Written
by Admin
Sunday
June 15.2014
TEKS
DAN GAMBAR
SHAIMON
S JUMADI
SANDAKAN:- Apa sahaja pekerjaan yang
dilakukan tanpanya ada kerjasama yang intim sudah pastinya ia tidak membawa
sebarang kejayaan, maka dengan itu perlunya ada gandingan yang jitu untuk
menjayakan sesuatu program yang bakal dilaksanakan.
Saya amat bersyukur kerana adanya kerjasama  daripada rakan-rakan seperjuangan lantas
pertandingan tarian daling-daling yang diadakan pada hari ini berjalan dengan lancar
dengan jayanya.
“Saya juga berterima kasih kepada Pengerusi
Persatuan  Kebudayaan Kebajikan Bajau
Sama Sandakan Datuk Hj Alipudin Hj Puyon kerana memberikan kepercayaan melantik
saya sebagai pengerusi pelaksana program ini” katanya.
“Jawatan yang saya sandang ini bukannya enteng
kerana ini merupakan satu  tanggungjawab  dan amanah walaupun  berat terpaksa saya pikul untuk menjayakan
program ini tetapi seperti yang saya jelaskan diawal-awal tadi tanpa adanya
gandingan mantap dan kerjasama yang intim daripada semua piha khususnya AJK
persatuan ini  sudah tentu program ini
tidak berjaya”  ujarnya.
Kita jangan lupa “kata Noraini lagi, sebagai
keturunan Bajau harus memainkan penting kearah  mempertabatkan dan merealisasikan tarian
bajau  dipersada seni budaya tanah air  seiring dengan tarian tarian etnik lainnya  yang ada di negeri ini  juga agar tidak pupus ditelan zaman terutama
sekali golongan generasi muda agar meneruskan dan menghidupkan tarian bajau ini
 sebagai  wadah dan warisan bangsa Bajau yang boleh
dibanggakan.
Noraini berkata tujuan persatuan ini
menganjur pertandingan  tarian seni
budaya Bajau ini ia juga membantu kepada kerajaan khusus Kementerian Kebudayaan
dan Pelancongan Sabah  bagi memprosimikan
seni budaya Bajau di mana dunia luar terutama sekali di mata para pelancong
asing yang datang ke negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment