OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:- Ahli Parlimen
Sandakan (DAP) Sandakan Stephen Wong Tian Fatt
menyelar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal memelihara
perasaan hati rakyat Sabah dan Sarawak
banyak masalah-masalah yang kita telah hadapi dilupakan dan tidak pinggir
begitu saja tidak pernah menunaikan janji-janjinya.
Wong berkata sebagai contoh
yang terdekat iaitu laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
yang bertujuan untuk mengatasi masalah Pendatang Asing Tanpa Izin
(PATI) yang dijanjikan oleh Perdana
Menteri sampai ke hari ini tidak diumumkan
keputusannya sehingga rakyat bertanya-tanya bila kah agaknya keputusan
RCI dapat diketahui.
“Saya mengingatkan dewan
yang mulia ini bahawa YAB Perdana Menteri telah berjanji bahawa laporan RCI akan diumumkan sebelum PRU 13 dan jelasnya telah ditunda beberapa kali
sampai kini kena-pa mengambil masa yang panjang untuk diumuman apa sudah
terjadi? Adakah YAB Perdana Menteri memungkiri janji tidak melaporan keputusan
RCI kepada umum saya minta menjelasan” jelas Wong
Berikut
kenyataan lengkap Ahli Parlimen Sandakan
Stephen Wong yang dibentangkan di sesi sidang parlimen
“ Kata Wong mengikut jawapan yang diberi oleh
Menteri dalam Kementerian Perdana Menteri, beliau telah berjanji bahawa laporan
ini akan diumumkan pada bulan Mei 2014, tetapi pun tidak lihat apa apa
perkembangan.
Dan baru baru ini, YB Kota Belud sebagai
menteri telah mengumumkan di surat khabar tempatan bahawa laporan ini akan
dibentangkan pada sesi parlimen ini. Saya harap ini bukan janji kosong. Jika
janji ini benar, saya harap laporan ini akan dibentangkan secepat mungkin dan
diberi sesi perbahasan kepada ahli parlimen.
Mengapa nampaknya begitu susah dan mengambil
masa yang begitu panjang untuk mengumumkan laporan ini? Saya minta
penjelasan.
Tuan yang
dipertua, Laporan ini memang sangat penting bagi semua rakyat Sabah, kerana
masalah PATI ini merupakan “Mother of problem in Sabah”, dengan izin.
Masalah ini
telah menyebabkan populasi negeri Sabah telah diubahkan. Pada tahun 1970,
Bilangan bangsa Kadazan-Dusun-Murut bumiputra tempatan adalah seramai 35 ke 40
peratus di Sabah.
Tetapi dalam 40
tahun kemudian, pada tahun 2010, bilangan bangsa Kadazan-Dusun-Murut telah
menurun ke lebih kurang 20 peratus, manakala penduduk yang sebenarnya bukan
warganegara dijangka naik 20 peratus, itu belum kira seramai 27 peratus
atau bilangan seramai 1 juga orang yang bukan penduduk Malaysia ataupun PATI.
Kalau tambah kira
golongan itu, berapa populasi adalah terdiri daripada golongan PATI dan bukan
berasal dari Sabah?
Tuan yang
dipertua, cuba bayangkan apa telah berjadi di Sabah? Kenapa dalam
jangka masa yang begitu pendek populasi negeri Sabah telah mengalami pertukaran
yang begitu besar dan sehingga anak-anak negeri atau orang asal Sabah telah
menjadi golongan minoriti di tanah kita sendiri? YAB Perdana Menteri telah
berjanji bahawa beliau akan melindungi kedaulatan Sabah dan tanah kita akan
dilindungi, tetapi mengapa kerajaan akan membiarkan kejadian tersebut berlaku
sewenang-wenangnya.
Kami sedang
menunggu, menunggu satu jawapan yang adil kepada kita. Laporan RCI ini
amat penting kepada kita, kita nak tahu siapakah pendalang
dibelakang population-change ini?Dan kami nak tahu apakah penyelesaian kerajaan
ke atas masalah ini dan bagaimana kerajaan mengatasi populasi bukan warga
Malaysia seramai 1 juta orang ini?
Tuan yang
dipertua, bukan saja populasi telah diubahkan, maka masalah PATI ini telah
menimbulkanbanyak masalah sosial di negeri Sabah seperti jenayah serta masalah
bukan warganegara yang telah membelanjakan banyak resources kita di Sabah.
