OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:-  Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu
Sabah (PBS) ke 29 yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Likas baru-baru ini
yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Mohd
Najib Tun Abdul Razak benar-benar menyapadukan tehadap  perjuangan Barisan Nasional (BN) yang
dianggota oleh parti-parti  komponen seperti
LDP, UMNO, PBRS, UPKO, Gerakan, MIC dan MCA khususnya di Sabah.
Dalam ucapan perasmian pada
persidangan itu antara lain Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak Tun Abdul Razak menyifatkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri
Joseph Pairin Kitingan (gambar) sebagai patriot Malaysia yang sejati kerana
pendirian teguhnya untuk memastikan Sabah terus berada dalam Malaysia.
Kata
Ketua Wanita Bahagian PBS Tanjung Papat Saleena Titi berkata demikian  kepada wartawan The Sabah Insider.net
sekembalinya dari menghadiri Persidangan PBS ke 29 itu kelmarin.
Saleena berkata Datuk Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN)
menjelaskan  pengakuan terbuka dan tegas
Pairin di hadapannya itu merupakan kenyataan yang sangat tinggi nilai baginya
sebagai perdana menteri Malaysia yang mengepalai pentadbiran sebuah negara
berasaskan persekutuan.
Berikut  sebahagian petik ucapan Datuk Najib
"Saya mendengar ucapan presiden
PBS sebentar tadi. Saya meneliti ucapan beliau dengan khusyuk dan saya
merakamkan butir-butir yang dibangkitkan Tan Sri Pairin Kitingan. Beliau
menyentuh 11 perkara.
"Dalam banyak-banyak perkara
yang paling tinggi nilainya ialah apabila Tan Sri Pairin Kitingan melahirkan
kesanggupan beliau bersama PBS mempertahankan Sabah dalam Malaysia. Pengakuan
ini cukup besar ertinya walaupun kita tahu orang yang agak rapat dengan beliau
bercakap berlainan di luar.
"Tetapi Tan Sri Pairin dan
pemimpin PBS adalah rakan setia kepada Barisan Nasional dan seorang patriot
negara Malaysia kerana mencintai negara Malaysia lebih daripada apa-apa
pertimbangan yang lain. 
“Dengan kata-kata Perdana
Menteri itu  terhadap Presiden PBS
membuatkan kami sebagai ahli-ahli PBS khususnya daripada Bahagian Tanjung
Papat  bertambah  bersemangat untuk  meneruskan perjuangan kami di parti PBS di
bawah pucuk pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan dan rakan-rakan yang lain”
ujar Saleena
“Saya mewakili barisan Ahli
Jawatankasa Bahagian PBS Tanjung Papat  yang lain berikrar akan setia dan memberikan
sokongan yang tidak bebelah bagi terhadap  kepimpinan Datuk Pairin sebagai Presiden Parti
PBS untuk selama-lamanya” kata Saleena.Posted by The Sabah Insider.net
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment