik sebagai Presiden MPS dalam beberapa tahun ini  beliau telah gagal menjalankan tugas-tugasnya sebagai orang nombor satu dipentadbiran kerajaan banyak masalah rakyat di Sandakan tidak dapat diselesaikan malahan keadaan disekeliling kawasan Sandakan bertambah teruk apa punya presiden. POSTED BY THE SABAH INSIDER.net

ADUN GUM-GUM HULUR BANTUAN MANGSA KEBAKARAN KG BANTING

 
Zakaria (tengah) serta pegawainya dan pemimpin kampung bersama mangsa kebakaran kelmarin







OLEH: AZMI AZMAN

GUM-GUM:-   Sembilan orang dari satu keluarga yang kehilangan rumah dalam kebakaran di Kampung Banting, Batu 12, menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Zakaria, yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Negeri dan Perumahan, telah menyampaikan bantuan kewangan serta bekalan makanan ketika beliau melawat mangsa di kampung berkenaan kelmarin pagi.

Beliau berharap sumbangan ini akan serba sedikit dapat meringankan beban mangsa kebakaran.

Zakaria berkata beliau turut mengarahkan pegawai beliau untuk mengenalpasti apa-apa bantuan lain yang diperlukan oleh mangsa.

Sementara itu, ketua keluarga mangsa kebakaran Chin Kui Hin @ Ridzuan, 47, yang menerima bantuan dari Datuk Zakaria, berkata mereka amat berterima kasih kepada Zakaria atas keprihatinan beliau.

Ridzuan memberitahu bahawa kebakaran itu berlaku lebih kurang jam 2 pagi Jumaat lepas. Beliau bersama isteri, lima orang anak berumur antara enam hingga 13 tahun, bapa mertua dan adik ipar sempat melarikan apabila mendengar jeritan dari jiran.

Kami tidak dapat menyelamatkan barang-barang serta dokumen penting kerana api merebak sangat pantas, kata Ridzuan lagi.

Ridzuan yang berkerja sebagai tukang cermin, dan keluarganya tinggal di rumah itu lebih 10 tahun. Mereka sekarang tinggal sementara di rumah jiran ekoran kejadian itu.

Hadir bersama dengan Datuk Zakaria dalam lawatan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said dan Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz.


TAMAT




Saturday, 17 January 2015

ADUN GUM-GUM LAWAT MANGSA BANJIR

OLEH: SALBIAH LEE ABDULLAH


Zakaria berjumpa dengan penduduk di Kampung Gum Gum ketika meninjau tempat-tempat dilanda banjir kilat di kawasan beliau
 




Sungai Gum Gum yang melimpahi tebing ketika hujan lebat Selasa lepas dan membanjiri kawasan berdekatan kini sudah surut

 

GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menangani masalah banjir kilat di kawasan DUN Gum Gum.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, telah membuat tinjauan tempat-tempat dalam kawasan beliau yang sering dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat turun berterusan awal minggu ini. 

Lawatan pada Khamis petang itu merupakan kali kedua beliau turun padang dalam tempoh seminggu ini meninjau tempat-tempat terbabit termasuk Kampung Gum Gum, Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Jaya Bakti.

Menurut Zakaria, antara cadangan-cadangan berkenaan ialah untuk menaiktaraf infrustruktur asas seperti parit serta jalan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sering berlaku banjir kilat ketika musim tengkujuh.

Dalam tinjauan beliau pada Khamis itu, jalan menuju ke Kampung Sungai Memanjang telah ditenggelami air sedalam paras lutut dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecil.

Zakaria mengingatkan penduduk-penduduk yang di tempat-tempat terbabit supaya sentiasa berwaspada dan bersedia untuk berpindah apabila diarah oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menasihati penduduk kampung agar tidak membenarkan anak-anak mereka bermain di kawasan banjir untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Menurut Zakaria, beliau turut akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membina dewan baharu di Kampung Sungai Memanjang dan Kampung Gum Gum.

"Kampung Sungai Memanjang tidak mempunyai dewan ketika ini manakala dewan yang sedia ada di Kampung Gum Gum itu pula kecil. Pembinaan dewan-dewan baharu di kedua dua tempat tersebut membolehkan penduduk mengadakan aktiviti dan majlis keramaian selain daripada digunakan sebagai pusat pemindahan sementara apabilia berlaku bencana alam," tambah beliau.

Ketua Kampung Sungai Memanjang Abdul Samad Tebaron memberitahu media bahawa setakat ini keadaan masih terkawal dan belum ada pemindahan dilakukan.

"Penduduk kampung yang membabitkan 39 buah keluarga itu masih dibenarkan berada di rumah mereka," tambah Abdul Samad.

Dalam pada itu, Abdul Samad berharap Kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah banjir kilat itu.

