OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SEKONG:- Penduduk Kampung
Gas yang telah ditimpa musibbah  seperti
kebakaran baru-baru ini mereka tidak terpingir lantas mendapat  pelbagai bantuan yang disalurkan oleh
kerajaan BN.
Ini memang sudah menjadi
tanggungjawab kepada Kerajaan dan Wakil Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat
semasa pilihanraya umum (PRU 13) lalu 
terus memainkan peranan dalam memberi bantuan kepada setiap penduduk
dalam pelbagai aspek terutama sekali mereka yang ditimpa musibbah.
Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Kawasan Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya berkata demikian dalam ucapannya
di majlis Penyampaian  sumbangan  daripada Pusat Zakat Sabah-Sandakan kepada
para mangsa kebakaran Kampung Gas kelmarin.
Katanya lagi dengan adanya
bantuan tersebut yang disalurkan oleh Pusat Zakat Sabah-Sandakan akan
meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para mangsa terbabit,
Beliau yang juga Ketua
Bahgian UMNO Batu Sapi sentiasa menitikberatkan dalam menjaga kebajikan
penduduk-penduduk  di kawasan Batu Sapi
tanpa mengira  idologi fahaman  politik  mereka tetap dipelihara.
“

No comments:
Post a Comment