Dan saya yakin
bahawa kebanyakan jenayah adalah dibuat oleh golongan tersebut.Itu juga
menambah tekanan pembelanjaan sektor kerajaan seperti kesihatan dan
pendidikan, PATI merupakan golongan yang terbesar menggunakan
kemudahan-kemudahan dan resources kesihatan kita.Menurut laporan media terkini,
terdapat 53 peratus banduan adalah terdiri daripada golongan PATI ini, jelas
sekali masalah ini harus diselesaikan.
Tambahan pula, beberapa kes penculikan dan
pencerobohan yang telah berlaku di persisiran pantai
timur Sabah telah membuktikan bahawa PATI telah melibatkan dalam
kes-kes tersebut. Jangan kita lupakan, ia telah mengambil nyawa
pasukan keselamatan kita.
Tuan yang dipertua, kelibatan
PATI serta warganegara yang bukan tulen yang mendapat IC secara tidak
sah ini dalam kes pencerobohan adalah antara satu factor yang penting dan
mereka telah menjadi ancaman yang amat besar dalam Sabah. Jikalau masalah ini
tidak diselesaikan, maka kes pencerobohan dan ancaman keselamatan Sabah
tidak akan diselesaikan.
Saya setuju kepada cadangan dari masyarakat Sabah di mana semua kad pengenalan
haruslah disemak semula dan diterbitkan semula kepada semua rakyat Sabah
yang tulen.
Sesiapa yang mendapat IC secara haram haruslah
ditarik balik manakala bagi orang bukan warganegara yang ingin bekerja di
Sabah boleh diberi permit kerja atau mereka berhak memohon sebagai PR status
mengikut proses yang tetap.
Tuan yang dipertua,
saya ingin sentuh beberapa perkara yang kini dihadapi oleh rakyat Sabah.
Masalah kewarganegaraan di Sabah merupakan satu masalah yang sangat
serius dan telah membawa impaksi yang serius kepada semua Sabahan,
khususnya status half nationality children, dengan izin.
Sebagai contoh,
seorang anak yang lahir di Sabah, walaupun ayahnya warganegara Malaysia tetapi emaknya
bukan warganegara.
Jika ibu bapa nya
tiada surat kahwinatau anak itu lahir sebelum pendaftaran perkahwinan yang sah.
Anak ini akan menghadapi masalah mendapatkan IC.Anak ini sepatutnya boleh
mendapat status warganegara denganujian DNA untuk membuktikan anak itu darah daging
mereka dan dia memang lahir di Sabah.
Walau bagaimana
pun, SOP JPN memerlukan dokumen seperti Surat lahir, Surat kahwin, surat sumpah
mahkamah, Sijil sekolah dan gambar sekeluarga jika ada.
Anak-anak yang lahir di Sabah, dengan dokumen
yang lengkap dan ujian darah sepatutnya cukup bukti untuk dapatkan warganegara.
Pemohon masih gagal mendapatkan IC.
Pemohonan sudah
dibuat berpuluh-puluh tahun, sampai anak itu menjadi dewasa, mereka masih tidak
mampu menikmati hak-hak sebagai warganegara yang sepatutnya ada.Anak-anak ini
menjadi seorang yang tiada warganegara ataupun stateless citizen.Mereka lebih teruk
daripada status PATI.
PATI masih ada status
kewarganegaraan di negara asal mereka dan ramai memegang IMM13.Ada juga PATI
yang mempunyai MyKad Malaysia, tetapi golongan yang saya sebut tadi langsung
tidak mempunyai apa-apa status.
Jikalau begitu
banyak PATI boleh diterima sewenang-wenangnya sebagai warganegara
dalam tempoh yang begitu singkat manakala orang asal kita yang menghadapi
masalah itu pula tidak dilulus sebagai
warganegara dan telah lama diproseskan.
Oleh yang demikian,
saya memandang isu ini sangat serius dan harap kerajaan akan prihatin
kepada isu ini. Oleh itu, Saya harap kerajaan boleh mendirikan satu
jawatankuasa khas ditubuhkan bertujuan untuk mengendali semua kes-kes
sebegini. Haraplah jawatankuasa ini akan mempercepatkan semua
proses pemohonan dan mengembalikan keadilan kepada dua golongan yang
saya sebut tadi. Tidak dapat dinafikan mereka sememangnya berhak sebagai
seorang warganegara” Kata Wong semasa soal jawab di sidang parlimen mengenai
isu kewarganegaraan
Tuan yang dipertua,
Sekian, terima kasih