Antara yang hadir dalam tinjauan ialah Pemimpin Pembangunan Masyarkat (DUN) Gum Gum Kamal M Said dan Pegawai Kemajuan Masyarakat  DUN Gum Gum Rosly Aziz.


TAMAT



TUNGGU ADA ORANG MAMPUS TERTIMBUS TANAH BARU KERAJAAN NEGERI-MPS AMBIL TINDAKAN... WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong menyoal kerajaan Negeri BN dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)  berhubung dengan masalah rumah-rumah teres berhampiran dengan bukit di Fasa 2 Taman Indah Jaya KM 7.9 yang mengalami ancaman tanah sekali lagi.

Adakah kerajaan dan MPS mahu menunggu sehingga ada orang mati tertimbus tanah baru ambil tindakan drastic terhadap masalah itu inikah dasar kerajaan BN atau dasar MPS.

Menurut beliau, penghuni rumah teres di kawasan tersebut mengalami ancaman tanah runtuh selama 4 tahun, tetapi kerajaan negeri BN dan MPS masih tidak mengambil tindakan.


Katanya, penghuni-penghuni Taman Indah Jaya yang mengalami ancaman nyawa dan harta-benda, pernah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri, dan surat berkenaan ditandatangani bersama, tetapi kini ancaman yang dihadapi bertambah serius.
Wong berkata, terdapat wakil rakyat yang tinggal di kawasan perumahan tersebut, tetapi mengapa wakil rakyat tersebut hanya duduk diam sahaja terhadap masalah berkenaan sepanjang beberapa tahun ini?



Beliau mengingatkan bahawa, rumah teres yang mengalami ancaman tanah runtuh, adalah projek perumahan yang dibangunkan oleh MPS dan pihak swasta, oleh itu kerajaan BN dan MPS bertanggungjawab terhadap masalah tersebut, terutamanya projek pembangunan tersebut telah mendapat kebenaran daripada pihak MPS, mereka tidak boleh bersikap acuh tak acuh.

Selain itu, Wong juga mengkritik Jabatan Pengairan dan Saliran serta MPS tidak prihatin terhadap masalah sistem perparitan di Sandakan, menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini berlakunya banjir.

Katanya, pegawai di kedua-dua jabatan ini patut jelas apa sebabnya kawasan-kawasan di Sandakan mengalami banjir,  namun tiada langkah-langkah pencegahan yang diambil pada peringkat awal, mengakibatkan banjir kilat yang serius berlaku pada hari Rabu.

Beliau berkata tidak memahami apa yang pegawai berkenaan sedang buat, sedangkan rakyat telah mengadu bertahun-tahun, masalah yang diajukan tidak ditangani malah bertambah serius.
Wong juga mengutuk keras wakil rakyat BN tiada membantu rakyat menangani masalah banjir, tidak melaksanakan kewajipan mereka yang diamanahkan oleh rakyat.

Kata Wong lagi punca banjir kilat yang berlaku di Sandakan yang melanda dibeberapa tempat adalah punca kelalaian dan tidak bertanggungjawab sama sekali  pihak-pihak tertentu  sama ada pihak MPS, JKR dan Jabatan Perparitan dan Saliran dalam melakasanakan kerja-kerja pembersihan saliran longkang dan parit maka bila hujan tak sampai satu jam kawasan rendah dengan mudah dilandar banjir kilat.


Wednesday, 14 January 2015

HUJAN LEBAT 2 HARI BERTURUT-TURUT BANYAK KAWASAN DILANDA BANJIR KILAT

OLEH: SHAIMON  S JUMADI

GUM-GUM:- Hujan lebat turun tanpa henti dua hari berturut-turut sejak kelmarin lagi  hingga kehari ini banyak tampat telah dilanda banjir kilat dan telah  mengedalami berapa primes  deretan kedai dan  juga jalan raya.

Antaranya jalan yang turut dilanda banjir kilat jalan batu 16 Jalan Labuk. Pekan BDC , Bandar Litat termasuk kawasan Batu Sapi.

Dalam tinjauan wartawan The Sabah Insider.net  ke Jalan Batu 16 mendapati  permukaan jalanraya telah dipenuhi oleh air dan ini menyebabkan  kesesakan lalu lintas  disepanjang jalan tersebut.

Punca banjir sebenarnya adalah sikap tidak bertanggungjawab pihak berkuasa tempatan dalam menyenggelarakan hakisan dan longgokan sampah sarap yang ada diperut parit mahupun longkang.

Mereka sudah tahu bahawa masa   kini  adalah musin terkujuh  yang berpanjangan hingga bulan Februari  kenapa  saliran parit dan longkang-longkang yang telah  tersumbat tidak mahu dibesihkan diawal-awal lagi untuk mengelakan berlakunya kebanjiran.

Di Pekan BDC pada jam 6.00 pagi telah dinaiki air banjir kilat sedalam 2 meter hampir mengendelami deretan primes kedai ini juga berpunca  daripada longkang-longkang yang tersumbat tidak dibersihkan  maka bila hujan tanpa henti lantas tempat-tempat yang terletak dikawasan rendah memang mudah dilanda banjir.   




