OLEH ANISAH SHUKRY
Datuk Ibrahim Ali (katak) berkata hari ini mana-mana kumpulan pendidikan
yang 'radikal' boleh ditutup mulut dengan ancaman membatalkan pendaftaran
mereka. –
PUTRAJAYA mesti
menghapuskan semua sekolah vernakular kerana ia menghalang perpaduan negara,
dan menggantikannya dengan sekolah satu aliran, gesa satu gabungan kumpulan
badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Melayu.
Melalui
satu Memorandum Perpaduan Negara, mereka berkata hari ini, Putrajaya boleh
menutup mulut mana-mana kumpulan pendidikan "radikal" yang menentang
langkah itu, seperti Dong Zong, melalui ancaman membatalkan pendaftaran mereka.
"Ketegasan
ini perlu kerana beberapa aliran sekolah yang sudah wujud sekian lama tidak
kondusif kepada usaha mempromosikan dan mengukuhkan perpaduan nasional di
Malaysia," menurut memorandum itu yang dirangka sebuah jawatankuasa
dipengerusikan Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
"Jika
cadangan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT)
ditentang pertubuhan seperti Dong Zong, kerajaan Malaysia mesti mengkaji semula
pertubuhan ini dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kenapa pendaftaran mereka
tidak patut dibatalkan.
"Dalam
erti kata lain, tiba masanya kerajaan Malaysia bertindak tegas terhadap
mana-mana kumpulan pendidikan yang radikal menentang usaha memupuk perpaduan
negara, termasuk Dong Zong dan yang seumpamanya."
Memorandum
itu menggesa Putrajaya menjelaskan kepada rakyat kaitan antara Dong Zong dengan
"Suqiu", sebuah "pergerakan ultra-chauvinis" Cina yang
pernah membuat 83 tuntutan dari Putrajaya pada 1999.
Katanya,
Putrajaya tidak harus tunduk kepada tekanan dari aktivis pendidikan bukan
Bumiputera.
"(Sekolah
vernakular) bertentangan matlamat mengubah sistem pendidikan negara kepada satu
mekanisme bagi mewujudkan perpaduan negara di kalangan pemuda berbilang kaum di
Malaysia.
"Inilah
sebabnya kenapa sistem itu dikatakan menimbulkan perpecahan antara kaum, agama
dan budaya, dan mengancam perpaduan negara," menurut memorandum itu.
Memorandum
tersebut dibahaskan lebih 300 wakil NGO Melayu pada Konvensyen Perpaduan Negara
di Kuala Lumpur hari ini sebelum diluluskan petang ini.
Kumpulan
itu berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan, Yang di-Pertuan Agong
dan Majlis Raja-raja.
Bagaimanapun,
dalam satu wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak boleh menutup sekolah Cina sekiranya
ia hendak meningkatkan sokongan kaum Cina.
"Ini
kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas
yang sama kita tuntut sekolah Cina ditutup," katanya. Posted By The Malaysia Insider
Ulasan Editorial The Sabah Insider.net.
Niat dan
hasrat PERKASA mencadangkan Kerajaan untuk menutup dua buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sudah sekian lama wujud negara ini boleh dianggap
perbuatan bodoh yang boleh dianggap
untuk mengguris hati kaum Cina dan kaum India di negara ini.
Kita mahu tanya sama Ibrahim Ali (PERKASA) kenapa
beiau (Ibrahim Ali) terlalu anti dengan bangsa Cina dan India termasuk anti
dengan para penganut agama Kristian negara ini.
Seandainya kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dan turut
menerima bulat-bulat cadangan Ibrahim Ali untuk menutup dua buah sekolah
tersebut maka jelas Barisan Nasional (BN) akan tewas pada pilihanraya (PRU 14)
nanti.
Sedar kah Ibrahim Ali kaum Cina dan India mereka
adalah ahli parti komponen BN MIC dan
MCA, Gerakan dan LDP bila Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan sebegini rupa sentiment
berbaur hasutan ia jelas telah menimbulkan dan mengundangkan kemarahan kepada dua kaum ini iaitu Cina dan
India sudah tentu kerajaan Barisan Nasional/BN kena tempiasnya kerana
membiarkan Presiden PERKASA membuka sesuka hatinya walaupun mulut bacul mulutnya
macam longkang.
Jika para pimimpin kerajaan BN tidak berani menegur
apa juga perbuatan Ibrahim Ali yang boleh meimbulkan ketegangan kaum dan agama
di negara ini sudah pasti BN akan menerima padahnya masyarakat Cina dan India akan keluar di BN
inikan yang Ibrahim Ali mahukan untuk mempora porandakan dan mengucarkacirkan
perpaduan sedia terjalin antara Melayu, Cina dan India sekian lama.
Niat jahat Ibrahim Ali amat ketara sekali
dipergunanya UMNO untuk kepentingan peribadinya ataupun PERKASA untuk membelasah
kaum cina dan india Presien PERKASA dan termasuk talibarut dan
kuncu-kuncunya memang tidak senang hati
melihat keharmonian wujud di negara ini ia suka kalau bilau.
Kalau pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian
Dalam Negara (KDN) tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tindak
tanduk Ibrahim Ali yang boleh menimbulkan huru hara nescaya tragedy 13 May akan
kembali lagi sebab kemarahan kaum cina dan india sudah terlalu membakar hati
mereka terhadap kerajaan gara-gara
perbuatan PERKASA kerajaan kena tempiasnya.
Niat Ibrahim Ali berbuat demikian untuk mengundang
kemarahan kaum Cina dan India supaya PRU 14 nanti undi kedua kaum itu pergi
kepembangkang,
Syabas Ibrahim
Ali dan PERKASA kerana sedikit
sebanyak PERKARA ada peranan untuk membantu
pihak pembangkang bagi meraih undi
daripada kaum Cina dan India pada PRU 14 nanti teruskan Ibrahim Ali niat
jahatmu kepada kaum Cina dan Indi supaya undi cina dan india nanti condong ke
parti pembangkang. Posted by The Sabah
Insider.net