Written by Admin Friday December 6,2013
OLEH: FARIDAH AHMAD

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar
Dullah berkata dalam kejadian pukul 8.15 pagi itu, mangsa yang berumur 24
tahun, melecur hampir 80 peratus.
“Mangsa cuba menghalang suspek yang berusia
52 tahun daripada membakar rumah mereka kerana marah dengan isterinya yang
dikatakan enggan berbaik semula.
“Ketika cuba menghalang, mangsa tergelincir
dan pada masa itu juga suspek menyalakan api sehingga menyebabkan mangsa turut
terbakar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
.jpg)
Mangsa yang melihat tindakan suspek itu, cuba
menghalang, namun tergelincir dan terbakar.
Awang Besar berkata bapa mangsa yang berusia
61 tahun turut mengalami kecederaan melecur di kaki akibat terkena api ketika
cuba membantu anaknya.
“Siasatan awal mendapati suspek yang sedang
dalam proses perceraian dengan isterinya berusia 40 tahun, pergi ke tempat
kejadian untuk berbincang dengan isterinya,” katanya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Besar Tawau
di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.
No comments:
Post a Comment