UMNO BAHAGIAN BELURAN TUBUH DUA BADAN PETUGAS KHAS....KATA JAMES RATIB

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Ketua Umno Bahagian Beluran  Datuk James Ratib berkata membentuk dua Pasukan Petugas Khas yang melibatkan Alam Sekitar dan Perladangan manakala satu lagi Keselamatan serta Pencegahan Gejala Sosial yang akan tampil menangani apa jua permasalahan demi kepentingan penduduk setempat.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membantu mengatasi masalah seperti alam sekitar umpamanya, apabila ia dilihat masalah paling ketara yang masih membelenggu sehingga kini.

Ini kerana hanya lima peratus penduduk di kawasan Sugut dapat menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan selebihnya mengharapkan sumber lain seperti bergantung dengan sumber hujan dan anak-anak sungai yang mengalir.

Tidak dinafikan penduduk kemungkinan berdepan dengan masalah pencemaran yang berlaku berikutan hampir 80 peratus 'Bumi Sugut' dikelilingi ladang kelapa sawit yang diusahakan syarikat-syarikat perladangan.

Menyedari hakikat itu, Ketua Umno Beluran yang juga selaku wakil rakyat Sugut iaitu Datuk James Ratib mengambil langkah drastik menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas Alam Sekitar dan Perladangan supaya apa pun masalah yang timbul akan dapat ditangani terlebih awal.

"Dengan adanya pasukan petugas alam sekitar yang akan dipengerusikan mantan Ahli Parlimen Beluran, Asmat Nungka yang dibantu beberapa ahli jawatankuasa Umno Bahagian akan dapat membantu dan mencegah sebarang masalah yang melibatkan kepentingan dan masa hadapan penduduk Sugut khususnya dan Beluran amnya.

"Tujuan dan matlamat pasukan petugas ini adalah bagi memastikan pelabur-pelabur atau pun syarikat-syarikat perladangan yang ada di kawasan ini supaya tidak menyalahi peraturan serta undang-undang sebagaimana yang ditetapkan pihak Jabatan Alam Sekitar.

"Contoh paling ketara di Sugut ini adalah sungai-sungainya dilindungi dan punya syarat-syarat tertentu jika ingin menanam kelapa sawit. Namun, apa yang saya dapati tebing sungai ditanam kelapa sawit.

"Ini sudah tentu mencemarkan sungai sebab bila mana musim hujan, baja yang ada pada tanaman akan mengalir ke dalam sungai. Inilah antara masalah yang masih membelenggu penduduk yang kebanyakannya masih bergantung dengan sumber anak-anak sungai selain hujan.

"Oleh hal demikian, mana-mana syarikat perladangan yang didapati melanggar syarat dan peraturan sedia ada dapat diambil tindakan sewajarnya sebab kita tidak mahu masalah pencemaran ke atas sungai berlaku.

"Kita mendapat rungutan daripada penduduk Sugut terutamanya pemimpin masyarakat setempat yang mendakwa kononnya berlaku masalah seumpama ini. Sebab itu, dalam mesyuarat tadi ... saya telah menekankan perkara ini panjang lebar, lalu membentuk pasukan petugas khas termasuklah yang satu lagi iaitu Keselamatan dan Pencegahan Gejala Sosial," jelasnya.

James berkata demikian katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Umno Beluran yang pertama bagi Tahun 2015 di Pejabat Bahagian berkenaan, Bandar Maju, Batu 1 Setengah, Jalan Utara, kelmarin.

Hadir sama pada mesyuarat itu, Timbalan Ketua Umno Beluran, Mahmud Awang Hussin; Naib Ketua Bahagian, Ariffin Bacho dan Ketua Pemuda Bahagian, Samad Jamri serta ahli-ahli jawatankuasa bahagian tersebut.

Mengulas lanjut, Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd itumemberitahu penubuhan pasukan petugas keselamatan adalah selaras dengan RCI yang diwujudkan dalam mencegah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah khususnya di Sugut.

Menurut beliau, berdasarkan risikan kononnya ada syarikat-syarikat perladangan yang mengambil pekerja asing untuk bekerja di ladang mereka sekali gus menyalahi undang-undang negara ini.

"Perkara ini tidak boleh berlaku kerana jika berleluasanya masalah serupa tentu mengakibatkan masalah sosial kepada anak-anak kita terutamanya di kawasan luar bandar seperti Sugut itu.

"Saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini dan merupakan Ketua Umno Beluran tidak mahu wujudnya masalah seperti ini dan kita mesti banteras agar tidak berleluasa.

"Diharap dengan wujudnya dua badan Task Force berkenaan, akan dapat membantu membanteras apa pun masalah yang timbul," katanya.